tak tahu sejarah jangan bising!!!

Posted by bosz Monday 30 March 2009

bismilah...

saya berjalan balik rumah jam 1130 mlm dari rumah member selepas habis study group.. tahun nie katanya nak score tip top dalam exam yang tak lama lagi.. pastu nak pujuk Pengerusi DPM untuk jumpa dengan mudir untuk ringankan subjek untuk exam.. sebab nya kalau student kuliah azhar kalau tak lulus subjek tertentu ,hanya subjek tu ja yang di ambil..bukan semua..

tapi,kaedah maahad shoubra nie..walaupun tahun lepas satu subjek yang tak lulus tapi kena ambil semua subjek sebanyak 10 subjek semula pada tahun berikutnya...

lega sikit kalau hanya satu subjek yang kena ambil semula... daripada 10 subjek.. sejuk sekejap hati mendengarnya...

dalam on the way berjalan tu..jumpa dengan seorang pakcik bertongkat dua .. dua belah tangan kiri kanan ade tongkat.. kesian betul nampaknya... saya mendekati dan menghulurkan sedikit duit tanda simpati... tetiba pakcik tu marah.. katanya selepas di translete "aku tak perlu duit dari ko..aku bukan peminta sedekah..aku boleh kerja..aku kuat lagi".. saya terus cepatkan langkah dan beredar...sambil hati berkata... uish...apehal pakcik nie memarah plak tetiba.. taknak plak orang nak tolong... lain macam angin dia..taknak takpe...

setibanya di rumah... ahli bait cerita bab panas panas... dengar sambil panas campur letih pon tak habis lagi selepas berjalan tadi... memang haram UMNO

tau dah cerita pasal nie 2,3hari lepas..tapi tetiba malam nie cam panas lebih sikit...

mana taknya.. umno yang tak tahu asal usul PMRAM, tak tau apa itu PMRAM, tak tau kerja buat PMRAM.. terus nak serbu semberono jaa..

Ahli umno luar negara sebut pasal PMRAM dalam perhimpunan agong UMNO.

dalam berita hairan ade, dalam utusan meloya ade, dalam malaysia kini ade, dalam tv3 pon masuk kata kata seorang perwakilan Umno luar negara yang menuntut di universiti di Southampton, Britain yang mengusulkan supaya PMRAM diharamkan. Gesaan itu dibuat atas alasan kononnya ia menyebarkan ideologi politik pembangkang.

Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan juga menggesa biasiswa pemimpin Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) ditarik balik.

"PMRAM perlu diharamkan, biasiswa pelajar yang menyertai PMRAM perlu ditarik balik," katanya.

"Apabila pelajar kita tiba sahaja (di Mesir), PMRAM lebih dahulu menyambut mereka di lapangan terbang.

"Mereka ini, pegawai- pegawai kita pun takut.

memang tak baca sejarah.PMRAM bukanlah sebuah organisasi politik seperti Kelab nadi Umno Mesir yang jelas nama dan gagasan ideologi politiknya adalah dari Umno Malaysia. Namun harus difahami bahawa jelas berbeza diantara berpolitik secara langsung dan mengambil tahu serta menyatakan pandangan dalam sebarang isu termasuk isu politik. Malah kewajipan mahasiswa menyatakan pandangan dalam sebarang isu adalah suatu kewajaran yang tidak dapat disangkal lagi. Ia bebas untuk diamalkan oleh sesiapa sahaja , dimana-mana sahaja untuk memberikan sikap dan pandangan masing-masing selaku mahasiswa yang prihatin dan bersemangat patriotik.

Jelas, Pmram tidak pernah menamakan diri sebagai organisasi poltik , malah tidak wujud langsung dalam objektif penubuhannya sebarang gagasan politik seperti kelab Umno Luar Negara yang namanya pun sudah jelas membawa aspirasi Umno Malaysia.walaubagaimana pun PMRAM selaku pendokong kepada proses perkembangan kemahasiswaan yang baik tidak mengahalang sesiapa jua dari kalangan mahasiswa termasuk ahli kelab Umno dari menyatakan pandangan dan perbincangan sebarang isu kenegaraan termasuk isu politik Malaysia.

Apakah wakil kelab Umno tersebut sudah hilang pertimbangan sehingga mencadangkan agar PMRAM diharamkan kerana kononnya berpolitik. Sedangkan ia sendiri ahli kelab Umno yang jelas berpolitik.

Gesaannya supaya biasiswa pelajar yang meyertai PMRAM ditarik balik tidak lebih dari menunjukkan sikap politik kediktatoran yang berjaya disematkan kedalam setiap pemikiran ahli kelab Umno. Apakah pemikiran yang penuh hasad dan kedengkian ini yang menjadi tunjang kepada gerakan kelab Umno yang membawa aspirasi Umno Malaysia.

Sikap ini bukan sahaja mencerminkan dendam kesumat malah ia adalah lambang betapa tidak profesionalnya mereka setelah gagal mendapat tempat di kalangan mahasiswa Al Azhar yang terkenal sebagai kilang melahirkan pejuang Islam di seluruh dunia.


saya secara peribadi akan mempertahankan PMRAM kerana jelas selama 76 tahun PMRAM menaungi pelajar malaysia di Mesir ,PMRAM menjaga kebajikan ahli dan pelajar keseluruhannya jauh dari berpolitik. kalau nak harapkan NADI UMNO MESIR??? lingkup pelajar malaysia!!! sah sah politik.

buat apa berpolitik di mesir, bukannya nak mentadbir negara mesir.. medan sebenar kan di Malaysia. apa punya UMNO.. kerajaan hantar kamu ke luar negara untuk belajar, kamu jelas jelas berpolitik bila masuk kelab UMNO luar hegara.. kamu yang lebih dulu sepatutnya di tarik biasiswa sebab berpolitik tak tentu pasal.merugikan duit kerajaan yang membiayai kamu.biadap UMNO.

0 comments

Pengunjung

Kawan Kawan Bosz