MB Perak..

Posted by bosz Tuesday 12 May 2009


alhamdulillah...


bismillah wa alhamdulillah

Puja dan Puji hanya untuk Allah Rabbal Alamin....

Pagi tadi saya menerima sekurang kurangnya 5 sms dari malaysia tanah airku yang memberitahu akan kemenangan YB Nizar dalam kes nya dan seterusnya diumumkan sebagai MB Perak yang sah.alhamdulillah

nak access internet pagi tadi takde line pulak.. kedai arab buat hal.. jadi msg2 berharga dari Malaysia sebagai sumber berita dan berita kemenangan ini membuatkan saya rasa syukur yang teramat sangat. Alhamdulillah.

Terima Kasih pada semua yang sentiasa menghantar khabar kepada saya dengan segera atas setiap perkara yang berlaku. Saya tahu kalian juga cukup berbangga dan bersyukur atas segala yang berlaku.

Kerja kita tak berhenti setelah kemenangan. Sebaliknya semakin kuat dah lebih kuat kita kena pasakkan azam, keyakinan dan pengorbanan untuk meneruskan perjuangan dan survival dakwah untuk kita terus menyedarkan masyarakat tentang IsLAM, the WAY of life.

TAHNIAH kepada YAB DATO Seri NIZAR Jamaluddin.

Tahniah kepada seluruh rakyat PERAK dan rakyat Malaysia.

Tahniah dan Syabas untuk semua penyokong dan Pendokong ISLAM.

juga tahniah kepada semua.

Mari sama sama kita kuatkan lagi kesepakatan dan kesepaduan kita demi melihat Islam kembali bersinar di Malaysia dan di dunia.

Ingat.

Mahasiswa mahasiswi pemuda pemudi Islam sekalian.. Kita perlu bersedia dengan wacana ilmu dan pemikiran yang lebih mantap. utuh dan berkualiti..
untuk kita jana agama , bangsa dan negara kita kelak. Kerana pada masa kini, kita amat diperlukan tidak kira dalam bidang apa sekali pun. Baik agamawan, sastarawan, perubatan, pertanian , pendidikan atau bidang apa sekali pun, kita perlu berfikir dan bertindak dengan landasan Islam. Demi mengembalikan kegemilangan Islam.

Ayuh, bersedia untuk itu.bersedia untuk ISLAM. Bersedia untuk Berjuang.

0 comments

Pengunjung

Kawan Kawan Bosz