salam imtihan

Posted by bosz Tuesday, 28 April 2009


Pengarah PESAT bersama Ketua Musyrif Mesir 2009

assalamulaikum

kehadapan semua ahli PMRAM, ahli PESAT PMRAM, pelajar Pendidikan Islam dan Pelajar Perubatan Mesir, salam Imtihan ana Ucapkan kepada semua. Tak dilupakan juga kepada semua Bloggers.

Semoga kita dan antum sekalian mendapat yang terbaik dalam lapangan dan imtihan yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Pastikan sahabat sahabat telah membuat persiapan serapi mungkin bagi menghadapi Peperangan sementara di Dunia ini yang akan menjadi Wasilah penyambung perjuangan Dakwah dan kehidupan di Dunia bagi mencapai Reda Ilahi di Akhirat sana.

Sementara Masih ada waktu yang berbaki ini, setelah semua program di tawaqufkan, jangan lah sahabat membuang masa. Sebaliknya isilah dengan sebaik mungkin agar pecutan yang terakhir ini mampu memberi impak positif dalam natijah nanti seterusnya menjadi penerus kesinambungan dakwah ilmu dan ulama.

Buktikan bumi anbiyak dan sahah Azhar yang kita pijak dan sujud di dalam nya adalah tempat terbaik dan membenarkan pepatah Mesir sebagai "Qiblatul ILmi"..KIBLAT ILMU!

Ayuh! Sama sama kita tingkatkan Ketakwaan, taqarrub kita pada NYA bertitik tolak dari fatrah imtihan ini dan seterusnya menjadi perkara istiqamah dalam kehidupan kita selaku muslim mukmin.

"Kun Rabbaniyyan Wa Laa Takun Imtihaniyyan" - Jadilah hamba Allah jangan jadi hamba Peperiksaan"

Ingat janji kita pada ALLAH, pada Islam, masyarakat, bangsa dan keluarga. Semoga yang terbaik buat kalian dan kita semua. TERBAIK UNTUK ISLAM.

Ana doakan kejayaan dan terbaik buat ISLAM dan Semua.

DOAKAN KEJAYAAN ISLAM BERSAMA. SALAM IMTIHAN.

"JIWA BESAR, TERASI DASAR"
PENGARAH PESAT PMRAM 2009

0 comments

Pengunjung

Kawan Kawan Bosz