keputusan demi keputusan...

Posted by bosz Friday 22 May 2009

bismillah wa alhamdulillah...

Seusai solat Jumaat di masjid Syare' Malikus Soleh atau lebih mesra dengan panggilan masjid satu ayat, saya seperti biasa singgah membeli "zibdah" untuk di sapu pada roti petang nanti.

Menu hari ini simple tapi "kick" masakan us Syaipot yang terkenal sebagai tukang masak markaz.

alhamdulillah.. daripada 6 orang ahli beit kami, hanya tiga orang yang tinggal untuk makan setalam pada hari ini. Yang lain dengan urusan masing masing.

KEPUTUSAN DAH KELUAR

Saya agak terkejut mendengarkan keputusan rayuan di mahkamah rayuan telah pon keluar bagi kes MB perak antara YB zamry dan YB Nizar. YB NIzar belum menang!

Bertenang. Masih ada jalan. Itu yang terlintas di fikiran saya.

Kemudian saya seperti biasa membuka blog CINA ISLAM dan mendapati masih ada jalan untuk kes ini di mahkamah persekutuan. Ya, Zambry dan penyokong UBN jangan terlalu gembira kerana kami semua rakyat perak tidak pernah mahu dan tidak pernah harap anda menang dan menjadi MB.MAAF.

Anak anak Perak di Mesir dan seluruh mahasiswa Malaysia di luar negara semestinya akan lebih kuat berdoa dan berusaha untuk melihat Islam tertegak di Perak dan di Malaysia umumnya.

Saya tidak pernah jemu berdoa dan meminta agar kemenangan pada Islam dan yang mempertahankan ISLAM.

KEputusan Peperiksaan

Sedang sibuk rakan rakan kuliah pengajian islam yang lain belajar dan mengulang pelajaran untuk peperiksaan.. termasuk abang abang dan kakak kakak tahun tiga di Maahad Qiraat mengulangkaji pelajaran, adik adik di tahun 1 dan 2 telah pon keluar natijah peperiksaaan khamis lepas. Masih ramai yang belum tahu keputusan dah diumumkan.terlalu cepat sehinggakan tak sampai 2 minggu peperiksaan tamat, keputusan telah pon siap di semak.

Esok boleh tengok result di maahad yea adik adik.

Mabruk kepada yang berjaya. Yang belum berjaya, masih ada peluang kedua bulan tujuh nanti.

Mesti ramai dah mula teringat pada bumi Malaysia. ramai yang nak balik. oh yea, bagi siapa yang nak dapatkan tiket, boleh contact ahli beit saya, dia ada uruskan tiket ke malaysia. abuyusof.

..........................

Beliau pergi pada penghulu sekalian hari, sayyidul ayyam.

Berita pemergian adun Manik Urai juga menjadi salah satu berita yang baru diterima. Al fatihah untuk Allahyarham Haji Ismail Yaacob,60.

Dengar kata BN nak bertanding di Dun Manek Urai nie, tapi tidak di Penanti. APA nie???

0 comments

Pengunjung

Kawan Kawan Bosz