maaf . sepi tak maklum

Posted by bosz Monday 6 July 2009

Mereka Insan Terpilih untuk kali ini.

Bismillah walhamdulillah

Terasa lapar pagi ini tika jam menunjukkan pukul 9 pagi. Selongkar peti ais dan dapur... takde instant food (tak elok kan?). Perut dah terbiasa makan pagi tika seminggu pemusafiran di bumi Istanbul, Turkey. Ye la, pukul 8 pagi sebelum keluar berjalan di sana, pasti di sediakan makanan berupa roti, keju, jem dan telur. Boleh la buat lapik perut sebelum berjalan jalan. Dah ada di rumah bujang nie, mana nak dapat dah macam tu. Nak tokmiyah dan Foul pun kena beli kat kedai.

Sarapan kami di Bursa, turkey.

So, kunyah jugak la pelan pelan "turkish delight" yang di beli untuk para tamu yang bakal datang menziarah. Buat lapik sebelum keluar beli lauk. Betul lapar.

Maaf kepada semua blogger dan adik pembaca. Lupa nak tinggal pesan terakhir sebelum tinggalkan bumi Nil selama seminggu dan bermusafir di bumi Bosphorus. Tak sempat tinggal amanat dan bagitau akan musafir. Masa sebelum bertolak terlalu padat, untuk meninggalkan tugas selama seminggu dan semuanya harus di settlekan dengan masa satu malam. Tak sempat. 2 teks ucapan Pengarah PESAT yang sepatutnya di masukkan dalam Pamplete program tak sempat nak disiapkan juga dan saya tak tahu apa yang di masukkan dalam hand out itu. Program tetap berjalan dan lancar.Alhamdulillah

Semasa permusafiran itu juga berlangsungnya Program Bengkel Jati Diri anjuran PESAT (Pusat Sumber Tenaga PMRAM). Maaf kepada semua AJK dan AdHoc serta semua yang terlibat sebab Pengarah Induk tak dapat bersama kalian dalam mengorak langkah pertama musim ini. Walaubagaimana pun feed back yang diterima bagus dan baik. Alhamdulillah.

Saya berada di bumi Istanbul pada 27 Jun hingga 5 Julai. Alhamdulillah kesemua 11 peserta Program Jaulah Tabadul Thaqafi II sehat dan selamat. Walaupun pada asalnya masing masing runsing dengan virus H1N1 tapi semuanya telah berjaya di lalui dan semua sekarang sedang berehat melepaskan lelah seminggu berjalan di bumi Kostantinopel.

Saya buat kali keduanya menjejakkan kaki ke sana. Melihat bumi tinggalan Khilafah Uthmaniyyah kekadang terasa sayunya. Terfikir sejenak, bilakah Islam akan kembali berkuasa seperti zaman Nabi, Sahabat atau Khilafah? Adakah mungkin ketika ini? mungkin tidak ? Tika hati hati penganut agama suci ini sering jauh dan lalai dalam mengingatiNya? Tika Islam hanya pada nama dan tidak pada etika kehidupan dan pemakaian? Tidak diamalkan dalam sistem kehidupan sebagai muslim yang syumul?

Nama dia Aesya (Aisyah) tapi berkemban separuh badan? Eropah katanya. Budaya barat teruk menular. Pemandangan seperti berkemban, bersinglet dan seluar pendek ini memang menyesakkan jiwa saya sepanjang bermusafir kali ini.

Takut bilamana melihat kerosakan ummat Islam di bandar Istanbul yang separuh Eropah dan separuh Asia itu. Kalau pelancong barat dan bukan Islam jangan dikata la, dalam Masjid Biru pon diaorang boleh buat onar. Memang patut pihak pengurusan Masjid sediakan kelumbung tudung menutupi kepala dan kain lepas membalut badan. Elok lagi kalau sediakan sarung Jubah dari kepala sampai ke kaki. Biar hormat sikit Masjid ibadat orang Islam. Bukan hanya tempat ziarah. MOga saya , meraka dan kita semua diberikan taufiq dan hidayah oleh Allah. Senantiasa berada dalam Iman dan Islam.

Tempat yang saya lawati hampir sama antara tahun ini dan tahun lepas, biasa ada yang kurang dan ada yang lebih. Alhamdulillah kalau tahun lepas dapat ke Masjid Biru sebanyak 2 kali, kali ini dapat menziarahi masjid dan makam Abu Ayyub Al ansari sebanyak dua kali dan solat subuh berjemaah di sana. Bayangkan solat Subuh yang kami tunaikan ibarat solat Jumaat bilangan Jemaahnya.. Ramai sampai penuh masjid. Memang begitu setiap hari.

Saya belum berminat untuk menceritakan dengan detail apa yang berlaku setiap hari, tapi saya akan kongsi juga apa yang perlu kepada semua nanti.InsyaAllah.

Yang pastinya, permusafiran kali ini lebih bermakna dan bertanggungjawab kerana saya ada misi dan visi ke sana. Bukan di hantar dengan sia sia. Moga manfaatnya dapat kita kongsi bersama.

Terima kasih pada PMRAM dan Markaz Nil yang menganjurkan Rehlah ini, teruskan pada tahun hadapan dan tahun tahun mendatang. InsyaAllah, ada rezeki saya akan ke sana kembali. Misi masih banyak dan belum selesai.

Alhamdulillah.Syukur pada Allah yang memilih saya untuk Rehlah Imaniyyah ini.

Tambahan :

- Keputusan peperiksaan sudah keluar. Natijah yang mendebarkan. Semuanya dari Tuhan.
Saya dah tengok dan dah tahu serta dapat agak keputusannya. Alhamdulillah.

4 comments

  1. SuMaiYyaH Said,

    aSSALAMUALAIKUM..
    SERONOK BACA CERITA AWAK BERMUSAFIR DI NEGARA ORANG.mESTI BEST KAN!!!SAMPAI SEKARANG SAYA MASIH BELUM BERPELUANG KE NEGARA ORANG.iNSYAaLLAH.sUATU HARI NANTI.sEMOGA PERJALANAN SAUDARA SEBAGAI MUSAFIR BERJALAN LANCAR.AMIN....

    Posted on 4:16 am, July 07, 2009

     
  2. adik2 ust Said,

    salam ust,
    jzkk ust for the post.
    terjawab juga pertanyaan kami mana lah ust menghilang diri,
    terharu, teruja, ter ter lagi lah baca post ni..
    semalam tengok gambar kawan2 yg ke turki,terasa macam nak jejak kaki ke sana juga satu hari nanti.

    ust, result macam mana? x nak share ngn kitorang ke? hehe..

    Posted on 4:55 am, July 07, 2009

     
  3. ut ae Said,

    mabrok atas perkongsian penagalaman yang baik dan berharga

    Posted on 7:01 am, July 07, 2009

     
  4. bosz Said,

    maaf la adik2 ust. Tak sempat nak bagitau.. meh nombor adik adik kat manipal.. pasnie nak balik malaysia plak kan?

    Posted on 7:31 am, July 07, 2009

     

Pengunjung

Kawan Kawan Bosz