memaknakan Sebuah Kehidupan

Posted by bosz Wednesday 15 July 2009


Masjid OrtaKoy , IstanBul, Turki

Saya dan Rombongan ke Turki tahun lalu menunaikan solat Jumaat di Masjid Ortakoy ini. Tapi untuk lawatan kali ini pada hari Jumaat juga, saya dan rombongan Turki II hanya ziarah dan bergambar di masjid ini. Kami solat Jumaat di Masjid Lain.

Saya suka gambar ini, nampak jernih di mata saya. Ada masjid. Ada Selat dan Jambatan Bosphorus. Ada Sampan. Ada teropong. Ada Awan dan langit Cerah yang membahagiakan . Dan yang penting sekali, ada SAYA yang sedang memikirkan bagaimana mahu memaknakan sebuah kehidupan.




Bila lagi nak naik flight balik Malaysia nie.. ??


Alhamdulillah Allah masih memberikan kesempatan untuk saya dan kita menghirup udaraNya. Walaupun sentiasa terasa sesak nafas dan jiwa dek waktu yang sentiasa mencemburui berbanding tugas dan tanggungjawab yang banyak perlu di pikul dan dilangsaikan. Moga Allah mempermudahkan segala.

Hari hari yang berlalu harapnya membuatkan kita semakin dekat dan selalu mengingatiNYA. moga moga kita tidak lupa apa tugasan kita sebenarnya diutus di Muka dunia ini

"dan tidaklah AKU jadikan Jin dan Manusia melainkan untuk berIBADAT kepada KU" Surah Az Zaariyaat ayat 56

Bermatlamatkan Rahmat dariNya, kita selaku hamba harus peka akan amalan harian dan kerja buat kita agar sentiasa dikira sebagai ibadat. Jangan kita lalai dan alpa untuk meniatkan segala perkara dan perjalanan kehidupan kita ini sebagai Ibadat kepadaNya. Tanpa niat ibadah, akan menjadikan kerja buat yang kita lakukan hanya kosong dan sia sia tanpa mendapat apa apa ganjaran istimewa dari Allah Tuhan sekalian ALam. Kerja kita hanya jadi adat tanpa pahala sekiranya kita tidak meniatkan amalan dan kerja buat kita sebagai Ibadat dan keranaNya.

contoh.. kita tidur dan rehat tanpa baca doa tidur dan tak niat kerana Allah. tidak niat untuk Rehat kerana mencari kekuatan untuk ibadat kepadaNYa.. akan menjadikan tidur kita hanya rehat kosong.. tapi, sekiranya kita meniatkan tidur dan rehat kita keranaNya... pasti beroleh pahala. InsyaAllah

begitu juga makan, melantak berkilo kilo pon kalau tak baca doa makan, comfirm makan dengan syaitan dan memang tak bermanfaat, tapi jika dimulakan dengan doa makan, makan dengan tertib, makan untuk beribadat, untuk tambah kekuatan untuk berjuang, untuk sampaikan risalah ISlam.. pasti makan kita bermanfaat dan di nilai di sisiNya. InsyaAllah.

mari memaknakan kehidupan kita.

Ya.
Mari kita pastikan setiap detik kita beramal keranaNya. Kerana ALlah. Makan. Pakai. Tidur. Main. Kerja. semuanya Kerana Allah. Semuanya Ibadat. InsyaAllah.

Bukan hanya solat dikira ibadat, bukan hanya zikir dikira ibadat, bukan hanya puasa dikira ibadat, bukan hanya mengaji Al quran di kira ibadat, tapi seluruh kehidupan kita adalah dalam sistem Islam dan Ibadat.InsyaAllah

Minum teh tarik pun ibadat. Sebab sesetengah orang yang kalau dia tak pekena teh tarik untuk sehari, dia akan tak senang duduk dan tak boleh nak buat kerja lain. jadi, kena jugak minum teh tarik. Baru lega. Disitu mejadikan teh tarik itu sebagai sesuatu yang bernilai untuk penggemar teh tarik. Saya juga menggemari teh tarik.

Tambahan :

1. Penat saya akan hilang dengan menikmati teh tarik panas sambil rehat rehat.
2. Bertambah penat bilamana teh tarik yang diletak berdekatan lettop saya tertumpah ke atasnya.
3. Alhamdulillah lettop masih boleh berfungsi dan tiada masalah.
4. Perkara ini benar berlaku tika saya terlampau letih setelah keluar dari Kaherah selama beberapa hari semalam.

Hari ini dapat rehat setengah hari walaupun HP berdering hampir setiap jam ataupun msg bertalu talu keluar masuk demi Memaknakan Sebuah Kehidupan.

1 Comment

  1. syabab Said,

    ~memaknakan sebuah kehidupan~
    tajuk yang sangat terkesan di hati ni.
    ditambah lagi dengan isinya..
    jazakallah ust.

    doakan ana tabah hadapi 'perkara' itu demi memaknakan sebuah kehidupan.

    Posted on 4:34 pm, July 15, 2009

     

Pengunjung

Kawan Kawan Bosz