kedaulatan undang undang

Posted by bosz Wednesday 29 October 2008

assalamualaikum.. dah lebih sebulan ada kat malaysia

susah sebenarnya nak menyesuaikan susasana malaysia setelah 3 tahun meninggalkan nya..
bukan apa... nak cover balik dengan keadaan dan hambatan peredaran masa.. dan teknologi yang canggih.. banyak system buatan manusia nie berubah ubah mengikut peredaran musim dan kemajuan dan juga perkembangan ilmu

harinie dapat ilmu baru ..tukar system dan peraturan kehidupan..
esok lusa dapat lagi kemajuan yang lebih baik..ubah lagi... habis..
bila dah tiga tahun perkara nie berlaku..kekok dan jenuh jugak orang yang macam saya nak catch up balik.. nak ke bank dan pejabat pos pon dah rasa kecut perut dan lain macam ja... siap ada mamat mai tanya lagi kat saya..

"bang,bayar bil kat bank pon boleh kan..bukan kat pejabat pos pon takpa kan??"

"boleh kot..cuba la tengok.." -bosz- dlm hati ("mana saya tau")

mak kata boleh bayar kat bank...

undang undang

budak budak law dan syariah islamiyah pandai la bab bab perundangan nie...

cumanya.. undang undang manusia nie sampai bila pon takkan menepati ciri ciri kehendak undang undang Islam yang Allah kehendaki..

undang undang ciptaan manusia nie zalim.. zalim nie lawan bagi makna Adil.. tak adil.. menindas..

undang undang yang mengikut keadaan masa dan peredaran ilmu yang macam saya cakap tadi..
hari nie rasa sesuai rotan ..rotan..
esok lusa dah kaji balik rasa tak sesuai pulak .. tak rotan

cuba cek balik ..jom ..undang undang malaysia..yang saya nampak selama sebulan nie...

curi,rompak,samun - denda yang dikenakan... penjara atau kena denda.. kecurian tetap berlaku.. bertambah banyak lagi.. siap lani orang curi kabel telepon..nak telepon bakal mak mertua pon dah tak leh.. kabel kena curi...

nak masuk masjid ... kena kunci bebaik kenderaan.kalau tak..alamat laa... hilang.. tu kawasan masjid tuu.. tak takut Tuhan .. nauzubbillah

hari nie punya berita pon bagitau..berhati hati ketika mengisi angin tayar.. tengah isi angin pon kena rompak..samun ..ya ALlah..negaraku malaysia.. undang undang manusia tak mampu mengawal

rogol - denda sebat.. banyak jugak lagi berlaku kes ni.. lani siap berzina lagi..rogol kot la kena paksa.. ini sukarela..jual diri.. kaedah atau cara baru..bagi kondom... tak jadi.. undang -undang manusia... semua nya kena berbalik pada hukum Tuhan.. yang dah terang dalam Al Quran dan ditunjukkan oleh Nabi dan semua Ulamak selepas padanya...

banyak lagi laa nak list kes jenayah yang berlaku kat malaysia nie.. trend baru sekarang nie..culik pulak.. jaga laa anak, adik. anak buah ..

tak masuk kes juvana anak anak sekolah lagi.. ponteng kelas nya.. melawan guru.. tendang sepak terajang cikgu.. merokok. dadah.hisap gam.black metal.itu.ini. Ya Allah.. banyakknya..

macam mana nak buat nie...

semuanya kita kena berbalik pada pengamalan system dan panduan Islam...
dengan Islam selamat.. sokong Islam..selamat..
hanya bila mana hukum Allah ditegakkan.. dunia dan negara ini akan aman dan selamat... Allah dah janji... kenapa masih ragu dan tidak percaya???

dan jugak bila mana kita mendaulatkan Islam dan mengamalkan nya dalam diri dan hati kita sendiri..

orang tengok ka, tak tengok ka.. kita tahu bahawa Allah Memandang..itu Iman..

...hmmm... tu la celoteh saya hari nie..banyak lagi nak tulis..tapi penyusunan ayat tak berapa baik.. tapi harapnya semua paham dan dapat maksud yang nak di bagi tahu...

daulatkan Islam dalam hati dan kehidupan seharian.. sokong Islam... insyaAllah selamat dunia akhirat...

assalamualaikum

0 comments

Pengunjung

Kawan Kawan Bosz