safarah

Posted by bosz Friday, 24 April 2009

bismillah walhamdulillah

Semalam yang hangat... kesian kat cik kipas yang terpaksa berlenggang lenggok menyejukkan kondusi bilik saya dan kawan ... suhu meningkat plak malam nie... dah nak masuk musim panas gamaknya...

panas lagi lettop yang dah berkerja hempas pulas tak henti henti..cooler kat bawah pon dah macam merengek je bunyi..tahu pulak dah ada PB epi 17.hehe..tutup cerita

tahun nie lega sikit bila dah berpindah ke rumah baru di St Teresa..rumah baru,barangan baru,kawan kawan pon baru jadi takde la makcik makcik PIJAT dan keluarga anak beranaknya menggangu..alhamdulillah..


mabruk boy ijul

alhamdulillah arituu dah selesai majlis khatam roommate yang setia..nama pon sama.. mohd hafizzul azri bin azman.. mabruk alaik.. dan bersama sama khatam pada majlis malam tadi us amin dan us ashraf tajuddin.. mabruk alaikum

semoga dengan khatamnya antum tidak membuatkan antum berhenti membaca quran dan mengulang, sebaliknya lebih kerap dan rajin antum membaca ayat ayat suci pada mushaf yang terpuji...doakan ana sekali... dan kita semua.

ISI borang NIKAH..

Dapat panggilan untuk ke safarah (kedutaan) Malaysia.. kena bawa salinan passport dan kad pengenalan.. hah.. nasib baik ada kad IC dalam dompet dah.. 3 tahun lepas tinggal kad pengenalan kat malaysia..

nak kena isi borang nikah di luar negara... hmmm...

tapi, bukan saya pengantin lelaki.. saya saksi pertama ja. pengantin lelaki yang call suruh ke pejabat kedutaan untuk urusan nikah dia... bukan saya..tahu cuak.

tApi waktu isi keterangan saksi tu,banyak jugak la doa dibaca moga moga boleh isi keterangan tempat kosong bakal suami pulak... ikut ketegori umur dah layak insyaAllah... mak pon bagi..kan mak?
mulut kumat kamit sampai bakal pengantin lelaki pon tengok semacam je.. "'apehal saksi pertama isi borang lama lama sambil mulut terkumat kamit..nak dijampinya aku ke???"

tapi... ada komen la cik pegawai....cuma satu je tak berapa nak selesa... wahai pegawai safarah dan pegawai JPMK yang budiman..tolong amik berat kebajikan pelajar yang berurusan.customers is always right.kan?

saya dan kawan kawan penat berjalan dari pejabat kedutaan ke kedai photostat yang jauh hanya semata mata ingin men'taswir' satu dokumen. kan susah,payah dan buang masa.. mahal plak tu arab kedai tu kapak..terseliuh kaki dan tengkuk kami...

sedangkan... masuk masuk pejabat kawasan urusan pelajar di tingkat satu tu dah tercongok lagi tersergam indah mesin photostat.. saya tak tau berfungsi atau tidak mesin tersebut tapi sejak 4 tahun saya dah berurusan dengan pihak kedutaan/JPMK..memang nak kena photostat kat kedai luar.. membazir!

moga boleh dipertimbangkan untuk menyediakan perkhidmatan photostat di Safarah..

1. memudahkan urusan Pelajar
2. tambah ekonomi dan duit tu boleh salur untuk kebajikan pelajar.
3. menandakan pihak JPMK menyayangi kami selaku pelajar di luar negara.
4. kan memang tugas JPMK.

saya minta maaf.. hanya mampu menyatakan pendapat dan perasaan yang terpendam... pandangan boleh di terima boleh di tolak.. tapi memudahkan urusan orang lain tu kerja yang mulia. Allah akan mudahkan kerja kita bilamana kita memudahkan Kerja orang lain.. amin

boleh kot??

1 Comment

  1. Life Of Aku Said,

    Assalamualaikum ya akhi :

    bila membaca entri ini, 2 pekara yang mengingatkan ana, iaitu :

    1 : sheikh Mahmud
    2 : Urusan Nikah

    Sheikh Mahmud , sheikh kepada seorang 'aku' suatu masa dahulu, kini dan selamanya.

    Urusan nikah, memang takut dan cuak bila nak berurusan pasal nikah-menikah ni. Lagi-lagi bila seorang 'aku' mengambil keputusan untuk bernikah. Malas dan tak ada semangat pun iye jugak. Kena ambik darah, pergi pejabat Agama, sehari belum tentu boleh selesai.

    Tapi, seorang 'aku' merasa nikmat bila semuanya telah selesai ...

    Moral : Perkahwinan adalah satu rahmat :)

    Posted on 8:16 pm, May 06, 2009

     

Pengunjung

Kawan Kawan Bosz