untuk APA?

Posted by bosz Thursday 16 April 2009



astafirullah..nauzubillah...

saya dapat berita nie semalam dan dapat tengok video nya malam tadi... teruk betul penganjur program nie..memang nak merosakkan pelajar Agama dan pembela Bangsa.. sesiapa yang dah pergi ke program tersebut tolong buat solat taubat sebelum terlambat..

dan pihak penganjur yang menganjurkan Program seumpana ini terlebih Aula untuk BerTAUBAt.. dan tolong minta maaf secara terBuka kepada semua pelajar agama Islam terutama pelajar AL AZHAR kerana ANDA wahai pIhak Penganjur telah merosakkan institusi Agama dan mencemarkan Imej pelajar AL AZHAR dan Pelajar AGAMA..dan semua pelajar Islam di bumi anbiyak ini.



Ini berikutan Penganjuran FEStival Asean 2009 yang telah dicemarkan dengan satu tarian perempuan menjolok mata pada malam penutup majlis tersebut.

saya bertanya sendirian.. apakah perlu untuk diadakan tarian seumpana ini untuk ditayangkan kepada pak sheikh dan lebai janggut yang sememangnya datang ke perlembahan nil ini untuk mencari secangkir Ilmu yang bermanfaat dunia akhirat.. tapi kemudiannya kami ini dicemarkan dengan majlis sebegini rupa??? mana peranan pihak penganjur dalam menjaga martabat dan maruah kami selaku Pelajar Malaysia Islam yang menuntut di UNI Al Azhar???

wahai pihak penganjur... KEDUTAAN MALAYSIA KAHERAH DAN JABATAN PENUNTUT MALAYSIA KAHERAH serta ajk Pelaksana dan sesiapa yang terlibat..!! apakah majlis penutup sebegini dan tarian sebegini dan program sebegini yang nak diterapkan kepada kami yang bakal pulang ke Malaysia sebagai Agen perubah masyarakat??

perlukah pelajar Islam seperti saya dan kawan kawan disajikan hiburan melampau sebegini sebagai penenang stress bilamana IMtihan yang tak lama lagi bakal menjelang???

perlukan kebudayaan Negara ASEAN lain ditonjolkan dan dipersembahkan kepada kami untuk menyatakan bahawa kita perlu mengenali budaya bangsa lain.. ??

tak cukupkah nasyid nasyid Islam dijadikan hiburan Islam yang mendidik jiwa?? budaya apa yang ingin penganjur terapkan??? atas motif dan objektif apa yang nak disampaikan oleh pihak penganjur bilamana penonton berseronok gembira melihat tarian baju ketat pelajar perempuan INdonesia???

saya termangu dan tak paham...

wakil pihak kedutaan yang turut hadir dalam majlis penutup tersebut tak berganjak menonton persembahan tersebut seolah olah meredai persembahan tersebut.. untuk APA??

teringat AL FADHIL Shiekh Nuruddin Al Banjari pernah meninggikan suara begitu marah bila mana penutut ilmu agama berada di bawah pentas menonton persembahan nasyid HIJJAZ beberapa tahun lalu di Mesir.. Syeikh menyifatkan kita seolah olah merendahkan martabat Ilmu dan Ilmuan Islam bilamana nasyid dan hiburan diletakkan lebih tinggi dari pelajar agama.itu nasyid...bahkan yang dianjurkan pada FEstival Asean ini bukan nasyid tetapi tarian Perempuan yang nyata Haram melihatnya... astafirullah... saya tak tahu kalau sheikh nuruddin ada di sini mahu disemburnya pihak penganjur yang jelas jelas nak merosakkan pelajar agama..

malu... bila mana orang bertanya.. anjuran siapa?? di mana?? oleh siapa?? siapa penontonnya?? malu saya selaku malaysian nak mengaku bangsa melayu negara malaysia yang terkenal dikalangan bangsa Arab mesir sebagai "ahsan Nass"(insan terbaik). tercemar!!

entah... apa lah motif diselitkan persembahan itu???

saya hairan. apakah yang pihak penganjur fikirkan???

tolong jelaskan..dan tolong bersihkan kembali nama Pelajar Islam Malaysia... tolong minta maaf secara terbuka... kerana anda sebenarnya telah mencemarkan Imej Pelajar Islam Al Azhar.. dan pelajar Islam seluruhnya terutama kami di Mesir.




boleh tengok sendiri dalam link youtube nie...

http://www.youtube.com/watch?v=bjo9y3nYj8o

http://www.youtube.com/watch?v=R0Mbj-1kpfI&feature=channel_page

1 Comment

  1. solehati Said,

    Allahumma inna naj'aluka fi nuhuri 'a'da ina,
    Wa na'uzubika min syuhurihim.

    Allahumma baddid syamlahum
    wa farriq jam'ahum
    wa syattit kalimatahum
    wa zalzil aqdamahum
    wa sallib 'alaihim kalbanminkilabik

    ya qahhar
    ya jabbar
    ya muntaqim
    ya allah

    allahumma ya munzilal kitab
    wa ya mujriyassahab
    wa ya hazimal ahzab
    ihzibhum, ihzibhum, ihzibhum
    wansurna 'alal qaumil kafirin...

    p/s: tak semestinya kita marah je baca doa ni...tapi sebagai pencegahan supaya perkara ni tak berlaku lagi...
    pejuang islam kena banyak doa, doa tnda kita harap pada Allah, harap pada Allah tanda kita cinta dan ingin pada NYA...

    Posted on 7:48 am, April 16, 2009

     

Pengunjung

Kawan Kawan Bosz