TranSit

Posted by bosz Sunday 10 January 2010

Bismillah Walhamdulillah

Sudah hampir dua minggu Bosz bermukim di bumi Tanta,Gharbiyah. Bumi penuh sejarah Tanta ini menjadi bumi Transit sementara memandangkan peperiksaan fasa 1 Tahun Satu bakal berlangsung tak lama lagi.

Mungkin ramai yang belum tahu, Bosz sekarang melanjutkan pelajaran untuk Ijazah kedua dalam fakulti Al Quran dan Qiraat. Sungguh, cabaran yang begitu berat berada dalam Kuliyyah AlQuran ini. Fakulti Al Quran ini merupakan Satu satunya fakulti yang ada di Bumi Mesir dan hanya bertempat di Tanta. Fakulti yang kedua di Dunia selepas Fakulti AlQuran di Universiti Madinah,Madinah Arab Saudi.

Seluruh mesir bah kan semua mahasiswa dari Maahad Qiraat di serata Mesir ditempatkan dalam kelas yang sama di Fakulti ini di Bumi Tanta. Bertuah sungguh bumi Tanta ini. Yang berjalan diatasnya ramai para Qurra'. Lebih ramai dari di Bumi shoubra sebelum ini.

Sebenarnya saya sendiri tidak tahu ada maahad Qiraat lain selain Shoubra untuk lelaki dan di Mansurah untuk perempuan, tetapi sampai di Aswan yang sejauh 12 Jam perjalanan dari Qaherah pon ada Maahad Qiraat dan ada mahasiswa dari sana yang menyambung di Tanta ini. Sekelas saya.
Sempat juga saya berbual dengan seorang Ustaz berbangsa Arab Mesir dari Damanhur. Beliau dari Maahad Qiraat Damanhur dan tahun 1 sekelas saya. Umur dalam 40-an. Beliau sebenarnya telah berkerja sebagai seorang guru tetapi masih belajar lagi di Kuliyyah Quran. Peringkat umur tidak dihadkan untuk pelajar di Universiti Azhar. Dan memang ada yang berumur 60-an keatas masih di bangku universiti. Ada dalam kelas kami.

Sekarang, bangunan fakulti AlQuran di Universiti Al-Azhar cawangan Tanta juga masih belum siap dibina sepenuhnya. Jadi, kami mahasiswa2 fakulti ini masih menumpang di Bangunan Kuliyyah Usuluddin. Terima Kasih.

Kami akan menduduki peperiksaan Fasa satu bermula Ahad depan 17 Januari 2010.

Doakan.


Sheikh Ahmad Badawi.

Di kesempatan saya berada di bumi Tanta ini, sempat saya dan sahabat2 Solat Jumaat di Masjid Sheikh Ahmad Badawi. Beliau merupakan Ulama' dan juga wali Allah yang banyak membekaskan kesan dalam ilmu dan perjuangan Islam. Beliau merupakan seorang sufi dan Pengasas Toriqat Ahmadiah. Maqam beliau terletak di kanan Masjid beliau dan bersama dikelilingi maqam anak anak murid dan pengikut beliau yang cukup setia.

Sheikh Ahmad al Badawi lahir di Fez,Morocco pada tahun 596 H dan wafat di Tanta pada 675 H. Masjid beliau dibina oleh ABdel-Aal dan dibesarkan oleh Sultan Naseer bin Qalawoon dan seterusnya pembesaran masjid terakhir oleh Saifuddin Qaitbay pada zaman Mamalik.




Jurukamera : Nur Ahmad Wafiy(tiada dalam gambar)

Sedikit dulu sejarah beliau yang sempat saya coretkan. InsyaAllah akan di coretkan lagi dikemudian hari.

Khutbah Jumaat awal tahun 2010 (berbetulan 1 Jan 2010) kami dengar dengan penuh patuh dan itqan di masjid Sheikh Ahmad al Badawi ini. Meresap molek dalam jiwa dan salur darah saya untuk meneruskan perjuangan Ilmu dan Ulama bilamana mendengar khutbah bersemangat dari Khatib. Membakar azam2 lama yang belum tercapai yang bakal dilaksanakan tahun 2010 ini.

Perjuangan ilmu dan Ulama' perlu diteruskan. InsyaAllah. Berteleku sejenak memikir plan kehidupan yang perlu disusun rapi.

Mari sama sama kita mempasak kekuatan untuk terus belajar dan belajar. Belajar dan berbakti selagi hayat di kandung badan.

Tambahan :

1. Banyak ulama' dan ustaz yang lahir dari Bumi Tanta, antaranya

- Us Nasaruddin Hassan Attantawi (Ketua Pemuda Pas)
- Us Hairul nizam bin Mat Hussain (Mantan Presiden PMRAM)
- dan ramai lagi...

0 comments

Pengunjung

Kawan Kawan Bosz