23 juli

Posted by bosz Tuesday 24 July 2007

Assalamualaikum…
Bismillah…
Hari nie dah 23 julai… 23 julai nie merupakan tarikh cuti umum bagi rakyat mesir… kerana pada tarikh nie telah berlaku sejarah mesir iaitu berlaku nya revolusi mesir pada 23 julai tahun 1952…kalau tak silap laa…boleh rujuk buku sejarah balik laa…

Dan mengikut pembacaan dan pemahaman ku sebagai seorang pelajar.. revolusi nie terjadi apabila system beraja mesir pada tahun tu bertukar kepada system republic…dari pada Raja Fuoad II, anak kepada king Farouk disingkirkan dan diganti dengan presiden pertama ketika itu iaitu Muhammad Naguib…. Pastu Gamal Abdul Naseer pastu Anuar Sadat yang kena tembak tuuu…pastu lani laa… sampai sekarang presiden mesir…Hosni Mubarak…. Tak silap dah lebih dari Tok Det dia punya pegang jawatan …lebih 22 tahun laaa dari tahun1981… takpe tak kisah…asal jgn kacau bebudak nak belajo kat bumi mesir nie dah…

So memang holiday laa arinie…tapi tak de laa perayaan macam hari kebangsaan kat Malaysia…tak de mercun mercun rasa nya…tapi tak tau laa..sebab tak pi servey plak kat tepi sungai nil kee..kat tahrir kee …kat pyramid kee…kot depa ade buat majlis…tak tau plak…
Tapi tarikh nie tarikh revolusi…kalau tarikh kemerdekaan mesir plak…. 6 oktober… tu pon kalau tak silap..memang kena rujuk pakar kalau nak bebetui dia punya sejarah… T
api yang penting tarikh nie memang banyak kedai arab tutup aaa… dan hari nie memang kedai tutup… sep baik cc buka..kalau tak, tak leh nak post nie...

tapi nie bazar johore ritue



dan bertempat kat dataran hayyu asyir..(seksyen 10) sedang berlangsung nya bazaar taakhi (gabungan zon D) antara shOubRa, damanhur, penang, pahang dan terengganu… cayalah…boleh la makan makanan yang jarang kita masak kat umah.. macam nasi ayam… bermadu, ayam percik.kopok leko ( tapi tak sama macam kat msia punya )- home sick
Nasi kerabu… n macam macam lagi laa…jgn lupa order nasi kerabu sebab bebudak hafiz yang jual tuu..dari shOubRa belaka…hmmmmm
Dan kunjungi juga gerai gerai lain….sampai esok jaa tau 24 julai…hmmm… insyaAAllah kalau rajin ahli rumah saya akan datang nanti…okay

Sibuk sibuk buat kerja, meniaga bazar, jangan sampai abai solat jemaah, jgn lupa mengulang quran dan jgn lupa membaca…. Terutama subjek subjek pelajaran tuu…
Dan jgn seronok sangat…
Peniaga dan pembeli…sama samalah kita bertakwa kepada Allah
“sesungguhnya orang yang mulia di sisi Allah adalah mereka yang bertakwa”
Dan tak lupa nak promote kat sini … datang juga kedai buku Darul Elyas… bawah ust Azizuddin dan kawan kawan…boleh dapatkan bermacam macam kitab kat situ….
Dan jugak kedai PMRAM.. semua ada di bazaar… Bantu lah PMRAM untuk memperoleh dana Apartmen PMRAM secepat mungkin…
Senang untuk pelajar malaysia buat program bile dah ade apartment sendiri…okay..tak payah susah susah sewa kat tok arab…masyi…
Boleh buka n baca lagi kat web PMRAM… http://www.pmram.org/ dan kat blog DPM shOubRa … mymaqaz92.blogspot.com ok…

0 comments

Pengunjung

Kawan Kawan Bosz