exam dah dekat

Posted by bosz Tuesday, 29 April 2008

hari berganti hari

malam bertukar siang

siang mengganti malam

anak anjijng 'yang comel' ketika tidur semakin membesar dikaki lima jalan ke masjid IM

musim panas menjelang tiba

tiada lagi saratoga lihaf membalut badan

hanya tinggal pepijat yang semakin menular

pagi sejuk siang berkipas...

baju tebal di lipat simpan dan baju panas dikeluarkan

kedudukan bilek ditukar dengan warna dan mood study

meja study dikemas dengan madah dan kitab kitab yg bakal di baca

bulan 4 dah sampai hujung

akan masuk bulan lima

dan bakal menyusul exam final year di bulan jun...bermula 4 jun insyaAllah

tak tahu apa yang bakal berlaku di bulan 7 dan adakah masih ada bulan 8 untuk ku....

atau aku tidak sempat merasa bulan 9 dan 10 lagi di bumi anbiyak ini

jadual study group disusun kemas

di perhatikan jam tidak keruan agar seminit pon tak dilepaskan

semua projek dan program terpaksa di tawaqufkan agar memberi laluan istimewa kepada syahadah yang mendebarkan

kitab suci Al Quran semakin kerap di baca dan dihafal..agar kekuatan ingatan bertambah

doa dan solat semakin kerap dan hati jiwa semakin melekat pada masjid dan jemaah

semoga segala usaha diberkati dan Allah memberikan kejayaan serta perkara yang terbaik kepada kita...insyaAllah

0 comments

Pengunjung

Kawan Kawan Bosz