BOm ba

Posted by bosz Wednesday 4 March 2009

bismillah ar rahman ar rahimm....


segala puja dan puji hanya untuk Allah yang maha kuasa...

jalan yang perlu di lalui sebagai seorang pelajar memang banyak menduga.. banyak dugaan yang perlu di selesaikan...

kefahaman memang cukup penting di samping bijak menjadikan masa di urus dengan teratur...


tanggung jawab sebagai seorang pelajar... sebagai seorang anak.. sebagai jiran..sebagai kawan... dan tanggung jawab sebagai penggerak dakwah... sebagai pejuang...sebagai pimpinan pelajar... dan sebagai HAMBA ke pada NYA

LETUPAN di CAIro

baru baru nie bom meletup di kawasan pasar harian hussien yang memang kawasan tumpuan pelancong.. tak sampai seminggu selepas tu meletup pulak di kawasan kereta api ramses,cairo... tak pasal pasal lepas tu .. semua rumah rumah student malaysia di mesir di spot check oleh SB SB mesir... ingat kami nie pengganas ke...apa yang nak di carinya pon ntah....

tapi teringat dulu peristiwa hitam tak hitam kelabu tak kelabu yang pernah berlaku di shoubra.. bila ada rumah yang kena ambush sebab ada buku buku kitab kitab gerakan yang di tulis oleh as-syahid hassan Al banna..

habis satu almari dan rak termasuk bilik bilik di geledah dan di selongkar hanya untuk mencari buku buku tersebut.. dan tak di jangkakan ketika tu baru lepas pameran kitab antarabangsa cairo... memang banyak la buku haraki karangan as syahid.. ada dalam 4 buah kot... habis semua di rampas...

takpa la kalau setakat nak rampas kitab... tapi sayang jugak laa.. beli memahal ..bukan murah maaaa....

apa apa pon...kami tak nak laa mesir nie.. kami datang sini nak cari gali ILMU di dada dada Ulama.. bukan nak tawan mesir...

tapi biasa laa.. negara mesir adalah negara darurat yang di kawal ketat..... semuanya sentiasa berjaga jaga dan bila bila masa saja ada berlaku spot check... tapi semua nya still selamat.. kita kan ada Allah....


bukit TUrsina = jabal Musa , semenanjung Sinai

"sejak datang mesir arituu aku rasa ko dah 4 kali pergi ke Sinai... kan????""padahal baru sebulan lebih ja...dengar kata nak gi sana lagi khamis nie??/betul ke???" member.

"aku rasa elok ko dok sana je laa terus..senang.. tak payah ulang alik." member.

.... "okay jugak la aku baru 4 kali pergi sana... syukri dah 18 kali dah..hampir setiap minggu pergi sinai... sampai arab arab badwi pon sampai kenal dengan dia..."jawab saya..

sejak akhir akhir nie memang banyak rombongan Malaysia yang menziarahi mesir.. dan antara tempat yang diaorang nak ziarah ialah kawasan bersejarah yang di nukil kan di dalam Al Quran iaitu semenanjung Sinai yang banyak menceritakan dan menggambarkan kisah nabi Musa bersama kaumnya...

alhamdulillah.. setiap kali ke sinai, saya tak melepaskan peluang untuk menziarahi makam para nabi yang terdapat di sana.. makam yang ada ialah makam nabi Saleh dan makam nabi Harun yang merupakan saudara kepada Nabi Musa...

semoga permusafiran yang kerap ke sana banyak menjadikan saya dan semua tetamu bertambah dekat dengan Allah....

satu tazkirah peringatan yang selalu saya ulang ulang untuk diri ini dan semua ialah resam batu,bebukit dan padang pasir berdebu yang secara zahir nya keras... tetapi meraka semua lembut dan sentiasa bahkan tidak pernah sesekali mengingkari Allah dalam berzikir dan mengingati Allah... tak pernah ingkar dalam melaksana kan perintah Allah. sekali pon tak pernah culas.

sama sama kita check...

diri kita , hati kita , lidah kita, yang pada zahir nya lembut... tetapi .. keras, malas, liat dalam mengingati Allah.. bahkan selalu ja culas dalam melaku kan ibadat kepada NYa...

... jgn sampai Allah bala kan kita dengan Azab Nya yang Maha pedih.. nauzubillah....

0 comments

Pengunjung

Kawan Kawan Bosz