DIET

Dia langsung tak pernah mempertikaikan saya.

Saya gemuk.dan besar. makan banyak.. tak hensem... sikit dia tak pernah benci..

makin sayang ada.

dia tak pernah halang untuk saya makan bila saya lapar.

dia tak pernah suruh saya diet. pengamalan diet seimbang. tak pernah.

kalau dia suruh diet pon, bukan dengan nada serius.. macam gurau gurau.

dia masak dan hidangkan saya yang sedap sedap..

setelah lama tak berjumpa.. hari hari di masaknya yang sedap sedap.. udang, ikan, sotong.ayam daging.

dibancuhnya air feveret saya.. teh tarik. kurang gula. dia gembira lihat saya bahagia dan gembira. saya tahu.

malam ini teringatkan dia.. bila ada orang suruh saya diet... bila ada orang suruh saya kurangkan berat. bila ada yang tanya "berapa berat awak?"

bila ada yang kata.. "besarnya awak" bila ada yang persoal "mak awak bagi makan apa sampai besar macam gini?"

macam nak nangis.. teringatkan si dia.. yang sikit tak pernah benci saya. tak mempertikaikan saiz saya.

tak pernah tak suka saya... {bergenang air mata dah}.. tak pernah kata saya gemuk... tak pernah suruh saya diet secara serius.

yang simpankan saya durian sebab tahu saya di perantauan dan akan balik bukan pada musim durian.

dia nazar 3 tahun tak nak potong rambut sepanjang permusafiran saya.. yea.. memang panjang rambutnya tika saya balik ke malaysia tahun lalu... baru di potongnya selepas tiga tahun di simpan kerana sayang kan saya...

saya tahu saya tak sama dengan yang lain..

pernah juga dalam nada serius dia nasihatkan saya supaya saya kurangkan berat badan dan kurangkan makan...

risau akan badan besar mudah dapat penyakit.. walaupun saya jawab dalam hati "orang kurus pon banyak juga penyakit"

katanya "mula dengan jangan makan malam"

"kurangkan gula dalam makanan dan minuman"

"makan banyak buah buahan"...


saya setuju.. sekejap.. lepas itu.. tak menjadi jugak.. saya makan balik..

tapi dia tak marahkan saya.. di nasihatkan saya selalu...

dia tak kisah sangat sebenarnya...

cuma lepas ada orang lain yang nasihatkan saya supaya jaga berat badan.. terus saya teringatkan dia.. sangat teringat.. rindu juga.


saya nak cuba lagi. turunkan berat badan. utk sihat dan kesihatan

utk gembirakan dia .. untuk gembirakan semua


utk tak menghampakan sesiapa


utk ISLAM dan perjuangan. InsyaAllah.


"mak.. mesti ada sebab kenapa Allah Ilhamkan kepada mak untuk namakan anak emak ini MOHD HAFIZUL AKHBAR"


kan??


saya teringatkan MAK malam nie... mak.. akbar sayang mak. (mata mula berkaca)....

maaf sebab selalu makan banyak sampai besar macam gini.. mak tak marah kan?
Saturday, 11 July 2009

Sheikh Fethullah Gulen dan Turkey

Sheikh Fethullah Gulen


Sheikh Fethullah Gulen

Mengenang kenangan indah sewaktu melawat Turki tahun lalu dan baru baru ini, membuatkan diri sering mengingati seorang tokoh ilmuan yang selalu disebut-sebut oleh sahabat-sahabat dari Turki sepanjang lawatan.

Mereka kelihatan cukup berbangga memiliki seorang tokoh ilmuan hebat dari Turki yang bernama Syeikh Muhammad Fethullah Gulen. Seorang tokoh yang dibenci pemerintah sekular sebelum kemenangan AKP mengambil alih pemerintahan.Namanya seiring Dr. Erbakan yang pernah digulingkan kerajaan yang dipimpinnya oleh tentera Turki atas alasan beliau cuba menjalankan proses Islamisasi di Turki.

Kami sering cuba mencungkil adakah tokoh yang sering disebut oleh sahabat-sahabat turki itu adalah tokoh gerakan yang tersusun atau beliau hanya sumber inspirasi gerakan massa yang tiada organisasi khas. Kami juga cuba melontar persoalan adakah "Khidmah" yang dinyatakan itu adalah organisasi khas yang membawa hasrat Syeikh Fethullah Gulen.

Jawapan yang diterima agak kurang memuaskan. Omar Abey dan Fateh Abey sering mengelak dari mengaitkan "khidmah" atau "hizmet" dengan mana-mana unsur arus politik massa di Turki.Tetapi kesemua musyrif Turki yang turut bersama dalam lawatan tersebut pro kepada Parti pemerintah sekarang iaitu AKP bahkan ada yang mengakui menjadi sukarelawan parti tersebut.

Bersama Fateh Abey di Selat Bosphorus, Istanbul.

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah mereka cuba mengelakkan gerakan massa yang selalu diwar warkan mereka sebagai pembawa hasrat Syeikh Fethullah Gulen itu dikaitkan dengan politik tetapi pada masa yang sama mereka terlibat menyokong dan mendokong penuh Parti Pemerintah yang membawa cita-cita Islam iaitu AKP. Sahabat Turki saya yang paling rapat, Mahmud Abey pernah mengakui ia adalah salah seorang sukarelawan AKP.
Untuk perjalanan baru baru ini pula, Adam Abey pula mengakui hidup dan matinya dalam "hizmet".InsyaAllah.

Siapakah Syeikh Fethullah Gulen

Nama Muhammad Fethullah Gulen bukanlah nama yang asing di kalangan ahli gerakan Islam moden. Ketokohan Gülen, bukan hanya dihormati oleh majoriti ummat Muslim di dunia ini bahkan beliau dihormati oleh kalangan non-Muslim dan Yahudi. Beliau boleh diterima di pelbagai lapisan masyarakat dan agama kerana pemikiran-pemikirannya yang dianggap moderat dan menjadi pengimbang para pemikir Islam yang dianggap ekstrim dan radikal oleh barat.

Syeikh Gulen banyak melontarkan pemikiran-pemikirannya tentang pembaharuan di dunia Islam dan lebih mengutamakan dialog dan usaha perdamaian antara penganut agama dalam menyebarkan ajaran dan nilai-nilai Islam. Hasil pemikirannya kemudian menjadi sebuah gerakan yang ia wujudkan dalam bentuk lembaga-lembaga pendidikan,amal, media massa cetak dan elektronik, gerakan pelajar dan kelompok-kelompok lobi, bahkan beliau membantu kearah berdirinya kesatuan para wartawan dan penulis di Turki.

Cendikiawan Muslim yang Anti Kekerasan

Syeikh Muhammad Fethullah Gulen dilahirkan di Erzurum, Turki tanggal 1941. Sejak kecil beliau lebih menumpukankan pendidikannya dalam bidang agama Islam. Seusia 14 tahun beliau sudah pun berani memberikan ceramah keagamaan dan pada usia 18 tahun beliau telah mendapatkan pengiktirafan sebagai pendakwah. Kerjanya sebagai pendakwah dimulai di kota Izmir. Di kota inilah Syeikh Gulen mula memperkenalkan pemikiran-pemikirannya dan mentarbiah para pengikutnya. Nama Syeikh Gulen semakin dikenali ramai dan beliau sering diundang memberikan ceramah di masjid- masjid sekitar Turki. Beliau juga seriang diundang dalam pertemuan-pertemuan formal dan informal para pegawai kerajaan.

Tetapi Syeikh Gulen lebih menumpukan dakwahnya di kalangan pelajar sekolah menengah dan mahasiswa. Pada kelompok muda inilah Syeikh Gulen menyampaikan pemikirannya tentang pembaharuan di dunia Islam, perdamaian, dialog antara umat beragama dan anti kekerasan.

Syeikh Gulen juga menekankan pentingnya umat Islam mengikuti perkembangan teknologi dan mengembangkan sistem perekonomian dengan cara membangunkan perusahaan multinasional, membuka gedung perniagaan dengan memanfaatkan kemajuan komunikasi dan hubungan massa.

Dalam setiap ceramahnya, beliau banyak mengadaptasi pemikiran-pemikiran tokoh cendiakawan Muslim Turki, sperti Syeikh Said Nursi tentang masyarakat Muslim yang maju dan beragama. Untuk itu, umat Islam harus mengembangkan ilmu pengetahuan dan teknologi sehingga mampu bersaing dengan masyarakat Barat.

Beliau adalah tokoh Islam yang menentang aksi-aksi keganasan atas nama agama. Ia mengakui adanya aksi-aksi terorisma, tapi ia menolak keras jika terorisma diidentitikan dengan Islam. Gülen menegaskan, seorang Muslim tidak akan melakukan serangan keganasan, kerana tindakan seumpama itu bertentangan dengan ajaran Islam yang damai.

Oleh kerana itu, ketika berlakunya serangan 11 September 2001 di Amerika , beliau mengecam keras serangan itu. Pemikiran dan sikap Syeikh Gulen yang anti kekerasan mengundang kekaguman di kalangan masyarakat Barat. Gerakan Islam yang diasaskan oleh Syeikh Gulen menjadi perhatian dan bahan kajian para ahli akademik dan media massa di Barat. Presiden Marywood University, Pennsylvania, Ann Munley memuji Gerakan Gulen yang dinilainya telah banyak memberikan kontribusi bagi dunia pendidikan bukan hanya di Turki malah di seluruh dunia. Munley memandang Gulen sebagai tokoh Islam yang telah memberikan pengorbanan yang besar dalam dunia pendidikan bagi masyarakat dari beragam etnik dan agama.

Sehingga kini, terdapat lebih kurang 500 buah institusi pendidikan yang dikelolakan oleh Gerakan Gulen, yang tersebar di 90 negara Euroasia, Amerika Utara hinggalah ke Afrika.
Gulen juga dihormati di komuniti Yahudi. Rabai Jack Bemporad, Pengarah "Center for Interreligious Understanding" menyatakan Gulen sebagai tokoh gerakan Islam dan intelektual dari Turki yang telah memberikan dasar yang penting untuk mewujudkan dunia yang damai dan persaudaraan yang harmoni untuk seluruh manusia.

Dalam kajian yang dilakukan majalah Foreign Policy, Syeikh Fethullah Gulen terpilih sebagai tokoh pemikir nombor satu dunia. Ketika diwawancara tentang hasil kajian tersebut, dengan rendah hati Syeikh Fethullah Gulen menyatakan bahawa beiau tidak pernah membayangkan atau berharap untuk terpilih sebagai orang penting di persada dunia.

"Saya selalu berusaha untuk menjadi hamba Allah yang rendah hati. Qur'an mengajarkan bahawa umat manusia diciptakan untuk mengakui dan menyembah Allah . Dalam dimensi dunia, umat manusia diminta untuk menghindari pertikaian dan pertumpahan darah. Untuk menyantuni semua makhluk dan manusia dengan rasa kasih sayang. Inilah falsafah saya ..." kata Syeikh Gulen.

Ancaman Bagi Golongan Sekular Turki

Meskipun dunia Islam dan Barat mengakui Gerakan Gulen sebagai gerakan kedamaian dan bukan gerakan politik, ia tetap dianggap sebagai ancaman oleh kelompok-kelompok yang radikal dan kelompok-kelompok sekular di Turki. Kelompok Islam yang menggunakan pendekatan radikal mengkritik pemikiran Syeikh Fethullah Gulen tentang konsep dialog antara umat beragama yang diutarakannya. Kritikan itu memuncak ketika beliau mengadakan pertemuan dengan Paus Paulus II.

Syeikh Gulen juga pernah menjalani proses pengadilan yang cukup panjang di Turki pada tahun 2000, setelah pemerintah sekular Turki menuduhnya merencanakan rampasan kuasa dan ingin menjadikan Turki sebagai negara Islam. Namun tuduhan itu tak mampu dibuktikan dan pada tahun 2006, beliau dibebaskan dari segala tuduhan.

Sejak tahun 1998, Syeikh Gulen sudahpun menetap di Amerika. Pada Jun 2008, beliau mengajukan permohonan sebagai penduduk tetap di Amerika tapi pihak USCIS (U.S. Citizenship and Immigration Services) menolak permohonan itu. Kemudiannya Syeikh Gulen memohon semula dan pada Ogos 2008, Pihak Mahkamah Amerika akhirnya memerintahkan USCIS untuk menunaikan permohonan beliau dengan status tenaga kerja asing dan warga negara asing yang memiliki kemampuan khusus. Syeikh Fethullah Gulen kini menetap di Pennsylvania.

"Semoga Allah mengurniakan umur dan kesihatan yang baik buat Syeikh Gulen"

Banyak karya yang telah beliau hasilkan sepanjang hidup beliau dan kesempatan ke Turki tahun lalu dan tahun ini tak saya lepaskan untuk membeli dan memiliki beberapa buku karya beliau

Tahun lalu saya membeli buku
- Love and Tolerrence (Fethullah Gulen)
- satu kitab dalam bahasa arab (al -jihad)


Kali ini lebih banyak saya borong buku karangan beliau
- Pearls of Wisdom
- The Essentials of the Islamic Faith

- Muslim Citizens of the Globalized World
- Essays - Perspectives - Opinions M. Fethullah Gulen

- satu kitab dalam bahasa arab (al - mawazin)



Harapnya sempat di baca kesemuanya dengan segera.

Fateh abey kata kalau habis baca semua buku ni, jadi Alim.


Sebahagian sumber diceduk dari Pejuang Kecil so, Credits utk Pejuang Kecil.

Tambahan :

1. Tahniah untuk semua mereka yang najah dalam Imtihan baru baru ini, bagi yang ada subjek yang sangkut boleh ambil semula untuk kali kedua pada Ogos nanti.
Tuesday, 7 July 2009

maaf . sepi tak maklum

Mereka Insan Terpilih untuk kali ini.

Bismillah walhamdulillah

Terasa lapar pagi ini tika jam menunjukkan pukul 9 pagi. Selongkar peti ais dan dapur... takde instant food (tak elok kan?). Perut dah terbiasa makan pagi tika seminggu pemusafiran di bumi Istanbul, Turkey. Ye la, pukul 8 pagi sebelum keluar berjalan di sana, pasti di sediakan makanan berupa roti, keju, jem dan telur. Boleh la buat lapik perut sebelum berjalan jalan. Dah ada di rumah bujang nie, mana nak dapat dah macam tu. Nak tokmiyah dan Foul pun kena beli kat kedai.

Sarapan kami di Bursa, turkey.

So, kunyah jugak la pelan pelan "turkish delight" yang di beli untuk para tamu yang bakal datang menziarah. Buat lapik sebelum keluar beli lauk. Betul lapar.

Maaf kepada semua blogger dan adik pembaca. Lupa nak tinggal pesan terakhir sebelum tinggalkan bumi Nil selama seminggu dan bermusafir di bumi Bosphorus. Tak sempat tinggal amanat dan bagitau akan musafir. Masa sebelum bertolak terlalu padat, untuk meninggalkan tugas selama seminggu dan semuanya harus di settlekan dengan masa satu malam. Tak sempat. 2 teks ucapan Pengarah PESAT yang sepatutnya di masukkan dalam Pamplete program tak sempat nak disiapkan juga dan saya tak tahu apa yang di masukkan dalam hand out itu. Program tetap berjalan dan lancar.Alhamdulillah

Semasa permusafiran itu juga berlangsungnya Program Bengkel Jati Diri anjuran PESAT (Pusat Sumber Tenaga PMRAM). Maaf kepada semua AJK dan AdHoc serta semua yang terlibat sebab Pengarah Induk tak dapat bersama kalian dalam mengorak langkah pertama musim ini. Walaubagaimana pun feed back yang diterima bagus dan baik. Alhamdulillah.

Saya berada di bumi Istanbul pada 27 Jun hingga 5 Julai. Alhamdulillah kesemua 11 peserta Program Jaulah Tabadul Thaqafi II sehat dan selamat. Walaupun pada asalnya masing masing runsing dengan virus H1N1 tapi semuanya telah berjaya di lalui dan semua sekarang sedang berehat melepaskan lelah seminggu berjalan di bumi Kostantinopel.

Saya buat kali keduanya menjejakkan kaki ke sana. Melihat bumi tinggalan Khilafah Uthmaniyyah kekadang terasa sayunya. Terfikir sejenak, bilakah Islam akan kembali berkuasa seperti zaman Nabi, Sahabat atau Khilafah? Adakah mungkin ketika ini? mungkin tidak ? Tika hati hati penganut agama suci ini sering jauh dan lalai dalam mengingatiNya? Tika Islam hanya pada nama dan tidak pada etika kehidupan dan pemakaian? Tidak diamalkan dalam sistem kehidupan sebagai muslim yang syumul?

Nama dia Aesya (Aisyah) tapi berkemban separuh badan? Eropah katanya. Budaya barat teruk menular. Pemandangan seperti berkemban, bersinglet dan seluar pendek ini memang menyesakkan jiwa saya sepanjang bermusafir kali ini.

Takut bilamana melihat kerosakan ummat Islam di bandar Istanbul yang separuh Eropah dan separuh Asia itu. Kalau pelancong barat dan bukan Islam jangan dikata la, dalam Masjid Biru pon diaorang boleh buat onar. Memang patut pihak pengurusan Masjid sediakan kelumbung tudung menutupi kepala dan kain lepas membalut badan. Elok lagi kalau sediakan sarung Jubah dari kepala sampai ke kaki. Biar hormat sikit Masjid ibadat orang Islam. Bukan hanya tempat ziarah. MOga saya , meraka dan kita semua diberikan taufiq dan hidayah oleh Allah. Senantiasa berada dalam Iman dan Islam.

Tempat yang saya lawati hampir sama antara tahun ini dan tahun lepas, biasa ada yang kurang dan ada yang lebih. Alhamdulillah kalau tahun lepas dapat ke Masjid Biru sebanyak 2 kali, kali ini dapat menziarahi masjid dan makam Abu Ayyub Al ansari sebanyak dua kali dan solat subuh berjemaah di sana. Bayangkan solat Subuh yang kami tunaikan ibarat solat Jumaat bilangan Jemaahnya.. Ramai sampai penuh masjid. Memang begitu setiap hari.

Saya belum berminat untuk menceritakan dengan detail apa yang berlaku setiap hari, tapi saya akan kongsi juga apa yang perlu kepada semua nanti.InsyaAllah.

Yang pastinya, permusafiran kali ini lebih bermakna dan bertanggungjawab kerana saya ada misi dan visi ke sana. Bukan di hantar dengan sia sia. Moga manfaatnya dapat kita kongsi bersama.

Terima kasih pada PMRAM dan Markaz Nil yang menganjurkan Rehlah ini, teruskan pada tahun hadapan dan tahun tahun mendatang. InsyaAllah, ada rezeki saya akan ke sana kembali. Misi masih banyak dan belum selesai.

Alhamdulillah.Syukur pada Allah yang memilih saya untuk Rehlah Imaniyyah ini.

Tambahan :

- Keputusan peperiksaan sudah keluar. Natijah yang mendebarkan. Semuanya dari Tuhan.
Saya dah tengok dan dah tahu serta dapat agak keputusannya. Alhamdulillah.
Monday, 6 July 2009

Kelebihan Sujud

Sujud melegakan sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya.
Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada kanser payu dara.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut(convulsions) .
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna. Urat ini akan dimasuki darah ketika sujud

INfo berguna untuk semua..
Friday, 26 June 2009

senyum sendirian..

assalamualaikum

bismillah walhamdulillah..

Rasa Syukur saya panjatkan pada yang Esa.. lepas exam nie, hati rasa semakin berbunga bunga.. seronok berada dalam jalan perjuangan. Manis berada dalam Lembah Ilmu dan pengalaman berorganisasi.

Segala bekal di perantauan ini yang akan diguna kelak di Malaysia nanti. Dalam penat saya ke hulu ke hilir ke tengah kota metropolitan Cairo dan kemudian ke penghujungnya di Shoubra, terasa penat memang ada. Rasa lemah juga kengkadang, tapi bila mengenangkan akan janji Tuhan pada hambanya yang berjuang, berusaha memartabatkan Islam, mencari ilmu .. kaki yang letih berjalan dengan segenap dugaan mendatang ini saya telan dengan senyum sendirian.Cukup.Alhamdulillah.

Arab di sebelah saya semacam pelik, melihatkan perilaku anak Malaysia yang seorang ini yang tersenyum senyum sendirian dalam El-Tremco (van awam) sewaktu pulang dari bermesyuarat. Kadang kadang lucu dan terasa geli hati memikirkan ranjau dan onak duri perjuangan yang ditempuh. Saya sememangnya masih bertatih jatuh dan bangun dalam medan dakwah dan perjuangan ini. Disamping terlalu banyak mutiara dan khazanah ilmu yang perlu di ceduk dari dada dada ulamak serta para masyaikh.

"kalau bukan kita, siapa lagi?? kalau bukan sekarang, bila lagi?? kalau bukan di sini, di mana lagi??" teringat kata seorang abang senior kepada saya 4 tahun yang lalu tika saya masih tidak fasih berbahasa Arab. Sekarang pon masih belajar, tapi ada la sikit kekuatan untuk tidak ditipu dan ditertawakan oleh bangsa Arab ini.

Persoalan yang beliau lontarkan memang menjadi antara sumber kekuatan saya untuk meneruskan perjuangan dan pemusafiran saya ini di Ardil Kinanah ini.

Siapakah lagi yang nak diharapkan untuk meneruskan perjuangan memartabatkan Islam, memperkenalkan Islam dan mengamalkan Islam di zaman pancaroba ketika ini?? Siapa lagi yang nak menjadi Ikon Islam yang bila mana manusia memandangnya akan mendapati Akhlak dan Nilai budi adabnya berasaskan AlQuran dan AsSunnah?? Pada Siapakah lagi golongan yang mahu diwariskan Agama suci Islam ini melainkan pada Jiwa jiwa mereka yang sentiasa kudus mencari Cinta kepada Nya???

Alangkah bahagianya jika KITA, ANDA dan SAYA yang sanggup menggalas cabaran ini untuk menjadi IKON Islam dan mampu untuk meneruskan perjuangan memartabatkan Islam di muka dunia ini dan seterusnya memperkenalkan dan mengamalkan Islam secara syumul dan lengkap berpandukan AlQuran dan AsSunnah.


Ya. Nanti kita bicara lagi.. ada panggilan Jihad

Senyum sendirian..... :-)
Thursday, 25 June 2009

usai imtihan..2009

bismillah walhamdulillah

Maaf lewat untuk meng"Update".. sampai ada peminat, pelawat dan semua blogger ternanti nanti (ayat macam best!) dengan post baru.

Maklum la.. pasca (selepas) imtihan nie memang lebih busy dari semasa imtihan. tak dinafikan .. kalau nak diibaratkan dengan misalan..macam empang saddul ally di aswan yang mengempang dan menahan air sungai NIL yang banyak dan dalam itu kemudian tiba tiba empang itu pecah.. nauzubillah..hanya ibarat..jangan betul betul pecah sebab kalau benar berlaku Mesir akan tenggelam dan bandar aswan dan luxor akan hilang dalam peta. Begitu lah program dan jadual kerja yang padat dan banyak setiap hari itu semuanya terempang dengan empangan imtihan. Bila pecah empang imtihan itu.. berterabur dan berselerak jadual dan tugas sehingga tak sempat nak menyingkap tabir blog nie.. hanya sempat jenguk untuk menjawab di shout box tapi tak update..
empangan aswan

Kena ada PA merangkap SU dan SR (SuriRumah) kot untuk jadual yang lebih teratur.Heh.Tutup mulut.
gambar imtihan tahun lalu (2008)

Usai imtihan pagi Khamis aritu, kami seramai 100 lebih pelajar shoubra mengambil kesempatan akhir untuk bergambar bersama sama selepas 3 @ 4 tahun bersama bergelumang dengan Ilmu Qiraat di Maahad Khazindarah Shoubra ini. Katanya natijah akan keluar dalam masa 2 minggu dari sekarang. Kemungkinan besar 7 Julai. Ketika ini, telah ramai sahabat sahabat sepengajian yang sudah menempah tiket untuk balik ke Malaysia. Yang dah balik pon dah ada, terutamanya yang dah berumah tangga. Ada banyak tanggungjawab yang perlu dilaksana. Rindu anak katanya. Walaupun sebenarnya Rindu pada yang lain lebih dirasa.


Macam macam hal dan berita berlaku setiap hari. Baca berita sendiri.

Kalau dalam Malaysia sekarang tengah hangat tentang kerajaan Perpaduan (Unity Goverment). Saya belum mahu komen tentang ini. Just wait and See.

Di Mesir, tadi baru tamat Egypt main bola dengan USA. Rasanya Egypt kalah kot sebab diam je jalan raya tadi.. kalau egypt menang mesti bising dan hon bunyi tak henti henti sampai ke pagi. Meraikan kemenangan dengan pesta di jalanan. Macam demontrasi dan rusuhan jugak sekali pandang. Kalau kat Malaysia mesti dah kena tahan, baru berhimpun secara aman di Ipoh Perak dengan memakai pakaian hitam dah kena tahan.. bersorak atas jalan sebab meraikan kemenangan tanpa permit.. sudah pasti tidur lokap sejam dua. Sebelum dijamin.

ARMA (Asrama Rumah Melayu Abbasiyyah) Kaherah terbakar tengok sini.

Tadi tengok berita AL Jazeera ada pergaduhan besar di Iran.

H1N1 pun masih berleluasa sehingga Malaysia pon masih ada pesakit yang terkena jangkitan. Meningkat hari demi hari. Takut jugak nak berjalan ke negara orang time2 begini. Jaulah ke Turkey pun macam nak kena tunda je.. Kalau tunda pun okay jugak. Masih dalam perbincangan di peringkat penganjur. Saya belum tahu untuk pergi atau tidak.

Selamat Hari Bapa

Tadi dengar kawan bagitahu berkenaan hari bapa, saya memang kurang ambil berat tentang hari perayaan kekeluargaan ni. Bila hari ibu,bila hari bapa, bila hari guru, bila hari nelayan, bila dan bila memang saya kurang ambil tahu. Saya akan ingat Hari Raya ja dengan kuat. Sapa sapa pon. Mesti payah nak lupa bila hari raya akan berlaku. Tanpa sedar, kita akan cukup mengambil berat tarikh islami dalam bulan ramadhan sahaja terutamanya. Kita setiap hari menghitungnya dalam kalendar Islam bilamana 1 Ramadhan menjelma dan setiap hari akan tahu berapa Ramadhan untuk hari berkenaan sehingga tiba pada pengakhir Ramadhan.. Dalam syawal kita masih lagi ambil tahu kalendar Hijri iNi.. tapi selepas itu?? Kita tak sedar dalam bulan berapa untuk kalendar Islami yang kita lalui.. agak agak la, arini berapa haribulan dalam Islam?? tercongak bukan?? pergi la cek balik kalender Islam. Saya tak marah.

Dah dekat dengan Bulan REjab. Kalau di Mesir, 1 Rejab jatuh pada hari Rabu. Jom pakat Puasa sunat. Time tu ada seminar kat sini.

oh Yea. Selamat hari ABAh untuk abah saya. En Abdul Rahman Yahaya. Tadi call tak sempat nak ucap. Juga untuk Abang sulong saya yang dan jadi abah. Semoga dapat mendidik dan mencorak anak anak mu menjadi pejuang dan serikandi Islam. Juga untuk Adik ipar yang akan jadi Abah tak lama lagi. Bulan 10 kalau tak silap. Meh Pak Ngah nak tahnik kan anak itu bagi sehat macam pak ngah. buleh?

Ibnu Umar ada berkata " Bila engkau berada di petang hari, maka janganlah menunggu datang nya pagi hari; dan bila engkau di pagi hari, maka janganlah menunggu datangnya petang hari. Manfaatkanlah waktu sihatmu untuk sakitmu dan waktu hidupmu untuk sakitmu " (Riwayat Bukhori)


" PAGI yang gelap, kini sudah cerah..."
" PAGI itu indah seperti biasa, bukalah tingkapmu curahkan cahaya.... "
Saya suka waktu pagi.. bersemangat di pagi hari..

Selamat Pagi Bloggers.. PAGI!!!
Monday, 22 June 2009

Rehlah Tabadul Thaqafi ke Turkey II

Bismillah walhamdulillah

"nta nak ke Turkey lagi ke?" yob

"ana tak kata nak pegi lagi, ana tolong promote je.. tapi kalau ade rezeki boleh jugak ana nak jejak bumi costantinopel tu lagi.. banyak peninggalan dan kesan khilafah uthmaniyyah kat sana... " ottoman empayer masih boleh dijejak kesannya sehingga sekarang..menarik"

Terkenang

Perjalanan dan permusafiran pada rehlah tabadul thaqafi anjuran Pmram dan Markaz Nil ke Turkey tahun sudah cukup memberi kesan kepada saya dan semua para sahabat yang terlibat. 10 hari kami berada di bumi atrak itu. Walaupun kami hanya ke istanbul dan bursa, tapi setiap detik dan ketika cukup indah dan terakam molek dalam memori saya. "chai iki (teh dua)"

Masakan tidak, kami ditaja sebahagian besar perjalanan kami di sana. Kami tak tahu orang kaya mana atau pertubuhan mana yang menyara perbelanjaan kami di sana.. tapi memang tak di nafikan dengan bayaran hanya USD 450 itu kami dapat mengecap nikmat yang sebegitu... sepatutnya lebih lagi kami perlu bayar jika nak dibandingkan dengan apa yang kami dapat dan dihidangkan.

Penginapan, makan dan pengangkutan kami di sana semuanya ditaja. Usd 450 yang kami bayar hanya untuk tiket penerbangan pergi dan balik beserta tiket untuk masuk ke tempat tempat tertentu seperti museum dan sebagainya. Rindu air sejuk sewaktu berwuduk di masjid Biru,Istanbul.
dihadapan masjid Biru, Isketambola (Istanbul)

Tidur kami di hotel.. sebenarnya sekolah/kolej. Tapi binaan dan kemudahan yang disediakan didalam nya melebihi hotel bertaraf 5 bintang di Mesir.Nak dibanding dengan hotel Europa di Giza atau hotel Cairo Khan di Atabbah..beza langit dengan bumi. Betul, letih kami terubat bila baring dalam bilek berhawa dingin di atas tilam empuk kelas pertama. Aduh, dunia oh dunia.

Makan kami di Restoren Kelas Pertama. Disewa dan dibayar khas oleh mereka mereka yang kaya dan pemurah di Turkey. Ya. Kami sempat bersama semua penaja yang menaja. Setiap kali makan, akan ada semacam Dato atau orang besar besar yang akan makan bersama kami dan mereka ini akan membayar segala makan kami. Mewah. Dr Safwan pasti ingat betapa nikmat sup Turki yang dia akan mintak kurang kurang dua mangkuk untuk setiap hidangan. Suka sup katanya.
nak makan semua pon boleh, pakcik belanja.

Tapi, perut melayu saya ini kurang enak ketika itu. 3 hari selepas tiba di turkey,perut meragam.Minta excuse. Mungkin sebab terkejut perut bila masuk makanan yang lawa lawa , cantik cantik dan sedap sedap macam orang turkey jugak secara pukal di dalam perut ini. Macam bulan puasa la, perut rest dan tak makan banyak, tapi bila hari pertama raya, di belasahnya laksa,lemang, dodol ,kuih muih dan semua .. sampai perut minta cuti. emergency. MC. Masuk keluar WC

Pagi solat subuh hari khamis itu kami habis kan di Masjid Abu Ayyub Al Ansari. Sahabat rasulullah inilah yang membawa Islam ke Turki. Sempat kami menziarahi makam beliau bersama ratusan jemaah yang hadir.Memang time ziarahnya di waktu subuh. Mata pon dok berbekas tidur lagi.

Makam Muhammad Al Fatih yang membuka kota costantinopel itu kami ziarahi dan sedekahkan doa serta kesan kota atau kubu Costantinopel masih jelas dan kami tengok sendiri dengan mata kepala kami.Wah.. Hebatnya.

us Khalil membeli ais krim kenangan

Banyak lagi pengalaman yang ditempuh sepanjang 10 hari di sana. Memang terasa untuk ke sana kembali walaupun harga barangnya mahal berbanding sara hidup di bumi anbiyak mesir ini. Bayangkan saya dan us khalil makan ais krim tepi jalan yang berharga 5 Lera Turki.Murah di turki sebab angka 5, tapi bila diconvertkan ke Pound Egypt..kami sebenarnya dah makan Le 25 untuk sebatang ais krim. Nikmat. Teruja jugak dengan cara pembuatan aiskrim itu. Ada seninya. Memang terpamir ketika membelinya..semacam aksi orang sarkas yang membuat pertunjukan, padahal hanya menjual ais krim. Kena pergi dan tengok sendiri.

Duit dalam poket saya dan sebahagian peserta lain tak setebal mana sebab kami bukan pekerja yang di bayar gaji. Kami pelajar. Berbeza jugak antara kami pelajar agama yang tak ditaja ini dengan pelajar Medic yang mendapat bantuan biasiswa pendidikan. Jadi, memang cukup terharu bilamana 3 hari sebelum akhir kami hanya tinggal Allah dan Rasul. Dalam poket kosong.. duit geneh untuk naik teksi di airport cairo sahaja yang tinggal. Tapi, rezeki Allah tu kan luas... poket kosong hati tetap senang. Alhamdulillah. Dapat juga beli ole ole berupa baju turkey,tudung turkey, keychain dan dua tiga kenangan lain.

"kalau pegi berjalan tu,bawalah apa saja walaupun BATU untuk hadiah kepada keluarga"

Tahun ini, sekali lagi program pertukaran pelajar / Lawatan Sambil Belajar ini dianjurkan PMRAM bersama Markaz Nil. Rehlah Tabadul Thaqafi II. Hati melonjak nak ikut sama, tapi macam macam yang jadi empang menghalang. Tugas, Program, Kelas bertindih tindih lepas peperiksaan ini. Tapi itu semua boleh di ejas.. asalkan ada yang sudi menaja ke sana..DUIT je yang masalah. Support USD 550 untuk tiket tahun ini. boleh? Sapa Berani Angkat Tangan.Hulur Bantuan.

"Siiru Ala Barakatillah..."
Sunday, 14 June 2009

Jumaat yang aman

bismillah walhamdulillah...

Semoga Jumaat yang hadir membawa ribuan makna buat kita semua para blogger, penuntut ilmu dan pejuang Agama Nya serta semua kita tak kira siapa.
Para jemaah lelaki semua yang telah diwajibkan Solat Jumaat, mari kita check dan muhasabah bersama.. apa yang telah kita buat utk solat Jumaat hari ini...

1. Adakah kita menghadiri perhimpunan perdana mingguan kita pada minggu ini dengan membawa hati yang ikhlas?
2. Adakah kita datang ke masjid awal dari masanya atau kita tak sempat pon mendengar khutbah??
3. Kita sebenarnya datang ke solat Jumaat sebab nak makan pisang?? atau membeli makanan dan barangan di sekitar pasar Jumaat??
4. Sejauh mana kita faham dan mengambil manfaat dari isi dan intipati khutbah tadi atau kita tidur dan mengambil rehat tgh hari selepas kenyang membelasah Nasi Beriani Ayam beserta air laici kak mah(bukan nama sebenar) ditepi masjid tadi. Mentang mentang masjid ada air cond dan sedap tido. kena pulak tajuk khutbah makanlah buah buahan tempatan. Hah.


St Teresa , Shoubra.

Tadi telah berlangsung majlis khatam bagi Us Naser Kedah dan Us Mazran Memali Baling di Shoubra dengan jayanya bersama Sheikh Hassan Muhammad Hassan Rejab.

Mereka telah khatam bertalaqi dengan sheikh melalui pembacaan riwayat Hafs 3an 3asim dengan toriq Syaatibiyyah.

Mabruk ana ucapkan pada antuma berdua.Semoga dengan Khatamnya pembacaan Al quran bersanad kita semua ini, tidak mematikan dan memberhentikan kita dari membaca Al quran bahkan kita akan lebih bermulazamah dengan Alquran. Bahkan lebih rajin dan rajin lagi kita mendalami Ilmu al quran dan mengamalkannya dan menyebarkannya.

Sebak juga hati saya tika mana mendengar tazkirah ringkas dari maulana Sheikh sebentar tadi selepas tamat majlis dan ketika berdoa, beliau mengingatkan kita bahawasanya ribuan bahkan jutaan para malaikat turun bersof sof tika mana ada terdapatnya majlis majlis zikir mengingati dan membesarkan Allah terutamanya majlis ilmu dan Majlis Khatam seperti ini. Para Malaikat diutus Allah turun berbondong bondong memayungi dan melebarkan sayap serta mendoakan bahkan mengaminkan doa umat yang berada dalam majlis tersebut. Di tambah pula hari ini adalah saiyidul ayyam. Moga moga doa doa kami dan kita semua didengari dan di makbulkan oleh Allah setelah para malaikat juga turut mengaminkannya.

Tapi malang, sebab ada segelintir kita yang masih tidak mahu mengambil peluang untuk berada di majlis Ilmu, halaqah muzakarah, majlis zikir membesarkan Allah bahkan majlis khatam dan berzanji marhaban yang selepasnya ada makan makan pun sesetengah orang tak sanggup untuk hadir dan luangkan masa. Malu pada para malaikat. Mereka sanggup dan gembira menghadiri raudhah (taman) dari taman taman syurga seperti ini.. sedangkan ada sebahagian kita masih bongkak dan angkuh tidak mahu bersama dalam majlis mulia seperti ini.Nauzubillah.

Mari rebut majlis ilmu.
mari rebut majlis zikir dan mengingati Allah dan rasul
Mari selawat banyak banyak pada baginda rasul

Semoga di pertemukan dengan Jumaat yang akan datang.amin.
Saturday, 13 June 2009

1 Maut, 2 Cedera Parah Dalam Kemalangan

Kaherah, 11 Jun - 5 pelajar perubatan Kaherah terlibat dalam kemalangan sewaktu pulang dari Ain Sokhna selepas Maghrib malam semalam. Tujuan asal mereka ke sana untuk meninjau tempat sempena Rehlah Gen6 28 Jun ini.

Kenderaan yang dinaiki mereka diceritakan terbabas sewaktu cuba memotong sebuah lori akibat hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan dan terbalik. 3 mangsa yang berada di bahagian belakang cedera parah.

Allahyarham Muhammad Ammar b Zulkifli, meninggal dunia di tempat kejadian manakala 2 lagi cedera parah. Mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Suez Al-Am sebelum dihantar ke Hospital Kasr El Ainy kerana kekurangan kemudahan.

Abdul Rahman b Ramdzan dilaporkan telah sedarkan diri manakala Akram Abdul Kadir masih koma. Abdul Rahman patah lengan kanan, dan Akram didapati mempunyai darah beku di bahagian otak. Kedua-dua mereka dimasukkan ke bilik pembedahan jam 8 pagi tadi.

Jenazah Ammar tiba di Hospital Zahra' Abbasiah pagi tadi untuk diuruskan. Solat jenazah akan diadakan di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah selepas Zohor nanti. Allahyarham akan dihantar pulang ke Malaysia esok pagi. Mereka yang mempunyai sebarang hutang piutang diharapkan dapat menuntut daripada waris Allahyarham dan dihalalkan segala salah dan silap.

2 lagi mangsa, Muhamad Fitri Tokiran dan Saif Jamaluddin hanya mengalami kecederaan ringan dan dibenarkan pulang. Saif masih ditahan di balai polis Suez untuk soal siasat dan akan dibenarkan pulang ke Kaherah tengah hari nanti -


mediaPERUBATAN


(sumber : perubatan.org)
Thursday, 11 June 2009

Syafawi 2009

bismillah walhamdulillah

Bit taufiq wan najah wa zaujah. Amin Ya Rabbal Alamin.

"apa bising bising dalam kelas syafawi tu??, pi tengok sat.." ali


Setelah menunggu dari awal awal pagi tika mana kedai kedai ammu arab belum buka kedai lagi melainkan kedai kedai makan tokmiyah yang berupa kuih berbentuk bulat macam masalodeh yang dimakan bersama foul(kacang) dan eisy(roti) saja yang dah buka.. sejumlah besar pelajar malaysia di Shoubra Tahun tiga dah menunggu untuk di tanya soalan berkenaan Syafawi Al quran dan Qiraat pada hari itu.

Sampai ke jam 11 pg saya dan lebih kurang separuh lagi calon belum di soal (tebuk)...

"ai.. lama la pulak nak tunggu turn nie" .. nama mula ngan huruf Mim (MOhd) lambat la sikit.. letak nama Abu Dzar memang kena first la sebab mula ngan huruf Alif...

Sambil dengar bising bising kat kelas/dewan syafawi , saya pon pergi menjenguk jenguk apa yang berlaku.. tika tu jam dah 1131am.. dalam satu kelas tu ada tiga tempat yang di buka untuk lisan dan setiap satu tempat ada dua orang mubtahin (pemeriksa/penyoal)

Tetiba saya tertolak ke dalam kelas tu bila mana ramai yang mengerumuni pintu dan tingkap bilik syafawi tu...

"hah...nta...roqom kam(berapa no giliran??)" tetiba pengawas tu tanya no giliran kat saya yang tetiba tertolak ke dalam kelas secara tak sengaja.

"eh.. saya lambat lagi sheikh..orang lain dulu.. saya seratus lima (105)" ..tika tu baru 90 kalau tak silap sebab cik fendy tengah baca depan mubtahin tu..

"abis, nta masuk kenapa.. nta 105 lajnah belakang.. khush hunak( masuk sana)..." pengawas tu tarik tangan dan suruh duduk belakang.. pastu dia terus tutup lajnah tu dan kata kepada calon lain yang belum imtihan syafawi lagi...bukroh(esok)...

Saya yang terakhir pada hari tu untuk disoal.. siap langkau no orang lain.. yang 5 @ 6 orang sebelum saya belum exam, saya dah...ustaz tanya beberapa soalan dan saya jawab yang mana boleh dengan tawakkal yang tinggi...

Tunggu je la keputusan nya nanti

"dan bilamana kamu berazam maka bertawakkal lah pada Allah"

Jadi, kepada sahabat sahabat yang belum exam lagi... esok buat betul betul.. ada masa untuk mengulang lagi...

Oh yea, sheikh yang menyoal saya tadi adalah sheikh yang sama menyoal saya tahun lepas.. dia lupa lupa ingat saya.. tapi saya memang ingat sangat siap ada bukti lagi....


Ini gambar syafawi tahun lepas.. tapi tadi pon kena dekat Ustaz ni jugak.. syukran syeikh..

Para masyaikh yang menjadi penjaga peperiksaan dan yang menyoal kami semua adalah dari maahad lain yang berbeza beza yang dipinjam kan dari seluruh maahad di sekitar mesir. tiada sheikh dari maahad Shoubra yang terlibat rasanya.

oklah.. bersedia untuk esok pulak...
Wednesday, 10 June 2009

Pengunjung