UJIAN sebagai UJIAN

Posted by bosz Wednesday 6 May 2009

Bismillah wa alhamdulillah

Kekadang Allah datangkan hujan.. menyuburkan bumi.. selepas hujan pelangi yang cantik yang terbentuk..begitu indah dan mendamaikan...

Allah juga mendatangkan angin sepoi sepoi bahasa.. juga mendatangkan panas yang mengeringkan tekak kedahagaan... alhamdulillah

semalam, kota Kaherah dan Shoubra diselubungi oleh ribut pasir yang mendebukan seluruh kawasan dan rumah penginapan.. langit seolah kuning macam mambang kuning.. itu lah tanda perubahan musim dan antara kejadian musim yang berlaku di bumi mesir ini...

alhamdulillah.. setiap kejadian itu ada hikmahnya... dan Allah datang kan ribut pasir juga ada sebabnya....

"fushhh... Bosz meniup lettop yang berhabuk dan berdebu lembut kesan angin pasir di luar rumah"... "debu nie boleh buat tayammum nie.."

-suci dalam debu- heee....


dah lima hari tak keluar rumah. memerap dan terperap. terseliuh malam jumaat arituu. tapi dah ok arinie. sakit Allah datang kan sebagai kifarat dosa dan memberi waktu untuk berada di rumah.

"elok la sakit kaki tu,kalau tidak bukan tahu lekat kat rumah".. bebel ijol.

Sakit menjadi satu muhasabah pada diri kita. check balik ... mesti ada yang tak kena..sebab tu Allah uji..

Allah sayang kita, dia akan uji kita. Dia nak bagi peringatan pada kita yang sering lalai dan lupa.

"baru sakit sikit..takkan nak mengeluh kot .. penduduk Palestin tu bukan terselih kaki..bahkan putus terus kena bedil dengan bom.. bersyukur la Allah tak cabut terus kaki tu, baru bagi tergeliat jaa.." inzar Kamal.

alhamdulillah...syukur.....

-sujud syukur dalam kesyahduan-


Imtihan sebagai satu Ujian..


jadual exam tahun tiga

Dah bermula imtihan bagi tahun 1 dan 2 di Maahad qiraat al azhar Shoubra dan Mansurah qiraat.. 2 paper dah lepas .. dan 3 syafawi (lisan).

Mari kita semak dan muhasabah.. apa yang telah berlaku dan yang kita lakukan sepanjang fatrah(musim) imtihan ini...

check it out:

1. adakah kita benar2 mendekatkan diri kepada Allah keranaNya atau kerana ingin lulus peperiksaan semata mata?

2. Kita takut untuk buat maksiat semasa malam peperiksaan, sebaliknya masih lagi membuat perkara berdosa tika mana tiada peperiksaan pada keesokkan harinya...

3. berchating yang tak syarie.. ikhtilat tak syarie.. masih berlaku???

4. di dalam kelas / dewan peperiksaan, adakah kita meniru? berbincang? menipu?

5. sejauh mana kejujuran kita dengan Allah sewaktu menjawab soalan??

6. apakah kita jelas matlamat sebenar kita menduduki peperiksaan, adakah hanya mahukan segulung ijazah??

operate dada belah iman!!! Banyak lagi persoalan yang boleh dirungkai dalam pemerhatian saya terhadap situasi yang berlaku....

kita punya hadaf, kita punya misi dan kita punya matlamat. Jelaskan matlamat dan prinsip. Untuk ISLAM.


jadikan UJIAN di Dunia ini sebagai satu muhasabah penting untuk kita mengenal Pencipta kita
Yang Maha Esa..

bukan kita mensia siakan hanya untuk kepentingan dunia...

doakan kami di Tahun tiga yang juga akan menghadapi Syahadah pada bulan JUn nanti...

sekalung doa dan pengharapan kepada Pejuang lama yang akan membarisi sof perjuangan syahadah nanti... yang akan mendepani cabaran dan rintangan untuk kali ke 2 dan juga buat otai Jeneral yang akan bertempur untuk kali yang ke 3


Syahadah tahun lepas

1 Comment

  1. tazkirah yang short but crispy!
    jazakallah ust.
    semoga Allah memudahkan ust dlm menghadapi imtihan.
    doakan kami di bumi manipal ini juga.

    Posted on 4:38 am, May 06, 2009

     

Pengunjung

Kawan Kawan Bosz