Posted by bosz Thursday 13 August 2009

Assalamualaikum...

Bismillah Walhamdulillah...
Salam Perjuangan...

Imtihan dan Natijah

Sekarang rata rata semua pelajar Azhar sedang berdebar debar menantikan keputusan peperiksaan. Dah ada yang dah keluar dan masih ade yang belum. Rasanya kuliah Usuluddin masih belum keluar menyebabkan masih ramai ternanti nanti natijah dengan penuh debaran.
Berlainan keadaan dengan saya dan kengkawan di Maahad Qiraat tahun tiga nie.. bagi yang najah dur awal tiada masalah, saya dan sebahagian yang lain masih ada satu madah(subjek) yang nak diperjuangkan esok. Subjek Qiraat.. Doakan kami yang ada paper nie berjaya jawab dengan baik seterusnya najah dalam imtihan kali ini.

Rumah sunyi.

Semua kami 6 orang dalam satu rumah nie.. Tapi hari ini sunyi.. seorang dah naik jadi Exco menyebabkan sibuk 24 jam. Seorang dah sibuk dengan EGP 09, seorang balik malaysia.. Seorang hilang ntah ke mana tak balik rumah..Jadi tinggal la seorang dua dalam rumah nie.. makan berdua je tadi dengan Jamil.. esok lusa pon maybe saya pulak yang akan Bz.. dah habis exam esok..tau tau je laa..

Surat Patah balik.

Ada orang kirim buku dan surat dari Malaysia kepada saya di Mesir ini. Alamat yang dihantar adalah ke alamat Markaz Pelajar di Dauran Shoubra. Markaz yang agak jauh menyebabkan jarang saya ke sana dan ahli yang berdekatan dengan markaz tak perasan surat tuntut barang saya di pejabat pos telah sampai bebulan lalu. Surat ambil barang dari pejabat pos sebenarnya telah dihantar tiga kali ke Markaz.. hanya yang ketiga dan terakhir yang saya perasan. Saya bawa surat ambil barang tu ke pejabat pos yang disebutkan dalam surat tu.. tiba di kaunter dia pon semak barangan dalam list dia...
abang posmen tu kata.. "awak tuntut lambat sangat surat nie, dah pos balik ke malaysia"... dalam reda saya berkata "takde rezeki nak dapat pos dari Malaysia.. ada hikmah dan tanda yang Allah nak gambarkan nie"

Selang dua hari selepas itu.. dapat satu msg dari Malaysia "Buku yang dikirimkan kepada enta telah selamat sampai ke pangkuan ana.. " . BUku tu dapat jalan jalan di mesir dan berada di pejabat pos je..pastu dia balik malaysia balik - hehe.. nak tergelak bila bayangkan diri ni berada di tempat buku tu... takde rezeki nak baca buku yang di pos.. takpe.. ada la hikmah nya... Allah Maha Mengetahui dan Merancang segalanya.. Redha

Celcom.

Call malaysia guna Lowrate.. tadi tak clear dan sangkut sangkut macam guna evoiz dulu dulu balik..
Abah kata " tak dengaq la..call lain kali la" - blurr
Mak kata " putus putus nie.. tak best la" - pon blurr

Sempat cakap 2 minit je dengan mak abah sebab line pon tak berapa clear sangat... Dulu guna Celcom best je kan?? sekarang Celcom dah mahal.. redha je laaa....

Harap Cik Celcom betulkan balik rangkaian dan kami di Perantauan nie dapat guna dengan baik kemudahan ini. Senang nak hubungi yang tersayang..

India Dan Qatar.

Ramai yang bertanya .. "Encik Bosz nak ke India atau ke Qatar??"

jawapan En Bosz : "Keputusan Pengadil adalah muktamad.. Keputusan belum di Buat."

Ramadhan

Ahlan Ya Ramadhan.. Ramadhan Kareem. InsyaAllah tahun ini saya akan berpuasa di Mesir. Kemeriahan Ramadhan di Mesir memang mengatasi kemeriahan di Malaysia dan mereka di sini lebih gembira menyambut Ramadhan dari menyambut Syawal. Tak Sabar rasanya nak menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang menjadi madrasah pendidikan jiwa dan nafsu kita. Adakah ini Ramadhan terakhir dalam keadaan bujang:?? Tahun depan bersahur dengan Zaujah? Belum Pasti.hehe. Tutup.


Lagi sekali...doakan najah untuk Imtihan Qiraat esok dan najah dalam natijah nanti..

1 Comment

  1. abgpudin Said,

    apa keputusan exam?

    Posted on 10:22 am, August 21, 2009

     

Pengunjung

Kawan Kawan Bosz