dah nak tiba...

Posted by bosz Tuesday 2 June 2009


bismillah wa alhamdulillah

313

Kekuatan tentera Badar ketika berhadapan musyrikin Mekah adalah seramai 313 dari segi kuantitinya jika nak dibandingkan tentera Kuffar ketika itu seramai lebih kurang 1000 orang.

Walaubagaimana pun Allah telah berjanji memberikan kemenangan kepada Rasulullah dan tentera Islam.

Pada petang Jumaat 17 Ramadhan ketika itu... Rasulullah berdiri sepanjang petang di dalam tempat perteduhan yang dibina untuk baginda.Baginda terus bermunajat kepada Allah memohon sepenuh hati menadah tangan ke langit meminta Allah mengurniakan pertolongan dan kemenangan. Baginda berdoa sehingga terjatuh serban yang menutup bahunya sehingga Abu Bakar terasa kasihan apabila memandang baginda.

Abu Bakar mendampingi Baginda Rasul dan berkata "Cukuplah Raslullah, Cukuplah Rasulullah", sesungguhnya Allah tetap akan melaksanakan apa yang telah dijanjikan.

dan telah dinukilkan di dalam Al Quran yang bermaksud :

" Ingatlah ketika kamu memohon pertolongan kepada TuhanMu, lalu diperkenankanNya bagimu: Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut" Surah Al Anfal : 9.

berDoa dan terus BerDoa

Baginda Rasul yang tahu akan diberikan pertolongan dan kemengan oleh Allah dalam peperangan Badar itu juga masih tetap berdoa. inikan pula kita para pengikut dan hamba yang lemah..bahkah lebih lebih lagi kena banyakkan berdoa. Teruskan berdoa untuk setiap hari hari kita. Agar Allah memberikan Panduan dalam kita meneruskan kehidupan kita sebagai Muslim. Sebagai Mukmin.


"sekarang kita dah ada kat sempadan medan tempur.Ingat! kita akan masuk battle nie 3 Jun. Pastikan semua bersedia okay...." Sarjan Hassan.

"Baik Jean!! Ai Ai" Bosz

fuh...

dah ada di sempadan peperangan... kena bersedia dah nie... gemuruh la pulak.


tolong Doakan yea Semua..

3 Jun - RAbu - Tarikh Mushaf
4 Jun - Khamis - AL Quran Bertulis

5 Jun - Jumaat - cuti

6 Jun - Sabtu - Dhobtul Quran
7 Jun - Ahad - Qiraat Ilmi

nie subjek yang berderet tiap tiap hari.. ade lagi subjek lain tapi ade selang cuti 2, 3 hari. so takde la penat sangat... jadual yang berbaki akan dimaklumkan kemudian.. bagi lepas kembar siam empat beradik lahir berderet deret nie dulu....



Minta ampun minta maaf semua. Halal Makan Minum. Restui Perjuangan Ku ini.

semua semua tolong doa tau...

terima kasih jugak untuk doa kalian wahai adik adik saya di Bumi Shah rukh Khan...


" dan apabila kamu telah berazam dan berusaha, maka bertawakkallah pada Allah"

USAHA USAHA USAHA

DOA DOA DOA

TAWAKKAL TAWAKKAL TAWAKKAL

BErJaya.. InsyaAllah.

1 Comment

  1. adik2 ust Said,

    salam ust..
    gambatte neh!
    hard work will always pay insyaAllah..moga tenang dikala peperiksaan..
    salam imtihan buat ust syuk juga.

    Posted on 4:14 pm, June 02, 2009

     

Pengunjung

Kawan Kawan Bosz