kencing manis??

Posted by bosz Sunday 9 November 2008

jumaat lepas..mak gerak pepagi ajak balik kampung kat manong... destinasi yang jauh mata memandang tapi dekat di hati..bukan tv9.

sampai la ke kampung dalam beberapa minit nak solat jumaat... maka solat lah saya pada waktu solat jumaat di masjid ULU PIOL manong dengan tiga sof yang satu sof lebih kurang 20 orang.. berbaki kat belakang dalam 7 8 sof lagi kot... kalau time raya memang penuh laaa...sampai keluar

mak kata orang kampung memang dah tak ramai..yg tua tua dah meninggal.. yang muda berhijrah.. tinggal la yang separuh abad..dan beberapa orang muda..

di kampung sempat mengait kelapa muda dua biji..teringin nak minum air kelapa dara..haha

petang tu mak buat bantal kekabu untuk adik atie guna time dia nak kenduri nanti.. kekabu mesin mak kata tak elok sangat berbanding kekabu original

kalau kat mesir pon memang arab buat tilam dan bantal kabu baru untuk buat kenduri kawin...
biasa nya seminggu sebelum kenduri...

dekat nak petang..nak balik dah..sempat la tengok adik wanie cucuk insulin sebab dia ada penyakit .. kencing manis.. ada jugak alat untuk cek kencing manis.. so

aku try la cek darah aku nie cukup manis ke terlebih

alhamdulillah..hasil nya mak long kata baik... sehat

bacaan 5.. stabil katanya

kesimpulan.tak dak penyakit kencing manis.. alhamdulillah

mak dan mak long kata.. jaga jaa jgn sampai lebih... insyaAllah

1 Comment

  1. solehati Said,

    This comment has been removed by a blog administrator.

    Posted on 12:57 pm, November 12, 2008

     

Pengunjung

Kawan Kawan Bosz