aku kata dah

Posted by bosz Tuesday 8 April 2008


Sumber : Berita Harian Online, 8 April 2008

Mesir : PENDUDUK dan pekerja yang tidak berpuas hati membaling batu ke arah polis yang melepaskan gas pemedih mata sebagai membantah kenaikan harga barang dan kadar gaji yang tidak berubah di Mahalla El-Kobra, semalam. Penunjuk perasaan menyerbu dewan perbandaran, membakar tayar di atas jalan raya, membaling kerusi ke arah tingkap kedai dan mencuri komputer. Kira-kira 150 penunjuk perasaan ditahan dan 80 lagi cedera dalam kejadian di bandar tepi Sungai Nil itu.

Sekurang-kurangnya 100 yang lain ditahan di merata-rata di seluruh Mesir, kata pihak berkuasa, ketika beribu-ribu penduduk ponteng kerja dan sekolah dan beratus yang lain membantah kenaikan harga makanan seterusnya mengakibatkan kemerosotan sektor pekerjaan.

Hampir 40 peratus daripada 76 juta penduduk Mesir hidup di bawah paras kemiskinan AS$2 (RM6.38) sehari. Harga barangan asas seperti minyak masak dan beras hampir dua kali ganda beberapa bulan kebelakangan ini, di tengah kekurangan meluas roti subsidi kerajaan.

Ramai rakyat Mesir di Kaherah memberi maklum balas terhadap gesaan tindakan di seluruh negara itu dengan ponteng kerja atau sekolah. Biasanya kedai ditutup di ibu negara ini dan keadaan lalu lintas tidak sesak berbanding biasa

Gesaan bagi tunjuk perasaan di seluruh negara itu adalah cubaan besar-besaran pertama oleh kumpulan pembangkang untuk menukar kekacauan pekerja buruh pada masa lalu kepada bantahan politik meluas terhadap kerajaan pimpinan Presiden Hosni Mubarak.

Tunjuk perasaan dan huru hara di bahagian utara berlaku dua hari sebelum pemilihan utama majlis tempatan, menyebabkan kerajaan gentar dengan membuat pengecualian duti import minggu lalu ke atas beberapa barangan makanan dalam usaha meredakan ketidakpuashatian ekonomi.

Kerajaan disokong Amerika Syarikat itu dengan tegas memberi amaran kepada rakyat supaya tidak mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan dan demonstrasi yang dilarang di negara ini, dan mereka yang terbabit biasanya ditahan oleh pasukan keselamatan Mesir. - AP


aku dah kata dah kat hang pa sebelum nie
dan dah cerita..korang pikir la sendiri
entry aku sebelum nie pasal kenaikan harga barang di mesir..
telah pon dipersetujui dan dibuktikan rasa tak puas hati dan bantahan rakyat mesir dengan mengadakan rusuhan kat jalan raya

tapi nasib baik aku tak keluar rumah semalam.. aku main kot laman rumah ngan masjid ja... kalau aku berjalan la kat pinggir sungai nil...mau aku join jugak bantahan tuu.....

maka memang benarlah harga runcit naik mendadak di mesir dan membuatkan aku dah tak selesa untuk hidup selesa...

kena belajar berjimat lagi..dulu dah jimat dah..nie kena jimat lagi...

nak ambil kesempatan nie untuk ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada abah yang telah memasukkan duit tambahan untuk perjuangan kehidupan anakanda mu ini....tak check lagi duit tuu ade ke idak dalam bank..

dan semua penyumbang penyumbang..mudah mudahan jasa dan pengorbanan kalian berikan akan di balas oleh Allah dan di berikan ganjaran yang setimpal dengannya

dan yang paling penting adalah DOa doa kalian untuk ku dan untuk kita semua
mudah mudahan berjaya di dunia dan akhirat.....
dan berjaya di dalam peperiksaan Tahun Akhir aku di sini....
insyaAllah....


sirru ala barakaatillah.....

1 Comment

  1. Anonymous Said,

    salam alaikum, apa khabaq ? mak aiahhh dahsyat jugak naiknya, mana tak mengamuk orang tu .... demo jangan tak demo ... bagi husni mubarak kecut perut ....

    Posted on 6:12 am, April 10, 2008

     

Pengunjung

Kawan Kawan Bosz