berhati hati maliziyuuun...

Posted by bosz Thursday 28 May 2009

bismillah wa alhamdulillah

petang yang mendamaikan!alhamdulillah..

Saya dapat satu berita tentang penipuan yang berlaku di bumi mesir ini..kejadian ini saya dapat dari blog ini. jadi saya paste kan untuk semua agar dapat mengambil ikhtibar.

Kira-kira dua minggu lepas setelah rumah kami kehilangan rangkaian internet, kami didatangi oleh sekumpulan arab (dua lelaki dan seorang wanita). Mereka adalah lingkungan pertengahan 20-an. Mereka mendakwa ditugaskan untuk meletakkan ubat seperti racun perosak dalam rumah sekitar bagi membasmi wabak influenza yang sedang merebak ketika itu..

Tanpa mengesyaki sesuatu, kami membenarkan mereka masuk ke dapur dan bilik air. Selepas selesai membubuh 'ubat' di dalam sinki dan mangkuk tandas, salah seorang dari mereka berpesan agar tidak dibuka paip air melainkan selepas 15 minit. Kami mengangguk faham..

Tugas mereka tidak terhenti setakat itu saja. Mereka tidak lagi beredar keluar walaupun dua lelaki tadi telah naik ke atas 'mengunjungi' rumah kawan kami pula di tingkat atas. Yang masih tercegat di depan pintu rumah kami adalah seorang wanita. Wanita itu menyerahkan sekeping faturah (resit) kepada kami dan meinta kami membayar LE149.90!..

Walaupun pada awalnya kami agak terkejut, namun bila memikirkan kesihatan kami yang mungkin akan terjejas dara-gara wabak tersebut, kami akhirnya 'meringankan tangan' menghulurkan wang sejumlah LE150. Lebih-lebih bila wanita itu menunjukkan kernehnya (kad rasmi) dari Kuliyyah Ziraa'ah (Fakulti Pertanian). Ada yang mengatakan kami seolah-olah 'dipukau' kecantikan wanita arab tersebut. Pada faturah tadi tercatat tarikh menandakan mereka akan datang semula untuk mutaba'ah (follow-up) dari semasa ke semasa..

Selang 3 hari kemudian, kami mendapat berita yang mereka adalah PENIPU! Saya terus menghubungi Pengerusi DPM bertanyakan berita tersebut. Memang benar. Mereka telah memperdaya Maliziyyun hanya untuk semata-mata mendapatkan wang! Entah ubat apa yang diletakkan di rumah kami itu. Lebih menyedihkan ada sahabat kami yang dikenakan bayaran sehingga LE400! Boleh belanja hampir sebulan untuk keperluan dapur..

Itulah hakikatnya warga arab di sini. Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, memang tidak boleh dipercayai. Ada yang terlalu baik seperti malaikat dan ada yang terlalu busuk hatinya mengalahkan iblis. Betullah kata senior, di sini semuanya ada, yang baik ada dan yang jahat lebih-lebih lagi. Di sinilah bumi Firaun laknatullahi 'alaih dan di sini jugalah bumi Nabi Allah Musa a.s. Oh Mesir, macam-macam ada! Mungkin selepas ini syarikat penyiaran berbayar Astro boleh mempromosikan Mesir sebagai trade mark barunya..

sumber : cucu dagang

4 comments

  1. pujaan Said,

    salam... di mana kejadian nie berlaku?

    Posted on 11:13 pm, May 28, 2009

     
  2. bosz Said,

    lupa..kat area shoubra

    Posted on 2:25 am, May 29, 2009

     
  3. ut ae Said,

    eh ada kuliyah ziraah...bole x nk smbung study sana...nape x nah bgtau awal2

    Posted on 8:40 pm, May 29, 2009

     
  4. Anonymous Said,

    innalillah..mrk (arab) kat sini mmg macam pakai topeng,kene 'scan' dlu guna firasat org2 beriman apabila hatinya bersih kalau berhadapan dgn bende2 cmni.

    Posted on 10:15 pm, June 13, 2009

     

Pengunjung

Kawan Kawan Bosz