Tun mahadir pun dah kuar UMNO...

Posted by bosz Monday 19 May 2008


ALOR SETAR, 19 Mei (Hrkh)

Berita terbaru benar-benar mengejutkan apabila mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno dan hanya bersedia kembali ke pangkuan parti itu selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.

Ini seakan-akan membayangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) bakal tumbang dalam masa terdekat ini selepas kehilangan kuasa majoriti pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Perletakan jawatannya berkuatkuasa serta merta. Bukan sekadar meletak jawatan sebaliknya beliau menyaran ahli-ahli Umno supaya turut berbuat demikian.

Dr Mahathir memberitahu beliau bertindak keluar Umno kerana tidak yakin dengan kepemimpinan Abdullah.

Saya akan hanya kembali semula ke parti tersebut apabila pucuk pimpinan ditukar, katanya sebagaimana dipetik www.Malaysiakini.com.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika berucap dalam satu forum di Alor Setar pagi tadi.
Dr Mahathir juga menggesa kesemua menteri Umno, timbalan menteri dan semua peringkat pemimpin, supaya bersama dengannya keluar dari parti.

Beliau bertindak keluar parti yang diterajuinya selama 22 tahun, seakan-akan menurut jejak langkah dibuat Perdana Menteri pertama selepas merdeka, Tuanku Abdul Rahman.

Tuanku Abdul Rahman menyertai Semangat 46 selepas Umno diharamkan ekoran kekalutan pada pemilihan merebut jawatan presiden 1987.
Bagaimanapun, Dr Mahathir meminta mereka supaya (pemimpin Umno) jangan menyertai parti-parti yang lain.

"Tunggulah hingga Abdullah letak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden parti, dan kita boleh kembali semula kepada Umno," katanya.

Dr Mahathir merupakan perdana menteri Malaysia keempat dan memegang jawatan tersebut selama 22 sejak 1981.


ulasan KAta :

umNo dah tak leh pakai dari dulu lagi dah.... tukar laa..keluar umno masuk parti ISLAM.. yang nak menegakkan islam...

bebudak umNO dan sekalian tali barutnya.... tak insaf lagi kaa?? terutama yang dok di Mesir nie.. hampa semua digunakan dan dipergunakan untuk kepentingan jaa... tak pi ke mana....
takkan mengaji agama sampai ke al AZhar masih tak dapat beza yang mana intan permata yang mana kaca..
yang mana batil yang mana HAQ... yang mana benar yang mana salah...


tarian gelek ..ade bendera UMNO belakang tuu..budak mesir ke tuu?


YA Allah Kau tunjukki lah kami semua, jalan yang Benar dan LURus ...jalan yang ditunjukkan oleh ISlam berdasarkan panduan AL Quran Dan As sunnah yang sebenar....
Berikan lah kami Taufiq dan hidayah Mu..perkenan kan lah Ya ALlah

Kau yang Menjaga Agama Mu dan Kesuciannya..

0 comments

Pengunjung

Kawan Kawan Bosz