Semua tahanan Malaysia di Shoubra di bebaskan

Posted by bosz Saturday 16 May 2009

Alhamdulillah

Baru menerima satu panggilan dari sahabat pimpinan yang menguruskan pelajar yang di tahan di Aboud Shoubra egypt yang memberitahu kesemua mereka yang ditahan telah dibebaskan dengan bantuan Pihak Safarah, en Zainuddin dan Pimpinan PMRAM termasuk mantan Presiden Us Hairul Nizam bin Mat Hussain.

mungkin perkembangan terbaru kita boleh ketahui selepas ini bila mereka telah mengupdate Blog memasing tentang pengalaman mereka di dalam lokap polis mesir dan beberapa pengalaman lain.

Pihak PImpinan DPM (MAQAZ) Shoubra mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk doa doa kalian yang membantu dan memudahkan segala urusan.

Kini diingatkan kepada semua pelajar agar lebih berhati hati setiap masa dan ketika. Pastikan semua pelajar memiliki visa pelajar yang sah untuk tidak menimbulkan sebarang masalah selepas ini.

Kerjasama semua pihak diucapkan terima kasih dan alhamdulillah atas segala kejadian dan ketentuan.

jadikan pengalaman dan peristiwa ini sebagai pengajaran buat kita yang lain

Alhamdulillah

Jazakallah...

Jom kita ziarah banduan yang telah di bebaskan di rumah mereka di Aboud.. tapi jgn datang hari ini kerana mereka nak berehat setelah kepenatan seharian di lokap. Esok yea

Datang jugak jangan tangan kosong. Paling kurang biskut kering. Hehe.

ok.syukran jugak pada wartawan yang melaporkan.

1 Comment

  1. hambaAllah Said,

    Salam,

    Akhi, mngikut firasat ana, 'gerakan' ni mungkin de kaitan dgn kdtgan Obama ke Mesir, yg mna orang2 kuat IM x alu2kn.. mybe kerajaan mesir takut de cubaan demostrasi kut..

    pepe, ana harap ikhwan di sana ttp teguh pertahankan APA yg HAQ, Hapuskan yg bATIl!

    TAkBIr!!

    wallahualam

    Posted on 3:06 am, May 17, 2009

     

Pengunjung

Kawan Kawan Bosz