Pendaftaran PESAT kini DI Buka...

Posted by bosz Monday 27 April 2009

TAK KENAL MAKA TAK CINTA:


PESAT- ‘PUSAT SUMBER TENAGA PMRAM’ dengan singkatannya PESAT merupakan sebuah unit khas di bawah Lajnah Perancang dan Panitia PMRAM telah diselaraskan gerak kerja pada tahun 2008 bagi memperkasa seluruh proksi PMRAM bagi meneruskan usaha dan objektif penubuhan PMRAM. Antara objektif yang ingin dicapai ialah memberi ruang dan peluang kepada ahli PESAT untuk mendapatkan latihan dan kemahiran, membantu mengatasi kekosongan AJK badan, lajnah, unit dan jawatankuasa pelaksana program PMRAM dan mengatur keutamaan tugasan ahli dalam PMRAM untuk mengelakkan berlakunya pertindanan kerja.

Di dalam melaksanakan sesebuah perancangan gerak kerja dan program, tenaga penggerak merupakan salah satu unsur penentu keberjayaan hasil yang ingin dicapai. Menyedari hakikat ini, PMRAM menubuhkan Pusat Sumber Tenaga (PESAT) sebagai mencari penama-penama sukarelawan di kalangan ahli PMRAM yang bersedia menjadi tenaga penggerak. Berteraskan tema “Jiwa Besar, Terasi Dasar” yang di bawa pada tahun lepas, pada tahun ini dengan tema yang sama, PESAT terus mengorak langkah jauh ke hadapan demi merealisasikan hasrat memperkasa kembali seluruh kekuatan jentera utama penggerak agenda kebajikan PMRAM, termasuklah seluruh BKAN dan DPM yang dinaungi. Melalui platform PESAT, seluruh jawatankuasa penggerak PMRAM akan sentiasa diselia dan diselaraskan dengan lebih rapi dan teratur. Lantaran itu, PESAT akan memastikan seluruh ahlinya supaya berusaha membina kemampuan diri, memiliki disiplin dan kualiti kerja yang tinggi, serta berusaha bergerak dengan lebih efektif. Sebagaimana tuntutan daripada firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Anfal, ayat 60 yang sebahagiannya bermaksud;

“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan sebarang bentuk kekuatan yang dimiliki dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah s.w.t, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya...”

PESAT kini mengalu-alukan penyertaan seramai mungkin ahli PMRAM untuk menjadi sebahagian daripada tenaga penggerak yang sentiasa bersedia untuk diserap bagi menjayakan setiap perancangan tahunan PMRAM. Pendaftaran kini telah di buka dan kepada sesiapa yang masih lagi tidak berdaftar dan ingin menjadi penyokong dan pendokong kepada PMRAM bolehlah mendaftarkan diri melalui Perancang dan Panitia BKAN dan DPM masing-masing.

Unit Promosi dan Publisiti (UPRO),

Pusat Sumber Tenaga (PESAT) 2009,

PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR

0 comments

Pengunjung

Kawan Kawan Bosz