cara mengorat...

Posted by bosz Sunday 6 January 2008

Cara-cara memikat si dia menurut
Sunnah..

1. Menyatakan hasrat melalui keluarga
wanita, misalnya ayah si gadis itu.

Cth: Nabi saw menyatakan hasrat hatinya
kepada Aisyah melalui Abu Bakar dan
Hafshah melalui ayahnya Umar al-Khattab
(Bukhari dan Muslim)

Fiqh: apabila kita sudah ada hubungan
yang kuat dgn ayah dan ayah si gadis
telah mengenali si fulan, maka mudahlah
anda menyalurkan hasrat hati anda



2. boleh secara langsung menyatakan
hasrat hati kepada gadis juga boleh
melalui perantara.

Misalnya Nabi SAW
meminang Ummu Salamah secara terus
melalui wakilnya Hathib bin Abi
Balta'ah
(Muslim 1525).

Imam Nasa'iy melapurkan
Abu Talhah melamar Ummu Sulaim secara
langsung tanpa perantaraan. Ini cara
gentleman, terus menyatakan hasrat suci
kepada gadis itu. (sahih anNasa'iy
3133)


3. Memikat wanita melalui pengaruh
tokoh masyarakat.
Imam Bukhari-Muslim
melapurkan dari Sahl bin Sa'ad, bahawa
ada sahabat yang menggunakan kedudukan
RasuluLlah SAW untuk masuk memikat hati
perempuan. Bukhari 4642.
Lalu Rasulullah
mengirim arahan bahawa lelaki itu
mendapat restu baginda utk meminang
wanita tsb.


4. Menggunakan bahasa sindiran kepada
gadis idaman.

Dalilnya: AQ 2:235 (dan tidak ada dosa
bagi kamu meminang wanita2 itu dengan
sindiran).
Kaum salaf menggunakan
pelbagai teknik samada dari segi lisan
dan perbuatan utk menyatakan hajatnya
kepada wanita idaman. Ada yg mengirim salam dan ada yang
mengutus hadiah dan ada yang menyindir
dengan kata-kata simbolik (ahkamul
Qur:an oleh Ibnul Arabi (1/212-213)


Begitulah antara cara memikat si dia
menurut asSunnah. selamat mencuba.
Sekian WASSALAM...

nie ade orang foward dalam email..sekadar berkongsi..

0 comments

Pengunjung

Kawan Kawan Bosz