rasa yang sama

Posted by bosz Sunday 10 May 2009


ya..

assalamualaikum

bismillah...

saya juga mempunyai rasa yang sama... sama seperti kalian.. kita punyai ibu.. punya mama.. punya mak yang kita sayangi ...

pasti perasaan anak kepada ibu kita sama.pasti sama. begitu jugalah kasihnya ibu kepada anaknya. pasti sama antara semua ibu kepada semua anaknya..

walaupun tak ternafi ada yang tidak sama.

adakah berbaloi hanya dengan mengucapkan selamat hari ibu bersempena dengan hari ibu semata mata?

berbaloikah kita sebagai anak hanya cukup dengan menghargai pengorbanan seorang ibu dengan memberikan hadiah pada hari ibu semata?

huh.. berlagak kita.konon sayangkan ibu.

hadiahkan sajak. hadiahkan syair. pantun dan lagu.. cukupkah sebegitu??

berfikir sejenak...

tak cukup dan memang tak termampu untuk kita membalas segala jasa ibu dan ayah kita dan sesiapa yang membesarkan kita ..

lebih malang dan amat tidak patut kita hanya mengingati ibu kita hanya pada hari ibu..

hmmm...

berdoalah setiap kali lepas solat fardu dan sunat untuk kesejahteraan ibu ayah dan keluarga kita

sentiasa sedekahkah fatihah dan pahala pada mereka ketika mereka masih hidup atau telah kembali...

hadiahkan ribuan bahkan jutaan kalungan doa pada ibu dan ayah dan mereka yang berjasa...

mak abah pasti akan sentiasa gembira bila mana mendapat anak anak soleh solehah yang tidak jemu mendoakan kebahagiaan mereka walaupun tanpa banyak menghadiahkan harta dan wang yang banyak kepada mereka...

kerana kita memahami pada mafhum hadis yang sama :

sabda baginda S.A.W

"Bila meninggal dunia seorang anak adam, akan terputus segala amalan melainkan tiga perkara :
1. amal jariah
2. ilmu yang bermanfaat
3. DOA ANAK YANG SOLEH.

Jadi... tak ternafi untuk sekalian hadiah dan harta serta segala yang diberikan pada ibu ayah.. akan tetapi lebih manis dan cantik bilamana kita langsung tidak pernah lupakan mereka dalam setiap Bait doa kita kepada Yang Maha Esa.

" Ya Allah, Kau peliharalah mereka seperti mana mereka memelihara kami.. Kau kasihi mereka seperti mana mereka mengasihi kami sejak kecil kami... bahagiakan mereka di dunia dan di akhirat"

amin ya rabbal aalamin....


rasa itu tetap ada.. terutama bila berjauhan sebegini.. mak.. saya sayang mak.

0 comments

Pengunjung

Kawan Kawan Bosz