Alas ber Alas

Posted by bosz Saturday 11 April 2009

"ustaz.. persatuan nak lantik ustaz jadi ad hoc nie.. boleh?"

"ana.. alamak.. carik orang lain laa.. tau."

"alasan!!"

Kita Sering Mencipta Alasan..

bila bercakap tentang alasan, kita selalu beralasan dan banyak je alasan kita untuk menyedapkan hati dan nafsu. tambahan bila kita di minta untuk memegang sesuatu amanah atau taklifan.. atau bila kita ada buat salah. macam macam alasan yang kita cipta. ada jaaa..

teringat sirah Perjuangan Baginda Rasulallah.. baginda di uji dengan macam macam ujian dan mehnah dalam menyampaikan Islam pada masyarakat arab ketika itu.. Baginda tak pernah mengeluh apatah lagi nak beralasan. Baginda sentiasa Positif dan bijak menyelesaikan sesuatu perkara.

tiada tempat dalam dunia nie bagi mereka yang malas dan beralasan.

Peperiksaan

peperiksaan bakal menjelang dan memang telah terasa bahang nya bila kelas telah pon bercuti memberi laluan kepada Student membuat pecutan terakhir. banyak kelompok kelompok study group keluar bercambah cambah di setiap tempat mengikut negeri,institusi dan kumpulan sekepala. ramai yang dah mula menagguhkan semua perkara termasuk berprogram. ada jugak yang dah tak keluar rumah kerana tersedar akan pentingnya masa. ramai jugak telah sedar akan solat di awal waktu dan solat jemaah di masjid lebih utama dari solat bersendirian. tidur dan rehat di rasakan tak penting lagi bila mana senjata untuk berperang belum diasah setajam mungkin. ternampak seolah olah kumpulan Malaikat telah turun beramai ramai bilamana setiap rumah rumah dan bilik bilik terdengar alunan Quran dan nyalaan lampu samar samar di keheningan malam sambil terdengar ada yang berzikir, solat dan mengaji. pagi redup dan sayu dah tak ramai yang berani dekat dengan katil dan tilam.. sebaliknya semua reramai ke meja studi, pegang matan, quran dan subjek.

peperiksaan memang penting sebagai satu wasilah kepada jalan kehidupan menuju akhirat.untuk dapatkan sijil.sijil diperlukan sebagai wasilah dakwah masakini. Sijil bukan matlamat, tapi alat – bila mahu naik ke peringkat pengajian seterusnya, orang menilai sijil kita dan bila bergiat dalam medan perjuangan, orang akan melihat latarbelakang pengajian itu. Maka, mendapatkan sijil juga satu keperluan. peperiksaan itu penting dan perlu kerana disitulah kita melihat sejauhmana kita memahami ilmu yang dipelajari dan setakat mana kita telah menguasai. Maka, peperiksaan juga keperluan.

tapi.. adakah tika datangnya musim peperiksaan baru kita sedar akan adanya Pencipta?? Baru sedar kepentingan SOlat Jemaah di Masjid?? Baru tahu pahala dan kelebihan membaca Al Quran dan Zikir? Baru tahu yang 24 jam berdepan dengan Internet dan YM sebenarnya merugikan masa?? Tidur dan rehat dah jadi tak penting???

baru tahu Hikmah Berpuasa sunat??? baru kenal bait bait tasbih dan sehelai sejadah?? baru tahu couple tu berdosa?? baru rasa dosa tengok maksiat.. buat maksiat.. zina mata, hidung ,telinga ,badan dan semua??

baru sedar??? ke buat buat sedar?? ke sedar sekejap sempena laluan ke IMtihan???

berubah sekejap sempena Imtihan?? pastu buat balikk perangai lama?? kembali ke takuk lama bila dah habis exam??

baca buku sebab ilmu atau peperiksaan?? aduh.tepuk dada tanya iman.eh silap, tadah tangan mohon keinsafan.!


anda menentukan perjalanan hidup anda secara pasti.. disamping Allah maha Mengatur dan Melaksanakan segalanya.

moga yang terbaik buat Kalian dan Saya...

Bukan Imtihan sebagai Alasan.. dan jangan BerAlasan.Alasan!

0 comments

Pengunjung

Kawan Kawan Bosz