Sheikh Fethullah Gulen dan Turkey

Posted by bosz Tuesday 7 July 2009

Sheikh Fethullah Gulen


Sheikh Fethullah Gulen

Mengenang kenangan indah sewaktu melawat Turki tahun lalu dan baru baru ini, membuatkan diri sering mengingati seorang tokoh ilmuan yang selalu disebut-sebut oleh sahabat-sahabat dari Turki sepanjang lawatan.

Mereka kelihatan cukup berbangga memiliki seorang tokoh ilmuan hebat dari Turki yang bernama Syeikh Muhammad Fethullah Gulen. Seorang tokoh yang dibenci pemerintah sekular sebelum kemenangan AKP mengambil alih pemerintahan.Namanya seiring Dr. Erbakan yang pernah digulingkan kerajaan yang dipimpinnya oleh tentera Turki atas alasan beliau cuba menjalankan proses Islamisasi di Turki.

Kami sering cuba mencungkil adakah tokoh yang sering disebut oleh sahabat-sahabat turki itu adalah tokoh gerakan yang tersusun atau beliau hanya sumber inspirasi gerakan massa yang tiada organisasi khas. Kami juga cuba melontar persoalan adakah "Khidmah" yang dinyatakan itu adalah organisasi khas yang membawa hasrat Syeikh Fethullah Gulen.

Jawapan yang diterima agak kurang memuaskan. Omar Abey dan Fateh Abey sering mengelak dari mengaitkan "khidmah" atau "hizmet" dengan mana-mana unsur arus politik massa di Turki.Tetapi kesemua musyrif Turki yang turut bersama dalam lawatan tersebut pro kepada Parti pemerintah sekarang iaitu AKP bahkan ada yang mengakui menjadi sukarelawan parti tersebut.

Bersama Fateh Abey di Selat Bosphorus, Istanbul.

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah mereka cuba mengelakkan gerakan massa yang selalu diwar warkan mereka sebagai pembawa hasrat Syeikh Fethullah Gulen itu dikaitkan dengan politik tetapi pada masa yang sama mereka terlibat menyokong dan mendokong penuh Parti Pemerintah yang membawa cita-cita Islam iaitu AKP. Sahabat Turki saya yang paling rapat, Mahmud Abey pernah mengakui ia adalah salah seorang sukarelawan AKP.
Untuk perjalanan baru baru ini pula, Adam Abey pula mengakui hidup dan matinya dalam "hizmet".InsyaAllah.

Siapakah Syeikh Fethullah Gulen

Nama Muhammad Fethullah Gulen bukanlah nama yang asing di kalangan ahli gerakan Islam moden. Ketokohan Gülen, bukan hanya dihormati oleh majoriti ummat Muslim di dunia ini bahkan beliau dihormati oleh kalangan non-Muslim dan Yahudi. Beliau boleh diterima di pelbagai lapisan masyarakat dan agama kerana pemikiran-pemikirannya yang dianggap moderat dan menjadi pengimbang para pemikir Islam yang dianggap ekstrim dan radikal oleh barat.

Syeikh Gulen banyak melontarkan pemikiran-pemikirannya tentang pembaharuan di dunia Islam dan lebih mengutamakan dialog dan usaha perdamaian antara penganut agama dalam menyebarkan ajaran dan nilai-nilai Islam. Hasil pemikirannya kemudian menjadi sebuah gerakan yang ia wujudkan dalam bentuk lembaga-lembaga pendidikan,amal, media massa cetak dan elektronik, gerakan pelajar dan kelompok-kelompok lobi, bahkan beliau membantu kearah berdirinya kesatuan para wartawan dan penulis di Turki.

Cendikiawan Muslim yang Anti Kekerasan

Syeikh Muhammad Fethullah Gulen dilahirkan di Erzurum, Turki tanggal 1941. Sejak kecil beliau lebih menumpukankan pendidikannya dalam bidang agama Islam. Seusia 14 tahun beliau sudah pun berani memberikan ceramah keagamaan dan pada usia 18 tahun beliau telah mendapatkan pengiktirafan sebagai pendakwah. Kerjanya sebagai pendakwah dimulai di kota Izmir. Di kota inilah Syeikh Gulen mula memperkenalkan pemikiran-pemikirannya dan mentarbiah para pengikutnya. Nama Syeikh Gulen semakin dikenali ramai dan beliau sering diundang memberikan ceramah di masjid- masjid sekitar Turki. Beliau juga seriang diundang dalam pertemuan-pertemuan formal dan informal para pegawai kerajaan.

Tetapi Syeikh Gulen lebih menumpukan dakwahnya di kalangan pelajar sekolah menengah dan mahasiswa. Pada kelompok muda inilah Syeikh Gulen menyampaikan pemikirannya tentang pembaharuan di dunia Islam, perdamaian, dialog antara umat beragama dan anti kekerasan.

Syeikh Gulen juga menekankan pentingnya umat Islam mengikuti perkembangan teknologi dan mengembangkan sistem perekonomian dengan cara membangunkan perusahaan multinasional, membuka gedung perniagaan dengan memanfaatkan kemajuan komunikasi dan hubungan massa.

Dalam setiap ceramahnya, beliau banyak mengadaptasi pemikiran-pemikiran tokoh cendiakawan Muslim Turki, sperti Syeikh Said Nursi tentang masyarakat Muslim yang maju dan beragama. Untuk itu, umat Islam harus mengembangkan ilmu pengetahuan dan teknologi sehingga mampu bersaing dengan masyarakat Barat.

Beliau adalah tokoh Islam yang menentang aksi-aksi keganasan atas nama agama. Ia mengakui adanya aksi-aksi terorisma, tapi ia menolak keras jika terorisma diidentitikan dengan Islam. Gülen menegaskan, seorang Muslim tidak akan melakukan serangan keganasan, kerana tindakan seumpama itu bertentangan dengan ajaran Islam yang damai.

Oleh kerana itu, ketika berlakunya serangan 11 September 2001 di Amerika , beliau mengecam keras serangan itu. Pemikiran dan sikap Syeikh Gulen yang anti kekerasan mengundang kekaguman di kalangan masyarakat Barat. Gerakan Islam yang diasaskan oleh Syeikh Gulen menjadi perhatian dan bahan kajian para ahli akademik dan media massa di Barat. Presiden Marywood University, Pennsylvania, Ann Munley memuji Gerakan Gulen yang dinilainya telah banyak memberikan kontribusi bagi dunia pendidikan bukan hanya di Turki malah di seluruh dunia. Munley memandang Gulen sebagai tokoh Islam yang telah memberikan pengorbanan yang besar dalam dunia pendidikan bagi masyarakat dari beragam etnik dan agama.

Sehingga kini, terdapat lebih kurang 500 buah institusi pendidikan yang dikelolakan oleh Gerakan Gulen, yang tersebar di 90 negara Euroasia, Amerika Utara hinggalah ke Afrika.
Gulen juga dihormati di komuniti Yahudi. Rabai Jack Bemporad, Pengarah "Center for Interreligious Understanding" menyatakan Gulen sebagai tokoh gerakan Islam dan intelektual dari Turki yang telah memberikan dasar yang penting untuk mewujudkan dunia yang damai dan persaudaraan yang harmoni untuk seluruh manusia.

Dalam kajian yang dilakukan majalah Foreign Policy, Syeikh Fethullah Gulen terpilih sebagai tokoh pemikir nombor satu dunia. Ketika diwawancara tentang hasil kajian tersebut, dengan rendah hati Syeikh Fethullah Gulen menyatakan bahawa beiau tidak pernah membayangkan atau berharap untuk terpilih sebagai orang penting di persada dunia.

"Saya selalu berusaha untuk menjadi hamba Allah yang rendah hati. Qur'an mengajarkan bahawa umat manusia diciptakan untuk mengakui dan menyembah Allah . Dalam dimensi dunia, umat manusia diminta untuk menghindari pertikaian dan pertumpahan darah. Untuk menyantuni semua makhluk dan manusia dengan rasa kasih sayang. Inilah falsafah saya ..." kata Syeikh Gulen.

Ancaman Bagi Golongan Sekular Turki

Meskipun dunia Islam dan Barat mengakui Gerakan Gulen sebagai gerakan kedamaian dan bukan gerakan politik, ia tetap dianggap sebagai ancaman oleh kelompok-kelompok yang radikal dan kelompok-kelompok sekular di Turki. Kelompok Islam yang menggunakan pendekatan radikal mengkritik pemikiran Syeikh Fethullah Gulen tentang konsep dialog antara umat beragama yang diutarakannya. Kritikan itu memuncak ketika beliau mengadakan pertemuan dengan Paus Paulus II.

Syeikh Gulen juga pernah menjalani proses pengadilan yang cukup panjang di Turki pada tahun 2000, setelah pemerintah sekular Turki menuduhnya merencanakan rampasan kuasa dan ingin menjadikan Turki sebagai negara Islam. Namun tuduhan itu tak mampu dibuktikan dan pada tahun 2006, beliau dibebaskan dari segala tuduhan.

Sejak tahun 1998, Syeikh Gulen sudahpun menetap di Amerika. Pada Jun 2008, beliau mengajukan permohonan sebagai penduduk tetap di Amerika tapi pihak USCIS (U.S. Citizenship and Immigration Services) menolak permohonan itu. Kemudiannya Syeikh Gulen memohon semula dan pada Ogos 2008, Pihak Mahkamah Amerika akhirnya memerintahkan USCIS untuk menunaikan permohonan beliau dengan status tenaga kerja asing dan warga negara asing yang memiliki kemampuan khusus. Syeikh Fethullah Gulen kini menetap di Pennsylvania.

"Semoga Allah mengurniakan umur dan kesihatan yang baik buat Syeikh Gulen"

Banyak karya yang telah beliau hasilkan sepanjang hidup beliau dan kesempatan ke Turki tahun lalu dan tahun ini tak saya lepaskan untuk membeli dan memiliki beberapa buku karya beliau

Tahun lalu saya membeli buku
- Love and Tolerrence (Fethullah Gulen)
- satu kitab dalam bahasa arab (al -jihad)


Kali ini lebih banyak saya borong buku karangan beliau
- Pearls of Wisdom
- The Essentials of the Islamic Faith

- Muslim Citizens of the Globalized World
- Essays - Perspectives - Opinions M. Fethullah Gulen

- satu kitab dalam bahasa arab (al - mawazin)



Harapnya sempat di baca kesemuanya dengan segera.

Fateh abey kata kalau habis baca semua buku ni, jadi Alim.


Sebahagian sumber diceduk dari Pejuang Kecil so, Credits utk Pejuang Kecil.

Tambahan :

1. Tahniah untuk semua mereka yang najah dalam Imtihan baru baru ini, bagi yang ada subjek yang sangkut boleh ambil semula untuk kali kedua pada Ogos nanti.

1 Comment

  1. jalanistana Said,

    alhamdulillah..
    selamat pulang!
    harum sheikh fethullah sampai juga di shoubra.
    daurah saifiah makin marak.

    Posted on 7:47 pm, July 09, 2009

     

Pengunjung

Kawan Kawan Bosz