Hati Sebak membaca catatan ini.

Assalamualaikum.. Alhamdulillah wa Kafaa Billahi wakila.

Sebak hati saya bila membaca kisah catatan ini pada Blog isteri kepada Sahabat saya Allahyarham Us Fauzi bin Azizan yang telah pergi meninggalkan kita awal januari lalu.

Setabah itu hatimu... Moga Allah menggantikan dengan yang terlebih baik buat mu dan semua.

::Catatan pilu tahun baru 2010::Pemergian yang memedihkankan,namun ku redha

Tiap dari kita diberi oleh Allah pinjaman perhiasan di dunia berbentuk harta, anak, dan suami.Malah kudrat iradat,ilmu dan hayat yang ada pada kita ini pun sementara.Sampai masanya boleh ditarik semula.Mana milik kita?Tidak ada milik kita.Yang ada hanyalah Allah yang punya.

Sebuah pengalaman cukup mengajar kita bahawa siapa kita dan siapa Allah yang hakiki..cukup memberi kesan di hati.ucapan 'aku tidak mampu Ya Allah"biasa terkeluar dari hati kita.Rintihlan pada Ilahi kerana Dia sememangnya menanti rintihan hambaNya…Andai tidak ditimpa ujian ini,adakah kita akan mengingati Allah…tanyalah iman,kerana ia bisa memberi jawapan yang paling jujur.Tidak Allah timpakan ujian melainkan kita mampu menghadapinya dan tidak Allah mencabut sesuatu melainkan menggantikannya dengan yang lebih baik..

31hb Disember 2009

Pagi: Seperti biasa saya memenuhi temujanji di klinik kesihatan Chenor dengan ditemani suami.Inilah kali pertama saya menjalankan pemeriksaan di klinik ini setelah berpindah dari Temerloh.Kata suami saya,lebih mudah nanti untuk saya pergi sendirian sekiranya dia berjauhan kerana tempatnya hampir dengan rumah.Alhamdulillah semuanya seperti biasa, tahap kesihatan saya dan baby memuaskan.

Petang: Setelah menjalankan kewajiban seperti biasa, saya dan suami berehat sambil suami saya khusyuk membaca buku yang baru dibelinya Rabu lalu ketika kami ke Kuala Lumpur. Saya hanya mendengar penjelasannya mengenai buku tersebut yang berjudul 'Untukmu Wanita' karangan Ustaz Zaharudin Abdul Rahman.Dia menulis sesuatu dihelaian kedua buku tersebut sambil saya hanya memerhatikannya.Lantas dia menghulurkan kepada saya lalu saya membacanya "Hadiah buat isteriku yang tersayang,Selamat Hari Lahir"…terharu saya membaca kata-kata tersebut.

"Abang minta maaf sebab lambat bagi hadiah hari lahir sayang"teringat kata-katanya."Bacalah buku ni buat panduan, bagus bukunya"katanya lagi.
"Terima Kasih abg,buku ni memang sangat-sangat berharga dari abang"kataku.
Selepas itu dia mengambil kembali buku itu dari tangan saya dan terus membacanya.Kami hanya menghabiskan masa dengan buku itu petang itu.

Maghrib: Saya bersiap untuk menunaikan solat Maghrib sedang suami saya masih di dalam bilik.Apabila saya masuk ke bilik saya tidak dapati dia, dan semena-mena telinga saya mendengar deruan bunyi motor abah."Oh dia dah pergi ke masjid"

Tiada apa kelainan yang saya perhatikan padanya kerana sememangnya kebiasaannya dia begitu.

Selepas saya menunaikan solat Maghrib, saya membuka kitab suci Al Quran lantas membaca surah Ar Rahman.Namun,belum selesai saya menghabiskan surah tersebut saya mendengar deruan enjin motosikal di jalan depan begitu kuat sehingga tiba-tiba saya mendengar dentuman yang kuat."Ya Allah,hati saya terus mengatakan ada kemalangan di depan rumah.
Segera saya menamatkan bacaan saya dan menjenguk ke luar rumah..dalam hati saya tertanya-tanya siapalah agaknya yang berlanggar tersebut.Tidak sedikit pun saya sangkakan suami saya yang terlibat kerana waktu itu di masjid masih ada bacaan yasin.Suami saya sudah tentu belum pulang,kata hati saya.

Saya dapat melihat waktu itu ramai yang membantu mangsa,mengangkat dan membawa ke klinik menaiki hilux.

Tiba-tiba jiran saya yang turut pergi membantu datang tergesa-gesa kepada saya dan berkata"Motor yang kena tu macam motor pak cik(ayah saya)"

Terus hati saya berdetik dan jantung berdeguk kencang.Saya tanpa membuang masa pergi ke tempat kejadian,"Ya Allah, ni suami saya"Terus kata-kata itu keluar dari mulut saya.Saya hanya menyaksikan kupiahnya yang jatuh ke tanah.

Segera saya masuk ke dalam rumah dan memberitahu emak dan abah yang sedang membaca yasin.Mereka begitu terperanjat.Saya terus bersiap-siap dan ingin terus ke klinik waktu itu,hanya doa dipanjatkan di dalam hati in "Ya Allah,selamatkan suami saya".Jiran saya segera menghantar kami ke sana.

Sesampai di klinik saya dapat melihat suami saya mengerang di atas trechar,sambil ambulan telah siap sedia untuk membawa ketiga-tiga mangsa ke hospital.Saya mendapatkan suami saya,namun kata pembantu doktor tersebut suami saya tak sedarkan diri walaupun dia mengerang kesakitan.Saya hanya membisikkan ketelinganya perkataan sabar dan menyuruh suami saya mengucap.Saya hanya menyebut "ALLAH"berulang-ulang kali ketelinganya.Alangkah sayu hati saya waktu itu melihat keadaan suami saya yang seperti sangat kesakitan sedang mulutnya berlumuran darah.

Sesampai di hospital,segera suami saya dibawa ke wad kecemasan sedang saya hanya menanti diluar wad.Doa tidak putus-putus dipanjatkan semoga suami saya selamat.Hati mana yang tidak luluh bilamana orang yang kita sayangi ditimpa musibah,namun saya cuba kuatkan hati,"Ya Allah tabahkan hatiku"bisikku waktu itu.

Beberapa kali saya dipanggil oleh doktor yang meminta saya mendaftarkan kemasukan suami ke hospital dan meminta saya untuk menandatangani surat membenarkan "city scan" dilakukan terhadap suami saya.Waktu itu suami saya memang sudah tidak sedarkan diri.Namun kedua-dua lelaki yang sama terlibat kemalangan bersama suami saya hanya cedera ringan malah boleh segera pulang ke rumah mereka.

Sekali lagi saya dipanggil oleh doktor untuk menerangkan keadaan suami saya waktu itu.Katanya suami saya hanya mengalami sedikit kecederaan di kepala dan terdapat sedikit pendarahan di dalam kepala namun tidak sampai tahap perlu dilakukan pembedahan.Scan yang dilakukan ditunjukkan kepada saya.Agak malang waktu itu ICU di hospital Temerloh sudah penuh,malah ICU di beberapa hospital lain seperti Afzan dan HKL juga penuh.Lebih kurang jam 1.00 pagi baru doktor memberitahu saya yang suami saya terpaksa dihantar ke Hospital Selayang.Saya meminta Abang Mad (abang kepada suami) utk bersama-sama mengikut ambulan memandangkan keadaan saya yang tidak mengizinkan untuk turut sama.Lebih kurang 1.30 pagi ambulan bertolak dan saya hanya iringi dengan doa yang tidak putus "YA ALLAH,Selamatkan suami saya"..

1 Januari 2010

Pagi itu abang Long telah berjanji untuk bersama-sama ke Hospital Selayang, setelah Abang Long dan Ngah pergi membuat laporan polis,tapi pihak polis mengatakan bahawa laporan hanya boleh dibuat setelah suami saya sedar dari koma.Jam 9.30 pagi kami bertolak ke Selayang,jam 12.30 kami tiba di sana.Waktu melawat ICU hanya pada pkul 1.00ptg hingga 2.00ptg.Waris juga tidak dibenarkan untuk menjaga pesakit.Tiba waktu melawat saya segera menjenguk suami yang masih tidak sedarkan diri.Doktor yang merawat suami ingin bertemu dgn saya untuk menerangkan keadaan suami saya.Katanya keadaan suami saya agak stabil namun pendarahan di dalam kepala tersebut mungkin akan membuatkan suami saya lambat untuk sedar semula.Kemungkinan sedikit tulang leher retak namun keputusan rasmi akan diberitahu kemudian.Kecederaan lain sama ada patah dan sebagainya tidak ada.Saya terus memanjatkan doa agar suami saya sedar semula dan sihat seperti biasa.

Petang: Abang Long,Ngah dan Abah terpaksa pulang memandangkan banyak hal yang perlu diselesaikan.Saya sejak awal telah berura-ura untuk menunggu suami di hospital bersama emak yang menemani saya.Alhamdulillah, adik saya yang tinggal di Klang sanggup untuk menghantar dan mengambil kami.Jadi kami berulang-alik setiap hari dari rumahnya.

Setiap kali saya menjenguk suami di dalam wad,hati saya selalu terusik.Masakan tidak,memandang wayar dan tiup yang berselirat disekeliling suami membuatkan saya benar-benar berserah.Berserah pada Allah yang Maha Kaya.Setiap kali itu saya katakan kepada suami 'Abang,abang kena kuatkan semangat. Abang,kita ngaji sama-sama ye!Abang pernah hafaz semua ni" lalu saya bacakan ayat-ayat suci Al Quran ketelinganya. Walaupun dia tidak membuka mata melihat saya,namun kadang-kala saya rasakan gerak matanya membalas perbualan saya.Harapan saya waktu itu hanyalah untuk melihat suami saya membuka mata dan tersenyum kembali kepada saya.Semoga ingatan dia akan pulih dengan kesucian Al Quran yang dihafaznya.

4 Januari 2010

Tatkala saya melawat suami tengahari itu,suami saya telah menunjukkan tindak balas dengan menggerakkan kaki dan tangannya.Walaupun dia masih tidak membuka mata,namun tindakan itu menyebabkan hati saya sedikit lega.Kata jururawat yang menjaganya, ubat tidur yang diberikan kepadanya telah ditutup pagi tadi.Kerana itulah dia telah menunjukkan tanda-tanda akan jaga.Namun apabila dipanggil nama,tetap tidak ada sahutan dari suami.

5 Januari 2010

Doktor meminta saya menandatangani surat kebenaran untuk pembedahan kecil yang perlu dilakukan keatas suami iaitu menebuk sedikit lubang dilehernya.Ini untuk memudahkan tiup oksigen disambungkan.Tiup yang dipakai ke mulut suami saya telah lama dan ini boleh menyebabkan jangkitan kuman.Itupun hanya akan dilakukan sekiranya suami saya masih tidak sedar.Akhirnya saya redha itu dilakukan terhadap suami saya.Namun dihati saya berdoa semoga suami akan sedar segera.

6 Januari 2010

Saya masuk ke wad ICU seperti biasa setelah tiba waktu melawat.Hati saya berdebar-debar.Adakah prosedur semalam telah dilakukan terhadap suami saya?Doktor memberitahu saya pembedahan kecil tersebut baru saja selesai dilakukan terhadap suami saya.Saya akur yang suami masih belum sedar,malah mungkin akan memakan masa lebih lama memandangkan ubat bius telah diberikan terhadap suami saya.Tambahan suhu badan suami agak panas,demam yang agak kuat.Saya megusap dahi suami sambil membaca beberapa ayat Syifa' "Ya Allah, selamatkan suami saya"

7 Januari 2010

Tengahari itu saya melawatnya seperti biasa.Kata jururawat tersebut keadaan dia agak stabil.Demam pun sudah berkurangan kira-kira 37.6 pada bacaan.Saya lihat ke muka suami,kelihatan dia hanya seperti tidur.Seolah-olah tidak menanggung sebarang kesakitan.Namun, hati saya sayu.Seperti biasa saya bacakan lagi ayat suci Al Quran ke telinganya."Abang,kuatkan semangat.Abang cepatlah sedar.."bisik saya.
Petang: Keadaan dia agak mencemaskan saya.Degupan jantungnya terlalu laju sehingga mencecah 200 lebih.Kata doktor,ini keadaan yang tidak baik kerana boleh menyebabkan organ lain menjadi lemah.Paru-paru juga telah dijangkiti kuman.Keadaan dia pada petang itu sememangnya merisaukan saya.Sememangnya keadaannya sudah tidak stabil petang itu.Saya pulang dengan langkah yang berat,namun doa tetap tidak putus di hati saya.

8 Januari 2010

Kira-kira jam 11.00 pagi saya mendapat panggilan dari hospital.Saya dikehendaki datang segera ke hospital kerana keadaan suami saya sememangnya kritikal.Bacaan nadi,jantung dan tekanan darah semuanya terlalu tinggi.Malah paru-parunya telah berair.
Saya menelefon Abg Mad yang sememangnya menunggu di hospital agar segera ke wad ICU kerana saya masih dalam perjalanan.Sesampai di sana saya menatap wajah suami yang tetap seolah-olah tidur.Namun hanya bacaan di mesin menunjukkan keadaannya yang kritikal.Abang Mad waktu itu membacakan Yasin untuknya.Segera saya membuka Al Quran dan membacakan Yasin untuknya berulang-ulang kali sambil kekadang saya berbisik ke telinganya agar mengucap."Abang,sebut Allah,Allah,Allah…"saya ulang banyak kali ke telinganya."Lailahaillallah,sebut abang.."saya menyebut lagi sambil mengusap dahi suami saya.Terasa panas dahinya.Namun, bacaan di mesin telah semakin turun dan turun.Saya tetap berbisik pada suami agar ingat Allah.Akhirnya suami saya menghembuskan nafas yang terakhir di sisi saya,mak dan abang mad.Saya melihat jam waktu itu 2.25petang.Tatkala itu mukanya seolah senyum pada kami dan terus berubah pucat.
"Innalillahi wainna ilaihi rajiun.."saya lafazkan

"Abang,maafkan semua kesalahan yang pernah sayang lakukan..semoga abang ditempatkan bersama para syuhada dan solihin" saya cium dahi arwah suami sebelum jururawat meminta kami keluar.Saya redha takdir yang telah ditentukan kepada kami.

Saya mengkhabarkan kepada sahabat-sahabat dan keluarga yang lain dengan menghantar sms.Ramai yang menghubungi saya waktu itu bertanyakan perkhabaran suami saya.

Kami berura-ura untuk membawa pulang arwah ke rumah ayah di Jengka 20.Namun prosedur hospital tetap tidak membenarkan kami membawanya pulang.Kami diminta untuk membuat laporan polis kerana arwah terlibat dalam kemalangan.Malah kami terpaksa menunggu pilis trafik yang menguruskan hal tersebut datang dari Maran. Kata pihak hospital lagi, sekiranya meninggal disebabkan kemalangan,post mortem perlu dilakukan terhadap jenazah.Kami tetap mempertahankan dan tidak membenarkan post mortem dilakukan.Perbincangan dilakukan di antara kami,pihak forensik dan polis.Alhamdulillah,akhirnya kami berjaya namun waktu itu jam sudah hampir pukul 8.30 malam.Setelah abang mad menguruskan van jenazah kira-kira pukul 9.00 malam kami bertolak dari Selayang.

Jam 11 lebih kami sampai ke Jengka 20.Segera jenazah suami dimandikan dan dikafankan.Tatkala jenazah siap dikafan, saat itulah saya mencium jenazah suami saya buat kali terakhir."Selamat tinggal abang,abang jalanlah dengan selamat.Sayang pasti akan menyusul juga nanti.Abang tunggu sayang di sana ye".Air mata saya tidak dapat dibendung.Saya telah kehilangan suami dan baby ini tidak sempat mengenali ayahnya.

Jenazah suami saya dibawa ke masjid untuk disolatkan dan segera dibawa ke tanah perkuburan.Bersemadilah jasad suami saya di sana.Namun,kasih sayangnya tetap ditinggalkan bersama saya."Insyaallah,sayang akan jaga dan pelihara zuriat abang menjadi anak yang soleh"
Jam 1pagi lebih baru semuanya selesai.

Terima Kasih buat sahabat-sahabat yang tidak putus-putus menziarahi suami sepanjang kami di Selayang juga yang tidak putus memberi semangat kepada saya.Segala pertolongan dan sumbangan kalian hanya Allah yang membalasnya.

Doakan sama semoga arwah suami saya ditempatkan bersama para syuhada dan solehin di syurga.

Sesungguhnya hati saya berasa terlalu kehilangan.Kehilangan suami yang terlalu baik.Yang terlalu bersabar dengan karenah saya, yang terlalu lembut melayani saya,yang selalu bersama ketika saya sakit.Yang selalu menasihati saya,malah selalu memberi semangat kepada saya.Namun, saya akui suami saya hanyalah pinjaman sementara kepada saya.Kini,dia telah kembali kepada pemilik sebenar jasad dan rohnya.


Ketika Allah anugerahkan kamu satu nikmat, maka ia adalah pinjaman dariNya.Jika dia mengambilnya semula darimu,itu hakNya.Suami adalah satu nikmat dan pinjaman dari Allah,redhalah pemergiannya.Apa yang perlu kamu lakukan redhalah pada tuhanmu dan teruskan kehidupan.


Al Fatihah buat semua yang telah pergi meninggalkan kita termasuk sultan Johor. Al - Fatihah

Sunday 24 January 2010

Mabruk DPM Shoubra

Bismillah Wal hamdulillah

Bersyukur Pada Allah atas segala kurniaan dan Nikmat yang semakin kita syukuri semakin bertambah. Alhamdulillah

Ucapan mabruk dan tahniah buat semua pengendali Jaulah Sinai Shoubra dah semua pesertanya kerana mampu berfikir dan bertindak cemerlang bagi saya apabila ada aktiviti bermanfaat dilakukan di Puncak Sinai ketika mereka ke sana baru baru ini. Mereka mengalunkan bacaan Burdah Selawat nabi di atas puncak Sinai di kala Suhu mencecah beku seusai solat Subuh. Katanya sampai turun salji. Alhamdulillah. Panjatkan setinggi kesyukuran kerana para sahabat mampu melakukan sedemikian.



Trip kali ini saya tidak dapat ikut.. Kalau ikut pun belum tentu panjat.

Imbau

Mengimbau kenangan pertama kali ke Sinai pada tahun 2007 dan itulah tugasan berat yang pertama ketika memikul amanah seorang wakil pelajar di Shoubra ketika itu. Portfolio Unit Sambutan dan Rehlah (USR).

Ketika itulah kaki ini menjejaki puncak Sinai dan ketika itu juga ada salji turun. Alhamdulillah.

Bezanya kami ketika sampai ke puncak jabal Musa itu tidak mengalunkan Selawat Burdah sebaliknya mengulang ulang Asma ul Husna berkali kali untuk menggemakan subuh hening di puncak Sinai bagi memuji muji Allah yang Maha Besar.

Memang sungguh indah diberikan peluang berada di puncak Sinai yang merupakan tempat Nabi Musa bermunajat kepada Allah. Melihat keindahan di Puncak Sinai cukup indah dan cantik.Mengujakan. Subhanallah.

Kenangan dan pengalaman itu membawa saya ke peringkat ini sekarang, berkali kali ke Sinai. Dan kenangan terindah mestilah yang terbaru ini, saya membawa 3 keluarga termasuk keluarga saya ke Sinai. Cumanya kami tak panjat puncak Sinai ketika itu disebab kebanyakan berumur pada peringkat veteran pencen atau nak pencen.


Majlis Khatam Quran di Dahab Auski Camp.

Mabruk

Untuk kesekian kalinya tahniah dan mabruk untuk semua yang terlibat dalam Program Sinai anjuran DPM Shoubra kali ini kerana banyak pengisian diadakan. Bukan sekadar jalan jalan kosong. Tahniah kepada semua. Moga boleh dicontohi oleh semua sahabat lain yang akan ke Ekspidisi Sinai 2010 seusai peperiksaan nanti. InsyaAllah.

Eid Milad Saied

Merangkak usia ke peringkat seterusnya hari demi hari. Mahu tidak mahu mesti melalui kehidupan yang kita tidak tahu di mana hujungnya. Tetapi harus kita ingat hujungnya akan tiba bila bila masa sahaja. Sama ada kita bersedia atau sebaliknya.

Muhasabah harian untuk kita semua. Adakah telah bersedia? Cukup dan sebanyak mana timbangan kebaikan amalan kita? Sudah langsaikan amanah yang terpundak di bahu kita ini?

Tepuk dada Tanya Iman.. kalau Tanya aiman.. aiman tak pernah kisah. Heh




Genap 26 tahun.

Dah lebih suku abad.

Terima kasih buat ibunda dan ayahanda yang tercinta. Kita dapat mengenal dunia dari dorongan tangan tangan kalian.

Alhamdulilah…

Moga dapat ku membalas jasa kalian walaupun ku tahu belum tentu dapat membalasnya.

Juga untuk semua teman teman.. semua kenalan..Guru, ustaz, ustazah dan semua yang terlibat dalam hidup saya selama 26 tahun di muka dunia. Moga Allah membalas segala jasa dan tunjuk ajar kalian.

Kita punya Matlamat. Jelaskan matlamat kita. Apa yang kita cari:? Apa yang kita damba? Apa yang kita perjuangkan?

Kenali diri Kenali Rabbi.

Mencari dengan tidak bergerak,Mati. Bergerak tapi tidak mencari,Sunyi.

Kita tak dijadikan dengan sia sia. Kita juga bukan biasa biasa.

Berjuang di Medan yang kamu Yakini.

Tambahan :

Thanks utk ahli beit tanta = imran, radin amri, nur ahmad wafiy, muntazim dan zahid kerana membuat kejutan sempena sambutan ke 26. Kita terus bersahabat sampai bila bila. semoga kita semua bahagia.
Thursday 14 January 2010

Buka Cawangan

Assalamualaikum...

Boszegypt tak tukar link atau pun ubah rumah baru.. tapi blog boszegypt masih berfungsi seperti biasa. Cuma blog boszmesir ini di bina bersama jaringannya bersama sama rakan serumah yang lain untuk mempromosikan Mesir sebagai satu destinasi pelancongan dan perkongsian ilmu untuk dilawati.

Kami Crew Bosztravel sedia membantu dalam apa jua keadaan InsyaAllah

Siiruu ala Barakaatillah..
Bosz
Sunday 10 January 2010

TranSit

Bismillah Walhamdulillah

Sudah hampir dua minggu Bosz bermukim di bumi Tanta,Gharbiyah. Bumi penuh sejarah Tanta ini menjadi bumi Transit sementara memandangkan peperiksaan fasa 1 Tahun Satu bakal berlangsung tak lama lagi.

Mungkin ramai yang belum tahu, Bosz sekarang melanjutkan pelajaran untuk Ijazah kedua dalam fakulti Al Quran dan Qiraat. Sungguh, cabaran yang begitu berat berada dalam Kuliyyah AlQuran ini. Fakulti Al Quran ini merupakan Satu satunya fakulti yang ada di Bumi Mesir dan hanya bertempat di Tanta. Fakulti yang kedua di Dunia selepas Fakulti AlQuran di Universiti Madinah,Madinah Arab Saudi.

Seluruh mesir bah kan semua mahasiswa dari Maahad Qiraat di serata Mesir ditempatkan dalam kelas yang sama di Fakulti ini di Bumi Tanta. Bertuah sungguh bumi Tanta ini. Yang berjalan diatasnya ramai para Qurra'. Lebih ramai dari di Bumi shoubra sebelum ini.

Sebenarnya saya sendiri tidak tahu ada maahad Qiraat lain selain Shoubra untuk lelaki dan di Mansurah untuk perempuan, tetapi sampai di Aswan yang sejauh 12 Jam perjalanan dari Qaherah pon ada Maahad Qiraat dan ada mahasiswa dari sana yang menyambung di Tanta ini. Sekelas saya.
Sempat juga saya berbual dengan seorang Ustaz berbangsa Arab Mesir dari Damanhur. Beliau dari Maahad Qiraat Damanhur dan tahun 1 sekelas saya. Umur dalam 40-an. Beliau sebenarnya telah berkerja sebagai seorang guru tetapi masih belajar lagi di Kuliyyah Quran. Peringkat umur tidak dihadkan untuk pelajar di Universiti Azhar. Dan memang ada yang berumur 60-an keatas masih di bangku universiti. Ada dalam kelas kami.

Sekarang, bangunan fakulti AlQuran di Universiti Al-Azhar cawangan Tanta juga masih belum siap dibina sepenuhnya. Jadi, kami mahasiswa2 fakulti ini masih menumpang di Bangunan Kuliyyah Usuluddin. Terima Kasih.

Kami akan menduduki peperiksaan Fasa satu bermula Ahad depan 17 Januari 2010.

Doakan.


Sheikh Ahmad Badawi.

Di kesempatan saya berada di bumi Tanta ini, sempat saya dan sahabat2 Solat Jumaat di Masjid Sheikh Ahmad Badawi. Beliau merupakan Ulama' dan juga wali Allah yang banyak membekaskan kesan dalam ilmu dan perjuangan Islam. Beliau merupakan seorang sufi dan Pengasas Toriqat Ahmadiah. Maqam beliau terletak di kanan Masjid beliau dan bersama dikelilingi maqam anak anak murid dan pengikut beliau yang cukup setia.

Sheikh Ahmad al Badawi lahir di Fez,Morocco pada tahun 596 H dan wafat di Tanta pada 675 H. Masjid beliau dibina oleh ABdel-Aal dan dibesarkan oleh Sultan Naseer bin Qalawoon dan seterusnya pembesaran masjid terakhir oleh Saifuddin Qaitbay pada zaman Mamalik.




Jurukamera : Nur Ahmad Wafiy(tiada dalam gambar)

Sedikit dulu sejarah beliau yang sempat saya coretkan. InsyaAllah akan di coretkan lagi dikemudian hari.

Khutbah Jumaat awal tahun 2010 (berbetulan 1 Jan 2010) kami dengar dengan penuh patuh dan itqan di masjid Sheikh Ahmad al Badawi ini. Meresap molek dalam jiwa dan salur darah saya untuk meneruskan perjuangan Ilmu dan Ulama bilamana mendengar khutbah bersemangat dari Khatib. Membakar azam2 lama yang belum tercapai yang bakal dilaksanakan tahun 2010 ini.

Perjuangan ilmu dan Ulama' perlu diteruskan. InsyaAllah. Berteleku sejenak memikir plan kehidupan yang perlu disusun rapi.

Mari sama sama kita mempasak kekuatan untuk terus belajar dan belajar. Belajar dan berbakti selagi hayat di kandung badan.

Tambahan :

1. Banyak ulama' dan ustaz yang lahir dari Bumi Tanta, antaranya

- Us Nasaruddin Hassan Attantawi (Ketua Pemuda Pas)
- Us Hairul nizam bin Mat Hussain (Mantan Presiden PMRAM)
- dan ramai lagi...

Darah Perjuangan Mengalir Terus.


Muktamar PMRAM ke 75
jangan cari dimana saya - tak tersenarai!

Assalamualaikum.. Selamat Tahun Baru Hijrah 1431 dan Selamat Tahun Baru Masihi 2010.
Peningkatan usia setiap tahun bahkan setiap hari. Kita sering juga terlupa untuk menanam azam dan niat yang baru setiap hari bukan hanya di awal tahun atau di hari lahir kita sahaja. 14 Jan 1984.

Jadi, pasakkan azam setiap hari dan tajdidkan niat kita selalu. Dalam solat pon kita dianjurkan untuk memperbaharui syahadah kita, inikan pula niat keberadaan kita di muka dunia ini.

Selama sebulan lebih bosz rehat dari meng update blog nie sampai semua orang pon bising2 dalam shoutbox tu.. rindu gamaknya.

Tu baru dalam blog, yang luar blog pon masih memesan agar sentiasa di update wadah tarbiyah dan penyampaian dakwah alaf baru nie..

Maaf buat kalian pembaca yang menunggu..

Darah perJuangan.

Mengimbau kembali 2009 yang telah berlalu. Banyak onak duri ranjau yang ditempuh kita semua. Bosz pon begitu.. hampir setiap kali di uji keimanan dan kesabaran, tambah tambah lagi di bumi Barakah ini.

Begitu juga dengan Persatuan Ulung di Bumi Anbiya ini, sering saja mahu diganggu gugat sehingga sampai ke tahap ingin mengHARAMkan PMRAM. Apa salah persatuan melayu yang sudah hampir 80 tahun umurnya di bumi mesir ini dipertikai. Entah.Cemburu mungkin.

Saya bukan barisan kepimpinan BP PMRAM ataupun penggerak utama dalam nadi persatuan melayu ini, tapi apa yang berlaku kepada PMRAM bukan sesuatu yang perlu kita abaikan, tidak hanya berpeluk tubuh, tidak pejamkan mata dan tidak pekakkan telinga.

Imbas Kembali dlm Setahun. Banyak yang diperlakukan kepada PMRAM, kalau divideokan segala sengketa jahat tangan tangan yang ingin menjatuhkan PMRAM, pasti kita akan menangis dan akan berteriak marahkan tangan tangan jahat itu.

Isu Kutub Sittah benar benar menguji kesabaran anak anak Azhari yang dahagakan ilmu. Saya begitu risau, tahun 2010 ini, apa pula yang nak dibatalkan... kalau pengajian Hadis pon dah dihalang.. lebih lebih lagi la acara atau agenda lain.

Itu belum lagi isu perebutan pelajar di airport..Pelajar dilarikan sampai ke semenanjung Sinai yang jauhnya memakan hampir 8 jam perjalanan. Isu Imtihan Qobul untuk pelajar STAM yang tidak di ketahui, tub tub ada exam. Isu Jawazat yang sengaja disusahkan untuk urusan pelajar Malaysia.Banyak lagi onak duri PMRAM hadapi. Semuanya tidak senang hati bila mana persatuan melayu ini mahu menganjurkan 'Amar Ma'ruf Nahi Mungkar'

Satu Amal Satu Fikrah.

Kita memang punya matlamat yang sama. Mahu Islam tertegak dalam diri,keluarga dan seterusnya negara bahkan dunia. Tapi,jalan kita dan pemikiran kita pasti Khilaf, untuk di satukan bukan mudah tapi boleh diserasikan atas satu ikatan perjuangan. Atas satu jamaah. Atas satu persatuan. Atas satu Persekutuan. PMRAM.

Tidak perlu persatuan lain, walaupun kita kuat hardcore dalam persatuan itu di tempat lain. Tengok bumi mana kita pijak, Berjuang di Bumi itu. Dalam Persatuan yang berada di situ. Tak perlu untuk kita pecah pecahkan.. ibarat anai anai yang memakan kayu.. Anai anai dalam perjuangan. Jangan pejam dan butakan mata untuk melihat lipatan sejarah dalam PMRAM dan pendokongnya dan ahlinya yang rata rata kini berada dalam jalan perjuangan di Bumi Malaysia. Tengok pula kepada mereka yang bermasalah fikrah di Mesir, tetap bermasalah dalam menentu hala tuju perjuangan di bumi Malaysia. Sekiranya ada dalam Saf Perjuangan pon, menjadi masalah dan membawa masalah. Sama sama muhasabah.

Saya tidak fanatik PMRAM, tapi saya melihat dan begitu penafsiran saya. Kita berjuang atas medan yang kita Yakini. Hidup Mulia mati Syahid.

Di bulan baru, tahun baru, hari baru, mari sama sama kita bulatkan tekad, pasakkan azam, untuk meneruskan perjuangan ilmu di bumi Barakah ini dan juga mencari anak kunci yang ditinggalkan kepada kita dalam medan perjuangan ini.

Mudah mudahan kita semua sentiasa berada dalam petunjukNya. kita bukan hanya BIASA BIASA. Kita LUAR BIASA.

Berfikir!!!












Wednesday 6 January 2010

Salam Zulhijjah

Bismillah walhamdulillah

Dah pon masuk 2 zulhijjah 1430H.. Jom kita puasa sunat Zulhijjah.

Di Mesir sekarang musim sejuk.Musim sejuk ni menjadi kelebihan kepada umat Islam di sini. Masa siang singkat. Maghrib masuk jam 5 ptg. Kalau puasa sunat tu tak la terasa sangat walaupun tak bersahur berat pon. Cuaca sejuk memang cepat lapar.. tapi terasa kuat juga time sejuk nie walaupun tak bersahur. Jadi, jom la sesama kita berpuasa sunat di awal Zulhijjah nie.

Pejabat urusan di Mesir nie pon tutup awal. Lepas zohor dalam jam 1.30 pm atau 2 pm dah tutup. BUkroh (esok) buat urusan. Sekarang saya tengah buat urusan memperbaharui VISA. Doakan dipermudahkan. Kalau tak, jadi pendatang tanpa izin PATI la.

Selamat Menunaikan Ibadah Haji dan Korban

Semalam dah selamat beberapa orang kawan berangkat menunaikan Haji pada tahun ini. Semoga kalian semua selamat pergi, berada, dan menunaikan ibadah Haji di sana. Semoga kalian mendapat Haji Yang Mabrur. Juga buat semua Jemaah Haji yang pergi menunaikan kefarduan pada tahun ini. Doa saya agar semuanya sehat dan tiada kejadian buruk yang menimpa kalian dan kita semua. Teringat kenangan saya menunaikan Haji tahun 2006 yang lalu. Ada rezeki tahun depan nak pergi buat Haji. Mari sama sama doa agar kita menjadi tetamuNya. InsyaAllah.

Kelas dan Imtihan

Sekarang program PMRAM dah ditawaqufkan dan tumpuan ke kelas dan pembelajaran perlu lebih dititik beratkan. Ulama In the Making.. Walaupun banyak cubaan dan gangguan ke atas orang yang nak mengaji Agama nie, tetapi perjuangan mesti diteruskan jua. Lagi kena tekan, lagi melambung kita punya semangat belajar. macam Spring. Melantun. Baru nie dengar heboh di Parlimen Isu MSD cairo batalkan program bacaan hadis. Memang betul pon. Lepas nie, apa yang student tak puas hati. Teraniaya. Hak dipertikaikan. Kita bawa bincang dalam parlimen la.Baru jaguh.

Pelajar Medic di sini pon rancak ke kelas setiap hari. Berbondong bondong pergi kelas pepagi buta dan ada yang balik sampai rumah dekat nak maghrib. Kalau rasa kelas tu habis lewat sampai hari dah gelap.. student wanita nie dinasihatkan agar balik berkumpulan dan diiring oleh student lelaki 2, 3 orang. Kalau tak pon minta tolong ustaz2 kita ambil kat area2 yang sesuai seperti kat sabek atau kat asyir. Bahaya balik time hari dah gelap dik.. awak tu dah la kecil molek.. dihimpit dek arab yang besar gedabak kan payah. Bosz banyak terserempak dengan adik2 tibb yang balik dah senja.. Bosz tak marah sebab diaorang baru balik kelas..tapi fikirkan cara untuk menjamin keselamatan semasa balik tu. Kalau area shoubrawi nak kan musyrif untuk temankan balik rumah, us Bosz boleh cari orang untuk teman. kalau Bosz lapang, bosz pon boleh temankan. ada no hp tak?

Selamat belajar dan ke kelas. Kuliah pon dah makin rancak.

JPMK

saya sokong sangat dengan DESAK. suara mahasiswa yang sedang rancak bergerak di mesir. yang mempertahankan Isu Kutub Sittah. Selagi tak tunaikan 3 janji JPMK kepada PMRAM, selagi itu kita mahasiswa akan mendesak. Boleh tengok desakjpmk.blogspot.com. Hidup DESAK.

Lepas nie Pegawai JPMK jangan buat tindakan melulu dan peringatan jugak untuk pegawai lain jangan terlalu lantang menindas pelajar. Tugas anda di sini menjaga kebajikan pelajar..bukan buat onar.

Teringat saya berkenaan pegawai nie. Ada dengar jugak yang Anak anak Perak nak dihantar dengan Pegawai yang akan menjaga kebajikan anak anak perak di Mesir nie. Ahlan Wa Sahlan di ucapkan kepada pegawai yang bakal di hantar. jangan Hantar pegawai yang ada agenda politik. UMNO lagi jangan. Pegawai yang dihantar harapnya dapat membantu persatuan dan pelajar dalam menguruskan kebajikan pelajar di sini. InsyaAllah.

Lewat Update

Maaf bebanyak pada pengunjung blog yang setia.. syabab.. adik2 us.. pelawat.. abg pudin.. ut ae.. us Khalil.. ramai lagi la.. tak tersebut la pulak ramainya.. blog bersawang lelabah nie memang sengaja di buat.. idea mencurah curah je nak hangatkan 'semalam yang hangat' nie, tapi manusia beralasan.

Tiada alasan yang konkrit.

Menjana Fikrah

Saya runsing dengan penjanaan fikrah pelajar dan mahasiswa sekarang. Acuan yang diterima terlampau pelbagai. Bukan menghalang kepelbagaian fikrah dan ideologi tetapi pemikiran yang berbeza dan bercelaru ini lah yang menyebabkan pepecahan yang lebih besar pada masa mendatang. Terutama untuk berada dalam sebuah parti atau pertubuhan. Pemikiran mahasiswa sekarang tidak terdorong dengan baik. Bahkan kewujudan kepelbagaian persatuan menyebabkan lebih banyak pepecahan yang berlaku. Saya belum mahu mengulas panjang. Biar dulu sampai di situ.

Mahasiswa yang bijak terutamanya mahasiswa Azhar perlu berfikir secara Islamik yang syumul.Lengkap. Meliputi pemikiran sorang yang berakidah yang mantap, berakhlak dan bersahsiah mulia dan terlebih penting dia Faham akan ilmu yang dipelajarinya. Saya pelik bila ada yang mengaji Agama sampai ke Azhar, Jordan , Syria dan lain lain tempat tetapi masih berfikir untuk menyokong toghut dan UMNO atau lain lain pertubuhan yang tidak memperjuangkan Islam. Dasar nya saja sudah tersasar. Dasar Pelembagaan.bukan Al Quran dan As Sunnah. Pelik ada ustaz UMno sebegini. Ntah di mana silap bancuhan atau acuan nya.

Terlebih pelik bila ada pulak yang berbangga menjadi ustaz dan tali barut UMNo. nauzubillah.
Thursday 19 November 2009

Mabruk BUat PMRAM


Al Fadhil Al Allamah Sheikh Ali Jumuah Mufti Mesir dalam majlis PMRAM


Seramai 10 orang para masyaikh Al Azhar berkumpul dalam majlis penutup KUtub Sittah siri 1


Mabruk buat kepimpinan PMRAM

Mabruk untuk AJK dan Ad Hock Pelaksana Majlis Pembacaan Sahih Bukhari (Kutub Sittah)

Mabruk untuk semua peserta dan semua yang menjayakannya.

Kutub Sittah dirasmi majlis penutupnya untuk siri yang pertama ini Oleh MUfti Mesir, Sheikh Ali JUmuah dan dihadiri oleh sekurang kurangnya 10 orang masyaikh Al Azhar.

Berita dan gambar penuh di web PMRAM dan web Kutub Sittah Pmram.


Saya hanya mampu tersenyum dan senyum melihatkan PMRAM masih mampu menjayakan program ilmu sebegini walaupun pada awal program dan perjalanannya diganggu oleh orang2 JPMK yang cuba menggagalkannya.

Sanggup Pegawai JPMK mahu menggagalkan program ilmu sebegini. Mungkin mereka hanya merestui majlis anjuran ISMA dan UMNO seperti FEstival Asean.

Apala nak jadi dengan Isma dan Umno nie. Orang nak mengaji pon halang. orang nak mengaji pon tak bagi. entahlah.

Doakan untuk Islam dan kesejahteraan Ummatnya.Amin
Wednesday 21 October 2009

latihan susulan Voice Of PMram 1


Barisan VOice Of PMRAM (VOP) 1 (IKHWAH) dan AdHock PESAT.
Voice Of PMRAM yang akan membarisi dunia pengacaraan di Mesir.InsyaAllah


Pengarah PESAT menyampaikan hadiah kepada Us AZLAN alias yang merupakan juri dan pengisi slot utk VOP


Us AZlan (Penceramah jemputan)
Us Zahid berbaju meroon (Pengarah VOP)

Penceramah sedang memberi input bagaimana mahu menjadi MC yang berjaya sepertinya.


Baru baru nie PESAT( Pusat Sumber Tenaga) PMRAM membuat latihan susulan untuk kelas pengacaraan majlis untuk mereka yang telah terpilih dalam ujibakat sebelum ini.

Mereka yang terpilih ini dikenali dengan nama Voice Of PMRAM (VOP). Mereka ini terdiri dari 6 ikhwah dan 10 akhwat yang akan membarisi pentas pengacaaraan dalam prog2 anjuran PMRAM.insyaAllah.

Kesemua 16 orang mereka ini akan dilatih sehingga mahir dan pakar dalam bidang pengacaraan majlis sama ada majlis rasmi atau tak rasmi, formal atau pon tidak.

Mereka akan dilatih sehingga menjadi Pakar.Tenaga Pakar.InsyaAllah

Semoga dengan usaha PESAT yang sedikit ini akan meberikan Impak yang besar pada masa akan datang

Latihan susulan 2 akan tiba tak lama lagi.. InsyaAllah
Monday 12 October 2009

Delegasi Dato Nazri Aziz di Rumah Perak


YB Dato Nazri dok tulis panjang pasal agenda Melayu.


Nasyid Asmaul Husna.. Wahid...Isnain.. Ibdak..


Ahlan Wasahlan Dato Seri


YB Taib Azamuddin- Ahli Parlimen Baling


Gambar gambar sekitar Dato Seri Nazri ke majlis Ramah Mesra bersama pelajar Perak di Rmh perak Wisma A pada 8 okt yang lalu

Gambar Yb Taib pulak .. datang menziarahi mesir dan 3 orang anak beliau yang ada di Mesir.. Gambar di ambil ketika majlis ramah mesra bersama anak anak kedah di Rmh Kedah Hayyu sabek.


Gambar menggambarkan gambaran. Kan?

Pengunjung

Kawan Kawan Bosz