Pemimpin silih berganti

Posted by bosz Tuesday 4 August 2009


Pemimpin silih berganti

Musim sekarang tengah hangat diadakan mesyuarat Agong Tahunan bagi setiap Dewan Perwakilan Mahasiswa DPM di setiap Muhafazah (cawangan/negeri). Begitu jugalah di DPM (maqaz) Shoubra. Majlis Mesyuarat Agong Tahunan telah berjalan dengan begitu lancar tadi 3 ogos 2009.

Saya tak hadir untuk majlis tadi kerana ada beberapa urusan. Dan pada pemilihan kali ini, pucuk pimpinan yang baru iaitu Pengerusi disandang oleh Us Mohd Naim b Hassan dan sebarisan AJKT baru yang tampak besemangat. Semua mereka menang tanpa bertanding. Mabruk di ucapkan kepada kepimpinan yang baru. Bagi kepimpinan yang lama dan dah bersara juga diucapkan jutaan terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan yang telah kalian curahkan. Semoga Allah yang mengganjari kalian dengan balasan yang setimpal dengannya.

Walau siapa pon pemimpin dan pimpinan kita yang memimpin, selagi mana dia berpandukan kepada Prinsip dan dasar Alquran, AsSunnah, Ijmak dan Qias, selagi itu lah kita dan saya akan patuh dan taat kepada nya. Selagi mana segala arahannya tidak bercanggah dengan syarak, kita akan sentiasa patuh mengikut arahannya.

Saya mendoakan kepimpinan yang baru dilantik ini mendapat petunjuk dan Nusrah dari Allah atas setiap kerja amal kebajikan dan kebaikan yang dilakukan oleh mereka. Semoga dipermudahkan segala urusan meraka semua. Insya Allah.

1 Comment

  1. Salam Tuan.
    Hamba kerdil ini mohon tunjuk ajar.

    (Tuan empunya diri pun x sempat nk update lgi..huhu)

    Posted on 3:17 pm, August 07, 2009

     

Pengunjung

Kawan Kawan Bosz