post ringkas

Posted by bosz Friday 9 October 2009

bisMillah Walhamdulillah..

Rumah Perak Wisma A: Semalam 8 Okt 2009 telah berlangsung satu pertemuan ramah mesra antara delegasi Amanah Raya Berhad dan Dato seri Nazri aziz.

Pertemuan singkat itu menjalinkan ribuan bahkan jutaan kenangan buat kami anak anak perak.

Bertapa saya bersyukur berada di Bumi Ardil Kinanah ini sementelah begitu mudah untuk berada dekat dengan pimpinan dari Kerajaan atau dari Pakatan Rakyat. Tak berhajat besar untuk bersua muka pon dengan pimpinan Umno BN nie. Tapi dia juga insan dan hamba Allah seperti kita yang perlu mendapat silaturahim yang sempurna.

Majlis ramah mesra yang diisi penuh dengan ucapan Nasionalisma dari Dato Seri kami dengar dengan Khusyuk walaupun rata rata tidak setuju dengan isi kalimah yang diucapkan beliau.

Saya rimas mendengar ucapan dato seri kerana Dato hanya bercakap soal melayu,tanah melayu, bahasa melayu dan melayu...

Bukan tidak bersetuju, tapi saya lebih lagi setuju jika Islam itu yang di titik beratkan. Islam akan menyelamatkan melayu dan bukan melayu. Islam akan menyelamatkan semua makhluk sama ada dalam Islam atau bukan Islam. Jelas.Islam menyelamatkan semua dan adil untuk semua.Islam for All.

Saya tidak berkata dato seri dan pemimpin kerajaan tidak Islam, sebaliknya saya mahukan pemerintahan, sistem dan undang undang yang dilaksanakan itu berdasarkan sistem Islam dan yang diterapkan di dalam Alquran dan diajar Nabi dalam Assunnah. Hidup dalam Islam yang sempurna. Beramal secara sempurna. Paling tidak pon menghampiri kesempurnaan dan menjauhi thoghut dan syirik kepadaNya.

Saya sikit pon tidak menyoalkan atau meragui keislaman sesiapa pon. Dia Islam dan beramal dengan ajaran Islam..silakan.

apa apa je la... banyak lagi yang perlu difikir dan dibuat

Kewajipan lebih banyak daripada Masa. Guna sebaiknya.


nnt tulis lagi n gambar sekali..tak sempat nie.. huhu

0 comments

Pengunjung

Kawan Kawan Bosz