buat calon isteri..

Posted by bosz Thursday, 24 January 2008

"Pilihlah seorang lelaki atau menantu lelaki yang..."

1. Kuat agamanya dan teguh imannya
~~Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap
terpelihara. Utamakanlah pemuda yang
taat pengamalan agamanya. Utamakanlah
pemuda yang jujur membimbing anda dan
memelihara iman anda. jauhi dari lelaki
yang cepat runtuh imannya.

2. Baik akhlaknya
~~Ketegasannya nyata tetapi dia lembut
dan
bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur
kata gambaran peribadi dan hati yang
mulia. Rasa hormatnya pada warga tua
ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak
terlalu berahsia. Jauhi dari lelaki
yang
suka mengherdik dan tidak menghormati
perasaan anda.

3. Tegas mempertahankan maruah
~~Pernahkah dia menjengah ke tempat-
tempat
yang menjatuhkan kredibiliti dan
maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah
dia cuba memeluk anda sewaktu
berdua-duaan? Adakah dia jujur sebagai
pelindung maruah seorang perempuan?
Fikir-fikirkanlah.

4. Amanah
~~Jika dia pernah mengabaikan tugas
yang
diberi dengan sengaja ditambah pula
salah guna kuasa, bila berjanji tidak
ditepati, lupakan saja si dia, tidak
boleh di percayai.

5. Pemurah tetapi tidak boros
~~Dia bukanlah kedekut tapi tahu
membelanjakan wang dan harta dengan
bijaksana. Setiap nikmat yang ada
dikongsi bersama mereka yang
berhak.Itulah lelaki yang anda mesti
cari.

6. Tidak liar matanya
~~Perhatikan apakah matanya kerap
meliar
ke arah perempuan lain yang lalu-lalang
ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia
bukanlah calon yang sesuai buat kamu.
Jika dia memandang wanita lain dan
tidak
mengendahkan anda berhati-hati lah anda
jangan tertipu janji manis nya.

7. Terbatas pergaulan dan Tidak Manis
kata-kata
~~Sebagai lelaki dia tahu dia tidak
mudah
jadi fitnah orang, dan dia tidak
mengamalkan cara hidup bebas serta
tidak
punya kawan perempuan merata-rata.
Tidak
mengatakan MISS U dan memanggil SAYANG
kepada semua wanita
dan tidak memutarkan kata-kata manis
hanya untuk menyedapkan hati wanita

8. Rakan pergaulannya
~~Rakan2 pergaulannya adalah mereka
yang
sepertinya. Teman2nya adalah teman yang
soleh dan tidak suka membazir waktu
serta merewang atau melepak tidak
mementu

9. Bertanggungjawab & setia
~~Rasa tanggungjawabnya dapat diukur
kepada sejauh mana dia memperuntukkan
dirinya untuk ibu bapa dan ahli
keluarganya. Jika ibubapanya hidup
melarat sedang dia hidup hebat, nyata
dia tidak bertanggungjawab. Setia dan
sanggup mengharungi hidup bersama walau
susah mahupun senang. Jika kawan2 baik
dalam kesempitan ikhlas, tangan
membantu
tanpa keluhan dan sanggup datang
membantu tanpa di jempit, itulah lelaki
yang patut di jadikan kawan.

1o. Tenang wajah
~~Apa yang tersimpan dalam sanubari
kadang2 terpancar pada air muka.
Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia
bercakap dan bertindak.

11. Lelaki Yang Bijak Berkata-kata dan
Menagguh Masa
~~Jika anda mengajak dia menamatkan
zaman
bujang dan dia beri seribu alasan
contoh
untuk membantu keluarga..dll.
Tinggalkan
dia kerana anda tiada tempat di
hatinya.
Baginya Anda cuma rakan mainan atau
wanita simpanan dan tidak layak hidup
bekerluarga dengan nya.

Pengunjung

Kawan Kawan Bosz