Rumah Perak Mesir

Posted by bosz Monday 3 August 2009


sewaktu angkat barang pindah rumah


assalamualaikum...

Sekarang Rumah Perak hampir siap dibaiki dan dah boleh masuk dalam esok lusa, jadi sibuk la tolong angkat barangan dan kotak kotak penghuni rumah perak. INsyaAllah, rumah perak baru pon telah siap di beli dan di'renovate'. Boleh la ramai ramai kita duduk rumah perak dan berprogram di sana nanti. Terima Kasih pada pihak yang prihatin kepada permasalahan rumah perak di Mesir ini. Terjaga juga kebajikan kami anak anak perak di sini walaupun dah lapan tahun kami mohon rumah baru, termakbul juga usaha abang abang kakak kakak yeop yong ustazah ustaz 8 tahun yang lalu. Alhamdulillah. Berita terkini rumah perak di Mesir boleh tengok sini.

Ada juga saya dengar berita kedatangan delegasi Perak ke Mesir untuk merasmikan Rumah Perak Baru dan rumah Perak yang di'islah'kan tu 5 ogos nanti. Dengar kata yang akan datang ialah Dato SUK HARAM dan YB KATAK melompat lompat antaranya. Bersama dalam rombongan tu ada ramai lagi YB BN dan beberapa orang pengarah. Dato Mufti pon ada sekali dalam rombongan tu.

Datang ramai ramai ni untuk makan angin saguhati dari BN sebab lombat parti ke wahai YB Behrang dan YB Changkat Jering? Takkan nak rasmi rumah perak pon nak kena datang ramai ramai habiskan duit rakyat? Cukup lah yang hanya nak merasmikan rumah perak saja yang datang. Kalau Dato Mufti yang nak rasmi, dia dan isteri datang jadi la. Kalau Dato SUK yang nak rasmi, dia datang la dengan isterinya dan diiringi dengan Pengarah JKR yang terlibat dalam pembelian rumah perak serta wakil Atal Malaysia. Cukup lah. Yang lain datang ramai ramai ini, duit sendiri atau duit rakyat? Tolong buktikan yang datang ini menggunakan duit sendiri. Boleh? Dalam majlis 5 ogos nanti buat penjelasan.

Kami pelajar perak disini tak berharap pon kedatangan YB ramai ramai ke sini. Dari duit tu dihabiskan untuk rombongan ramai ramai datang sini, lebih baik duit tu disalurkan untuk membantu pelajar miskin yang berada di sini yang tak dapat tajaan atau zakat dari mana mana pihak. Tak pon diberikan pada rakyat perak di Malaysia sana yang masih lagi memerlukan duit tu. Korang datang sini ramai ramai bersuka ria tanpa sebab munasabah tak bermanfaat langsung untuk Islam dan merugikan kami anak pelajar di sini. Nak je kena laknat kat bumi Anbiyak nie. Saya tak pernah meredai kerja haram YB yang merosakkan keamanan Islam di Bumi Perak. Sebab BN la Perak huru hara. Sebab BN la ade YB lompat lompat katak.

Saya dengar majlis 5 ogos nanti akan di adakan majlis ramah mesra delegasi Malaysia dengan pelajar pelajar Perak di Mesir yang akan di adakan di ARMA. Tapi, tiada soal jawab yang akan dibuka. Saya akan tunggu hari tersebut. Nak tengok ada soal jawab atau tak. Kalau betul takde, baik tak payah namakan ramah mesra. Setakat datang tunjuk muka, bagi ucapan berjela, bagi ugutan, pastu suap kami dengan makan makan sekepala LE 30 lebih kurang baiik tak payah.

Kalau ada majlis soal jawab bersama delegasi, saya nak ajak semua kawan kawan datang. Saya harap us Along dan Us hairul Nizam yang ishtirok (bersekutu) dengan anak anak perak hadir pada hari tersebut.

Semoga perjalanan majlis berjalan lancar.

0 comments

Pengunjung

Kawan Kawan Bosz