Rehlah Tabadul Thaqafi ke Turkey II

Posted by bosz Sunday 14 June 2009

Bismillah walhamdulillah

"nta nak ke Turkey lagi ke?" yob

"ana tak kata nak pegi lagi, ana tolong promote je.. tapi kalau ade rezeki boleh jugak ana nak jejak bumi costantinopel tu lagi.. banyak peninggalan dan kesan khilafah uthmaniyyah kat sana... " ottoman empayer masih boleh dijejak kesannya sehingga sekarang..menarik"

Terkenang

Perjalanan dan permusafiran pada rehlah tabadul thaqafi anjuran Pmram dan Markaz Nil ke Turkey tahun sudah cukup memberi kesan kepada saya dan semua para sahabat yang terlibat. 10 hari kami berada di bumi atrak itu. Walaupun kami hanya ke istanbul dan bursa, tapi setiap detik dan ketika cukup indah dan terakam molek dalam memori saya. "chai iki (teh dua)"

Masakan tidak, kami ditaja sebahagian besar perjalanan kami di sana. Kami tak tahu orang kaya mana atau pertubuhan mana yang menyara perbelanjaan kami di sana.. tapi memang tak di nafikan dengan bayaran hanya USD 450 itu kami dapat mengecap nikmat yang sebegitu... sepatutnya lebih lagi kami perlu bayar jika nak dibandingkan dengan apa yang kami dapat dan dihidangkan.

Penginapan, makan dan pengangkutan kami di sana semuanya ditaja. Usd 450 yang kami bayar hanya untuk tiket penerbangan pergi dan balik beserta tiket untuk masuk ke tempat tempat tertentu seperti museum dan sebagainya. Rindu air sejuk sewaktu berwuduk di masjid Biru,Istanbul.
dihadapan masjid Biru, Isketambola (Istanbul)

Tidur kami di hotel.. sebenarnya sekolah/kolej. Tapi binaan dan kemudahan yang disediakan didalam nya melebihi hotel bertaraf 5 bintang di Mesir.Nak dibanding dengan hotel Europa di Giza atau hotel Cairo Khan di Atabbah..beza langit dengan bumi. Betul, letih kami terubat bila baring dalam bilek berhawa dingin di atas tilam empuk kelas pertama. Aduh, dunia oh dunia.

Makan kami di Restoren Kelas Pertama. Disewa dan dibayar khas oleh mereka mereka yang kaya dan pemurah di Turkey. Ya. Kami sempat bersama semua penaja yang menaja. Setiap kali makan, akan ada semacam Dato atau orang besar besar yang akan makan bersama kami dan mereka ini akan membayar segala makan kami. Mewah. Dr Safwan pasti ingat betapa nikmat sup Turki yang dia akan mintak kurang kurang dua mangkuk untuk setiap hidangan. Suka sup katanya.
nak makan semua pon boleh, pakcik belanja.

Tapi, perut melayu saya ini kurang enak ketika itu. 3 hari selepas tiba di turkey,perut meragam.Minta excuse. Mungkin sebab terkejut perut bila masuk makanan yang lawa lawa , cantik cantik dan sedap sedap macam orang turkey jugak secara pukal di dalam perut ini. Macam bulan puasa la, perut rest dan tak makan banyak, tapi bila hari pertama raya, di belasahnya laksa,lemang, dodol ,kuih muih dan semua .. sampai perut minta cuti. emergency. MC. Masuk keluar WC

Pagi solat subuh hari khamis itu kami habis kan di Masjid Abu Ayyub Al Ansari. Sahabat rasulullah inilah yang membawa Islam ke Turki. Sempat kami menziarahi makam beliau bersama ratusan jemaah yang hadir.Memang time ziarahnya di waktu subuh. Mata pon dok berbekas tidur lagi.

Makam Muhammad Al Fatih yang membuka kota costantinopel itu kami ziarahi dan sedekahkan doa serta kesan kota atau kubu Costantinopel masih jelas dan kami tengok sendiri dengan mata kepala kami.Wah.. Hebatnya.

us Khalil membeli ais krim kenangan

Banyak lagi pengalaman yang ditempuh sepanjang 10 hari di sana. Memang terasa untuk ke sana kembali walaupun harga barangnya mahal berbanding sara hidup di bumi anbiyak mesir ini. Bayangkan saya dan us khalil makan ais krim tepi jalan yang berharga 5 Lera Turki.Murah di turki sebab angka 5, tapi bila diconvertkan ke Pound Egypt..kami sebenarnya dah makan Le 25 untuk sebatang ais krim. Nikmat. Teruja jugak dengan cara pembuatan aiskrim itu. Ada seninya. Memang terpamir ketika membelinya..semacam aksi orang sarkas yang membuat pertunjukan, padahal hanya menjual ais krim. Kena pergi dan tengok sendiri.

Duit dalam poket saya dan sebahagian peserta lain tak setebal mana sebab kami bukan pekerja yang di bayar gaji. Kami pelajar. Berbeza jugak antara kami pelajar agama yang tak ditaja ini dengan pelajar Medic yang mendapat bantuan biasiswa pendidikan. Jadi, memang cukup terharu bilamana 3 hari sebelum akhir kami hanya tinggal Allah dan Rasul. Dalam poket kosong.. duit geneh untuk naik teksi di airport cairo sahaja yang tinggal. Tapi, rezeki Allah tu kan luas... poket kosong hati tetap senang. Alhamdulillah. Dapat juga beli ole ole berupa baju turkey,tudung turkey, keychain dan dua tiga kenangan lain.

"kalau pegi berjalan tu,bawalah apa saja walaupun BATU untuk hadiah kepada keluarga"

Tahun ini, sekali lagi program pertukaran pelajar / Lawatan Sambil Belajar ini dianjurkan PMRAM bersama Markaz Nil. Rehlah Tabadul Thaqafi II. Hati melonjak nak ikut sama, tapi macam macam yang jadi empang menghalang. Tugas, Program, Kelas bertindih tindih lepas peperiksaan ini. Tapi itu semua boleh di ejas.. asalkan ada yang sudi menaja ke sana..DUIT je yang masalah. Support USD 550 untuk tiket tahun ini. boleh? Sapa Berani Angkat Tangan.Hulur Bantuan.

"Siiru Ala Barakatillah..."

0 comments

Pengunjung

Kawan Kawan Bosz