::Demi Masa::

Posted by bosz Monday, 16 June 2008

mak yam merindui anaknya ..nazli.. *(Demi Masa)


assalamualaikum... terharu saya tengok cerita Demi Masa di tv3 cerekarama petang tadi. air mata yang macam nak mengalir sempat diseka oleh pipi yang tembam..kalau tak memang banjir laa.. seb baik...
ada jugak cerita yang berjenis sekarang kat malaysia.. tapi banyak lagi cerita karut dedah sana sini yang bercambah cambah.. nak saya bagi contoh ke..tak payah laa.. korang pikir la sendiri...
tak terbanding dengan cerita pengajaran yang anak anak muda malas nak layan... yang layan semua golongan maklong paklong yang pagi nya letih menoreh..dan berfelda..
kena anak yang memang tak minat cerita melayu..lagi jauh la nak tekan channel tv3.. channel MTV yea...

kamu kalau belum tengok cerita Demi Masa nie elok cari dan tengok.. tv3 kalau boleh buat siaran ulangan... cerita nie saya rasa dia adaptasi dari satu flash pengajaran yang ada lagu arab ummi tu...
kisah secara ringkas nya menceritakan seorang mak yang bermata satu (buta akibat kemalangan) membesarkan anaknya sehingga berjaya.. tapi biasa laa.. si anak malu dengan ibunya.... hampir tidak mengaku dan melupakan ibunya... camtu la lebih kurang...
kamu tengok la sendiri.. tapi memang terasa la cerita nie...
sampai la segala pengajaran yang nak disampaikan melalui cerita nie

lakonan mantap Sheila Rusly dan pelakon yang lain..tak silap budak lelaki nama nazli tu dulu belakon cerita MOKHSIEN... memang menjadi... cayalah...

memang teringat saya kat mak ...
kamu yang masih ada mak.. yang masih ada ayah.. yang masih ada keluarga.. yang masih ada opah dan sesiapa yang menjaga kamu... ingatilah mereka dalam setiap kali doa dan solat mu.. sesungguhnya mereka para ibu dan ayah langsung tak pernah lupa dan kering mendoakan mu setiap detik dan waktu

selagi mana ada mereka..kalau tak dapat balik menjenguk pon...cukup sekadar selalu berhubung.. yang penting telefon... sms..mms.. GPRS..dan apa apa je laa... kalau artis AF kamu boleh undi dan SMS berkoyan koyan.. kenapa tidak msg tanya khabar dan ucap selamat siang kamu berat untuk menghantar pada keluarga terutama ibu dan ayah... jangan beralasan.. ibumu sudah moden.. jarang yang tak tahu berSMS walaupun saya tak nafikan ada yang belum mahir

saya cukup terasa.. tiga tahun diperantauan... terasa lama tak mengucup tangan dan pipi ayahanda bonda... berikan sedikit masa lagi untuk saya habiskan pengajian bersijil, dan banyak lagi pengajian tak bersijil yang perlu belajar sebenarnya.. lepas itu sesegera mungkin akan saya terbang pulang..insyaAllah

moga Allah panjangkan umur kita .. amin...

bagi yang telah tiada ibu dan ayah.. berdoalah pada Allah setiap kali kamu berdoa..agar mereka dirahmati dan ditempatkan di tempat yang selayaknya... doa anak yang soleh solehah menjadi bekal untuk ibu dan abah...

oh ya.. bila hari bapa??? baru nie kan... selamat hari bapa untuk abah... tapi
sepatut nya bagi kita, hari hari dan setiap hari adalah hari ibu dan hari bapa dan hari semua orang... tak perlu untuk hari hari tertentu baru kita ingin menghargai jasa seseorang.. setiap hari kita perlu doakan kesejahteraan dan keselamatan setiap orang.. terutama orang yang kita sayang.. dan kamu.. orang yang disayangi.

sudah. cepat telefon ibu dan abah mu sekarang... tanya khabar dan ucap selamat siang..
paling tidak.. SMS.

1 Comment

  1. salam,
    aku tgk gak cerita tuh sedih wooooo sgt menyedihkan..masuk selamat pagi malaysia atau malaysia hari ini kalau x silap kau ..sheila rusly n krew lain mcm penulis skrip cerita tuh dijempu utk bagi ulasan sikit..

    sesungguhnya cerita tu bg pengajaran pada kita semua..sama2 lah kita amik iktibar..

    Posted on 6:41 pm, June 19, 2008

     

Pengunjung

Kawan Kawan Bosz