Jumaat yang aman

Posted by bosz Saturday, 13 June 2009

bismillah walhamdulillah...

Semoga Jumaat yang hadir membawa ribuan makna buat kita semua para blogger, penuntut ilmu dan pejuang Agama Nya serta semua kita tak kira siapa.
Para jemaah lelaki semua yang telah diwajibkan Solat Jumaat, mari kita check dan muhasabah bersama.. apa yang telah kita buat utk solat Jumaat hari ini...

1. Adakah kita menghadiri perhimpunan perdana mingguan kita pada minggu ini dengan membawa hati yang ikhlas?
2. Adakah kita datang ke masjid awal dari masanya atau kita tak sempat pon mendengar khutbah??
3. Kita sebenarnya datang ke solat Jumaat sebab nak makan pisang?? atau membeli makanan dan barangan di sekitar pasar Jumaat??
4. Sejauh mana kita faham dan mengambil manfaat dari isi dan intipati khutbah tadi atau kita tidur dan mengambil rehat tgh hari selepas kenyang membelasah Nasi Beriani Ayam beserta air laici kak mah(bukan nama sebenar) ditepi masjid tadi. Mentang mentang masjid ada air cond dan sedap tido. kena pulak tajuk khutbah makanlah buah buahan tempatan. Hah.


St Teresa , Shoubra.

Tadi telah berlangsung majlis khatam bagi Us Naser Kedah dan Us Mazran Memali Baling di Shoubra dengan jayanya bersama Sheikh Hassan Muhammad Hassan Rejab.

Mereka telah khatam bertalaqi dengan sheikh melalui pembacaan riwayat Hafs 3an 3asim dengan toriq Syaatibiyyah.

Mabruk ana ucapkan pada antuma berdua.Semoga dengan Khatamnya pembacaan Al quran bersanad kita semua ini, tidak mematikan dan memberhentikan kita dari membaca Al quran bahkan kita akan lebih bermulazamah dengan Alquran. Bahkan lebih rajin dan rajin lagi kita mendalami Ilmu al quran dan mengamalkannya dan menyebarkannya.

Sebak juga hati saya tika mana mendengar tazkirah ringkas dari maulana Sheikh sebentar tadi selepas tamat majlis dan ketika berdoa, beliau mengingatkan kita bahawasanya ribuan bahkan jutaan para malaikat turun bersof sof tika mana ada terdapatnya majlis majlis zikir mengingati dan membesarkan Allah terutamanya majlis ilmu dan Majlis Khatam seperti ini. Para Malaikat diutus Allah turun berbondong bondong memayungi dan melebarkan sayap serta mendoakan bahkan mengaminkan doa umat yang berada dalam majlis tersebut. Di tambah pula hari ini adalah saiyidul ayyam. Moga moga doa doa kami dan kita semua didengari dan di makbulkan oleh Allah setelah para malaikat juga turut mengaminkannya.

Tapi malang, sebab ada segelintir kita yang masih tidak mahu mengambil peluang untuk berada di majlis Ilmu, halaqah muzakarah, majlis zikir membesarkan Allah bahkan majlis khatam dan berzanji marhaban yang selepasnya ada makan makan pun sesetengah orang tak sanggup untuk hadir dan luangkan masa. Malu pada para malaikat. Mereka sanggup dan gembira menghadiri raudhah (taman) dari taman taman syurga seperti ini.. sedangkan ada sebahagian kita masih bongkak dan angkuh tidak mahu bersama dalam majlis mulia seperti ini.Nauzubillah.

Mari rebut majlis ilmu.
mari rebut majlis zikir dan mengingati Allah dan rasul
Mari selawat banyak banyak pada baginda rasul

Semoga di pertemukan dengan Jumaat yang akan datang.amin.

0 comments

Pengunjung

Kawan Kawan Bosz