Seputar Majlis Perasmian Wisma Perak Di Mesir

Posted by bosz Friday 7 August 2009

Bismillah wal hamdulillah...

ARMA menjadi Saksi

5 Ogos lepas telah diadakan majlis ramah mesra (dengar bebelan) antara delegasi Perak yang hadir bersama pelajar Perak di Bumi Mesir. Majlis telah di adakan di Dewan Arma Abbasiyyah pada jam 3.30 ptg

antara Delegasi yang hadir adalah:

(1)Y.B. Dato’ Dr. Abdul Rahman bin Haji Hashim,
Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

(2)Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Haji Harusani bin Haji Zakaria,
-Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

(3)Puan Sri Datin Seri Hajjah Ainon bt. Abdul Ghani,
-Isteri Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

(4)Y.B. Dato’ Ahmad Kamal bin Shahid.
-Penasihat Undang-Undang Negeri Perak Darul Ridzuan.

(5)Y.B. Dato’ Jamalludin Al-Amini bin Haji Ahmad
-Pegawai Kewangan Negeri Perak Darul Ridzuan.

(6)Y.B. Mohammad Zahir bin Abdul Khalid,
-Pengerusi, JK Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi.

(7)Y.B. Dato’ Kapt.(B) Haji Najmuddin bin Elias Al-Hafiz,
-Penasihat Agama kepada Y.A.B. Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.

(8)Y.B. Kapt.(B) Mohd. Osman bin Mohd. Jailu,
-ADUN Kawasan Changkat Jering.

(9)Y.B. Tuan Jamaluddin bin Mohd. Radzi,
-ADUN Kawasan Behrang.

(10)Y.B. Datuk Haji Rosli bin Husin,
-ADUN Kawasan Trong.

(11) Y.B. Dato’ Rusnah binti Kassim,
-ADUN Kawasan Hulu Kinta.

(12) Y.B. Dato’ Haji Mohd. Tarmizi bin Idris,
-ADUN Kawasan Kenering.

(13) Y.Bhg. Dato’ Haji Zainal Abidin bin Omar,
-Pegawai Pembangunan Negeri Perak Darul Ridzuan.

(14) Y.Bhg. Dato’ Haji Sheikh Mohammah Nor bin Haji Mansor,
-Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak Darul Ridzuan.

(l5) Y.Bhg. Dato’ Ir. Dr. Safry Kamal bin Haji Ahmad,
-Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak Darul Ridzuan.

(16) Y.Bhg. Datuk Mohd. Hafarizam bin Harun,
-Tetuan Wan Hafarizam & Aishah Mubarak. (Peguam UMNO)

(17) Y. Bhg. Dato’ Aziz Khan bin Abd. Khayum Khan,
-Ahli Perniagaan.

(18)Encik Mohd. Nizam bin Mohd. Hassan.
-Ahli Perniagaan.

Saya meluat tengok muka semua BN -UmnO yang hadir. Muka tak bercahaya .Zulumat. Maaf, saya cakap apa yang saya nampak. Saya bersalam dengan semua Delegasi yang hadir kebetulan saya berada di muka pintu dewan sewaktu semuanya berarak masuk. Masing masing berbau rokok. YB UMNO nie kuat merokok, nak termuntah saya bau. Terutama YB Katak, kuat betul bau nya... eii. Maaf.

Perjalanan Majlis yang asalnya berprotokol akhirnya hancur bilamana Penasihat Agama bagi MB Haram yang sepatutnya duduk di bawah (bukan di atas pentas) naik ke pentas utama dengan mengangkat kerusi putih ke atas pentas utama untuk beliau duduk di sebelah Prof Jamil. Dia yang pada saat - saat akhir meminta izin pada pihak disiplin untuk membaca Alquran pada sesi pembukaan majlis membuatkan wakil Qari yang telah kami pilih hilang tugas sebenar beliau. Qari jemputan dah ada siap, tetiba orang lain pulak yang baca. Lain kali kalau nak baca atau nak duduk atas pentas, maklumkan awal, senang pihak protokol majlis nak susun. Lagi 5 minit majlis bermula baru nak bagitahu nak baca alQuran?? Apa kes??

Saya bukan salah seorang dari AJK majlis dan bukan seorang yang berprotokol. Tak pandai pon nak berskema dalam majlis ini. Tapi, saya dapat lihat betapa kehadiran delegasi UMNO ini lebih biadap bila mana langsung tidak hormat pada perjalanan majlis yang telah dirancang baik oleh pihak pelaksana iaitu Pihak Persatuan Keluarga Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM). Ini berikutan selepas Penasihat Agama tadi habis bertarannum Alquran.. beliau secara spontan mengambil alih sementara tugas pengerusi Majlis bilamana membuat majlis taaruf ringkas memperkenalkan YB YB UMNO dan seluruh delegasi yang hadir seorang demi seorang dan sempat pula memberikan tazkirah ringkas 5 minit berkenaan Ukhuwwah. Demi merealisasikan konsep ukhuwwah itu, beliau sekali lagi membuat pandai, bilamana menyuruh pelajar yang berada di kerusi hadapan dan merupakan pimpinan pelajar untuk duduk bersama sama di meja bulat (hi-tea) bersama sama dengan delegasi yang lain. Kononnya untuk lebih rapat dengan pelajar. Duduk berselang seli antara pelajar dan YB.

Wahai Ustaz UMNO, kalau yea nak rapatkan ukhuwwah, bukan dalam program orang.. kita banyak lagi agenda ketika itu. Kalau betul nak berukhuwwah mengenali nasib pelajar di sini, saya jemput untuk datang ziarah,duduk dan tido bersama kami di rumah sewa. Saya jemput untuk tido di rumah Perak yang baru bersama anak anak pelajar! Bukan tido sedap sedap menghabiskan duit rakyat di HOtel CONCORD sebelah Sg NIl di Tahrir sana yang kos nya USD 500 sekepala untuk satu malam!!! Kalau benar nak kenal Pelajar. Menyelami nasib pelajar. Berlakon dalam majlis orang boleh la.

Saya pada ketika itu bertambah geram, bila mana saya ke belakang di bahagian Kaunter makanan di Pintu masuk dewan, sedang ligat Dato Hafarizam menyuruh barisan AJK mengangkat kotak kotak berat milik UMNO yang berisi CD, kotak pensil, buku kecil (1 malaysia), dan Buku berupa kronologi Pergolakan Politik di Perak. Kesemua barang itu di bawa khas oleh UMNO untuk diberikan kepada pelajar di Mesir. KOnonnya nak menjelaskan isu Politik yang berlaku di Perak dan Malaysia.

Saya sempat mengambil kotak pensel dan ternyata Kotak Pensil Faber Castell itu ada cop dan Lambang UMNO. Hah. Nak hadiahkan kami kotak pencil untuk kami ampunkan dosa UMNO yang mengurung MANGSA ISA tanpa sebab?? Untuk kami anak anak Perak ampunkan dosa YB katak lompat?? Untuk kami ampunkan dosa UMNO dan BN di Perak yang menjatuhkan Pakatan Rakyat dan mencabuli perlembagaan undang undang di DUN perak sewaktu sidang DUN 7 April yang lalu??? Petik kembali kata kata mat shuffle "sori la bro, wa tak layan laaa".

Saya tak dapat ikuti majlis di ARMA sampai habis (hanya sampai ucapan YDP) kerana terpaksa bergegas ke tapak program yang kedua di Rumah Perak Baru untuk majlis perasmian dan penyerahan Kunci Rumah Perak Baru.

Majlis Kedua (Hari yang sama)

Tetap 5 ogos pada jam 6.30 petang di kawasan Haflah di sebelah Rumah Perak Baru Hayyu Sabeik. Saya ditugaskan untuk menjadi pengendali majlis Perasmian dan Penyerahan Kunci rumah Perak yang baru ketika itu.

Perjalanan majlis saya tak berminat untuk cerita. Memang kelam kabut disebabkan program gabungan dengan bangsa Arab yang berlainan protokol dan budaya. Nasib baik takde tarian gelek je. Muzik gelek macam cerita P.Ramlee dah ada. Kehadiran pelajar Perak pada petang itu cukup menghambarkan..sekitar lingkungan 100 orang ke bawah.. yang lain semuanya pekerja-pekerja dari sykt Al-ataal dan masyarakat arab setempat. Kalau program UMNO nie memang pelajar tak minat untuk turun, yang ada hanya pelajar di sekitar kaherah dan petugas petugas AJK yang terlibat.

Sempat saya berbual dengan seorang Dato selepas tamat majlis perasmian. Beliau kehairanan bertanya kemana perginya pelajar2 perak yang kononnya seramai 600-700 orang di bumi Mesir ni. Saya menjawab dengan mengkelaskan kepada tiga kelompok pelajar

1. Ramai pelajar pulang ke Malaysia..bercuti
2. Rata rata berada di muhafazah (negeri/cawangan) lain dengan program masing masing
3. Kumpulan yang tak berminat untuk menghadiri program terutama program UMNO.

Majlis petang itu memang majlis gabungan Syarikat Al-ataal dan KPIPM. Sykt Al-Ataal yang bertanggungjawab dalam membaik pulih rumah perak lama dan terlibat dalam proses membeli dan baik pulih rumah perak Baru.

Dalam Majlis petang itu, diadakan sesi tandatangan MoU Dokumen pembelian rumah Perak antara Sykt Al-Ataal, JKR Perak dan MAIAMP (Majlis Agama Perak) juga bersama SUK Perak.

Yang menariknya.. sempat Dato SUK meminta untuk dibuka kepada sesi soal jawab bersama pelajar selepas selesai semua acara rasmi. Masa berbaki 15 minit sebelum azan maghrib ketika itu. Beliau meminta dari saya selaku pengerusi majlis untuk mengendalikan sesi soal jawab tersebut.
Saya membenarkan.

Ada 2 orang pelajar yang tampil bertanya. Seorang bertanyakan soalan berkenaan ZAkat Perak. Yang seorang lagi bertanyakan dua soalan yang cukup cantik.

Soalan dari pelajar kedua boleh tengok di sini.

Saya ketika itu hanya memerhati dari belakang, tempat rehat pengerusi Umum. Saya kurang cakna dengan soalan dan jawapan yang diberikan kerana jawapan dari UMNO memang tak betul dan tak boleh percaya. Putar belit alam semesta. Mual je dengar. Jadi saya dengar dengan tidak peka.

Dalam tak peka pon, Saya tahu je soalan yang di tanya..
1)Adakah pihak Y.B bersetuju dengan pandangan saya kerajaan Perak sekarang adalah kerajaan Mahkamah dan bukan Kerajaan Rakyat?
2)Apakah hukum Perlaksanaan ISA?

yang menjawabnya 2 orang
1. Tan Seri Mufti Perak
2. Dato hafarizam (Peguam UMNO)

Saya melihat Dato Mufti menjawab bukan untuk menjawab isu tersebut, sebaliknya hanya mahu membersih kan nama beliau yang terpalit kotor dan fitnah. Ini kerana dalam ucapan beliau ada menyebut berkenaan fitnah yang beliau memakai cincin yang mahal dan menempah kereta MERCEdes yang belum ada di pasaran Malaysia. Untuk soalan tu ada la disentuh sedikit dan lainnya di jawab oleh Peguam UMNO itu.

Saya pelik.Kenapa Dato mufti yang jawab soalan kepada UMNO??? Patutnya Dato diam je la sebab Dato kata Dato tak terlibat dengan mana mana parti Politik sama ada BN atau PRakyat. Bila Dato menjawab soalan kepada UMNO, tidakkah dato seolah olah menyebelahi UMNO dan BN seterusnya menjadi jurucakap kepada mereka?? Bukan nak bersihkan kotoran fitnah, bahkan menambah kotor lagi la dato??

Ramai lagi delegasi yang ada untuk menjawabnya.. kan SUK ada di situ? YB lompat ada?? YB Exco pelajaran Perak Haram ada??? Penasihat Agama MB Haram ada??? YB trong, Kinta, Kenering kan ada?? Semua pon ada kan?? Mereka diam dan Dato plak yang meloncat menjawab soalan panas Mahasiswa tersebut.

Rugi Dato jawab. Diam kan Baik.

Azan Maghrib petang perasmian itu menjadi loceng amaran untuk berakhirnya majlis dan bergerak untuk acara potong reben dan tanda tangan Plak di Bangunan Wisma Perak dan majlis di akhiri dengan jamuan makan malam.

Walaupun majlis rasmi telah tamat, saya nampak banyak kelompok kelompok pelajar yang membuat sesi sembang taklik untuk majlis tadi. Ada yg kerumun YB lompat, Ada yang sembang dengan Dato, ada yang bincang dengan Peguam UMNo.. ada juga berbalah politik dengan Faizal Sabhon yang merupakan SB umno di Mesir. Ada juga yang makan tanpa menghiraukan suasana gamat setelah tamat majlis.

Saya. Sembang dengan seorang Dato' dan Makan Jamuan sebelum mengemas.

Gambar sekitar majlis akan saya cuba upload selepas ini sebabnya belum ada dalam simpanan saya.

1 Comment

  1. abgpudin Said,

    rileks... sabor je tengok kerenah deme nie... abg pun kena tempoh benda yg sama bila MB Haram datang bagan datoh aritu...

    Posted on 12:17 pm, August 19, 2009

     

Pengunjung

Kawan Kawan Bosz