niat jahat Gerakan

Posted by bosz Saturday 7 April 2007

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan(DPPWP) mengutuk tindakan biadap PartiGerakan Rakyat Malaysia (Parti Gerakan)khususnya Parti Gerakan WilayahPersekutuan yang meluluskan saturesolusi dalam konvensyen parti itupada 1 April 2007 yang menggesa agarMufti Perak dipecat kerana kononnyabeliau terbabit dalam penyebaran SMSberhubung isu murtad pelayar solo, Dato'Azhar Mansor.Tindakan ini telah memperjelaskan kepadaseluruh rakyat Malaysia bahawaPemimpin-pemimpin Parti Gerakansememangnya buta tentang undang-undangdan perlembagaan Negara yang jelasmemperuntukan kuasa bagi Sultan-sultandi semua negeri bagi melantikMufti-mufti. Mereka tiada hak untukmendesak agar Mufti Negeri Perak di pecat.Tindakan ini sungguh kurang ajar danmenghina institusi Beraja di negara ini.Mereka telah bertindak liar danmelampaui batas dengan cuba menasihatiSultan dan Ketua-ketua negeriberhubungan masalah umat Islam.Resolusi ini dilihat sebagai ancamankepada Perpaduan Kaum yang kini semakincarik angkara hasutan dan provokasipihak-pihak tertentu yang dengki danirihati terhadap hak keistimewaan orangMelayu dan Islam yang telah diperuntukandalam Perlembagaan Malaysia.Mereka seharusnya bersyukur kerana dapatmenjadi rakyat negara ini dan bukan cubauntuk mencampuri urusan yang bukanmenjadi tanggungjawab mereka.DPPWP amat kecewa kerana golongan iniyang turut disertai oleh kebanyakkanPemimpin Gerakan dan kmponen BN tidakfaham maksud ‘berterima kasih’ denganterus menerus ‘membaling batu kerumah-rumah orang Melayu dan UmatIslam’. Mereka terus berusaha mencabardan meminta hak yang lebih sama adadengan cara diplomasi atau pun provokasi.Dalam hal ini, DPPWP mendesak agarPresiden Parti Gerakan, Dato' Seri Dr.Lim Keng Yaik mengambil tindakantatatertib kepada ahli serta pemimpinParti Gerakan Wilayah Persekutuan yangterlibat dalam meluluskan resolusi tersebut.DPPWP juga mahu agar Pengerusi PartiGerakan Wilayah Persekutuan, Datuk DrTan Kee Kwong memohon maaf secaraterbuka dan menarik balik resolusiberkenaan bagi menjaga Perpaduan Rakyatantara berbilang bangsa di negara ini.DPPWP juga mengesa agar orang-orangMelayu dan umat Islam yang menyertaiparti ini agar keluar dari parti inikerana telah turut menghina hak danagama mereka.Orang-orang Melayu yang masih inginmenyertai Parti ini telah melakukan satudosa besar terhadap Islam keranabersekongkol dengan mereka dalammenjahati Islam dan pemimpin umat Islam.Mereka seharusnya mengerti bahawaMufti-mufti ini dilantik dan bekerjauntuk menjaga Agama Islam dan Hak-hakorang Islam.Oleh itu, umat Islam di negara ini harusbersatu bagi mempertahankan InstitusiMufti yang ada. Biarlah umat Islamsendiri yang menentukan hala tujuInstitusi ini.Sehubungan dengan itu, DPPWP akanbertemu dengan pemimpin Parti Gerakanuntuk berdialog dan menghantarMemorandum Bantahan ke Ibupejabat PartiGerakan di Menara PGRM, Cheras pada 6April 2007 (Jumaat). Satu DemontrasiAman bagi menyatakan kesungguhanbantahan ini akan turut diadakan padahari yang sama.DPPWP juga menyarankan agar seluruhrakyat yang cintakan perpaduan dankeamanan di dalam dan luar negaramenghantar surat atau memorandum kepadaParti Gerakan bagi mendesak merekamenarik semula resolusi tersebut.Desakan ini boleh dihantar ke alamatberikut sebagai tanda kita membantahtindakan biadap mereka

TAKBIR 999X....

0 comments

Pengunjung

Kawan Kawan Bosz