jUmAat

Posted by bosz Thursday 6 November 2008

assalamualaikum... selamat hari khamis dan dah masuk hari Jumaat pon
saiyidul ayyam.. hari raya bagi setiap muslim adalah pada hari jumaat..

sebenar nya amat bagus bagi kerajaan yang memberikan cuti pada hari Jumaat.. membesarkan Hari Jumaat sebagai hari kemenangan Islam untuk seluruh ummat Islam.. sepanjang seminggu dan dalam 7 hari ini Allah telah menjadikan hari jumaat untuk ummat islam berkumpul di masjid untuk mendengar khutbah yang sebenarnya menjadi tempat umat islam menbersihkan diri , mentajdidkan iman dan mengumpulkan tenaga selain mengeratkan silaturahim.

hari kebesaran Islam ini perlu di hormati dan di agungkan... tahniah kepada kerajaan Islam dan kerajaan yang memberikan cuti pada hari jumaat seterusnya memberikan peluang kepada seluruh muslimin dan mukminin bersedia untuk solat Jumaat..

terutamanya negara negara yang mengamalkan nya seperti di tanah arab dan timur tengah dan tak kurang juga pada negeri negeri di Malaaysia Ku tercinta seperti di kelantan dan kedah.. yang lain tak pasti pulak

bilamana cuti diberikan kepada pekerja yang berkerja pada hari Jumaat, menjadikan kita sebagai muslim dapat bersedia lebih awal untuk menunaikan Solat Jumaat dan lebih mampu dan seronok untuk beribadat..terasa lapang dan tidak tergesa gesa

contoh bagi mereka yang berkerja atau belajar atau ada kelas pada hari jumaat..

1. mereka akan terkejar kejar untuk dapatkan solat jumaat.. kengkadang ada yang tak solat jumaat.. ada jugak yang hanya solat jumaat tetapi tak sempat nak mendengar khutbah di sebabkan lewat keluar kelas atau opis.. kan rugi tuuu

2. ada jugak yang keluar kilang, opis ,kelas atau tempat kerja awal.. masuk masjid tepat waktu tetapi bila khatib memberi salam memulakan khutbah... mata secara otomatik tertutup... di jadikan masjid yang berhawa dingin tu sebagai tempat untuk berehat dan melepas kan letih berkerja.. terlepas juga nak dengar khutbah.. bangun menunaikan solat jumaat pon dalam keadaan mengantuk.. ruginyaaa

3. ada jugak majikan atau boss atau orang yang tertentu .. siap menghina dan memperlekeh yang mengatakan solat jumaat mengganggu masa mereka berkerja dan mencari rezeki sehingga menjadikan ekonomi mereka terjejas..kedai kena tutup..opis kena tutup.. pejabat tak boleh buka..mengatakan yang solat jumaat ini sebagai merugikan dan menyusahkan.. na'uzubillah..tuan tuan... kalau yea pon ..jgn lah kita sampai menghina dan mempertikai arahan dan suruhan Allah..dah jelas Allah perintah kan kepada ummat Islam lelaki yang cukup syarat untuk menunaikan solat Jumaat. jgn la buat buat berani nak lawan hukum Allah.. buruk padahnya....

Allah dah terang secara jelas dalam AlQuran surah Jumuah.. semak balik

marilah sama sama kita menggerakan gerak kerja ISlam...membangun bersama Islam

ada orang kata : Jgn jadi GErakan ,tak gerak tak makan..hihi

0 comments

Pengunjung

Kawan Kawan Bosz