tarik tali 2009

Posted by bosz Saturday 14 March 2009

hari keluarga SHoubra 2009

"egh...adoi ....sakit nya.... rasa macam nak tercabut badan nie..."rungut epol

"sedih betul..first time kalah nie..tak penah kalah lagi kalau ana masuk .." bosz

"takpe... kita main bukan nak menang.. ukhuwwah kan.. betul tak??" us wan.


tarik tali 2009

alhamdulillah.. masih dapat jadi veteren shoubra dalam keluarga pelajar pelajar shoubra, mesir..

teringat tahun tahun lepas yang saya antara otai tarik tali...

"bosz..ko dok belakang sekali..pasak bumi..ko jangan pasak je..ko benam terus" bentak ajis.

tahun 2009 nie mencatat sekali lagi sejarah dalam hidup saya dan seluruh pelajar shoubra ..pada tarikh keramat 14 mac telah diadakan hari keluarga shoubra yang berlangsung di nadi exco muzallat..

rasanya tahun nie yang paling meriah dan paling ramai turun padang terlibat.. mungkin semua acara diadakan pada hari yang sama... mungkin itu antara sebabnya..

macam tahun tahun lepas diadakan 2 ,3 hari.. tahun nie sehari dan rangkum semua acara.. acara suka neka dan acara bolasepak dan bola tampar...

seronok.....

dapat jumpa muka muka yang tak nampak kat kelas

nampak muka muka baru yang tak kenal persatuan dan program ilmuan di markaz pelajar

dapat berkenalan dengan junior junior baru yang pertama kali turun padang main main yang selama nie sibuk mengaji dan bertalaqi....

**********

"macam mana tahun nie kalah tarik tali bosz??"

- nak buat camna... dah tiga tahun menang... tahun nie bagi la depa plak merasa nak menang- jawab saya selamba..

program sukan dan keseronokan nie memang akan ramai yang suka dan turun padang... kat sini kita boleh jumpa semua pelajar.. dah macam macam saya tengok tadi.. ada yang cam tu ,, ada yang cam nie, ada yang macam macam..pelbagai ragam... nak sebut macam sensored jaa...

tapi... best!!!!!meletop

walaupun saya dapat main dua acara tahun nie

tarik tali
pak belang lapar

tapi

still best.. rasa macam objektif dan matlamat diadakan hari kuarge nie berjaya...

1. merapatkan ukhuwwah... kenal yang lama dan baru.. kenal yang dok bersarang di rumah ja.. kenal semua kawan kawan

2. menyihatkan badan... keluar peluh.. walaupun musim sejuk..tetap berpeluh... sehat!!!

3. berdakwah dalam sukan.. tazkirah sebelum acara berlangsung... sukan dalam konteks islam.. islamic sport..menepati ciri ciri sukan yang mengikut syarak.. menutup aurat

4. mencungkil bakat terpendam... baru tau yang pak shiekh janggut panjang tu pandai main bola..huhu

5. kesefahaman dalam sukan.. redha dan pasrah atas segala ketentuan... kalah pon seronok..menang lagi seronok....


demi Islam...

"kekuatan dan kecerdasan akal bergantung pada kecerdasan dan kesempurnaan jasmani"

moga semuanya di kira sebagai ibadat..

teringat tadi ...waktu tarik tali...

sebelum tarik tali-berdoa-bertakbir.. dah macam nak berperang...

semasa menarik tali- habis semua tenaga dikeluarkan.. kederat habis guna..demi sebuah kemenangan..sanggup berkorban... terdengar ada penyokong kawan kawan yang berteriak..tarik!! kemudian selang dengan takbir!!! semangat

selepas - yang menang terus bertakbir... yang kurang menang... terduduk sungkur muhasabah diri...di mana silapnya

cantek dan sungguh cantek....unik

... mari kita aplikasi kan hal ini dalam kehidupan kita...

walau hanya dengan acara tarik tali.... kita sebenarnya beribadat

tarik tali.. sebenarnya ada konsep jihad. ada konsep taat dan patuh pada ketua... dan ada konsep redha...

dan banyak lagi iktibar dan pengajaran yang dapat di ambil


alhamdulillah...

tahniah pada pasukan yang berjaya dan tak berjaya..

tahniah dan terima kasih juga buat DPM maqaz shoubra dan semua AJK pelaksana...

bersatu bersama Islam.. ISLAM for All... takbir!!!! ALLAHU AKBAR!!!!


semalam yang hangat..boszegypt

0 comments

Pengunjung

Kawan Kawan Bosz