Profesioanalkah SPR Perak Mesir??

Posted by bosz Saturday 15 August 2009

Bismillah Walhamdulillah..

Salam Perjuangan Buat Semua sahabat. Sekarang di BKAN Perak yang saya dan kita sayangi akan berlangsung Mesyuarat Agong Tahunan 2009 (MAT 09) pada 19 OGOS akan datang. Pada tahun ini kita ahli ahli KPIPM akan memilih calon kita dalam pilihan raya KPIPM pada hari MAT tersebut. Jom semua pakat turun mengundi..tapi diingatkan untuk menjelaskan Yuran KPIPM dulu yea yob yong.

Telah banyak iklan iklan saya terima berbondong bondong dalam email groups KPIPM. Juga saya terima dari laman blog KPIPM berkenaan calon calon yang akan bertanding nanti.

Saya tak nak mempertikaikan atau berkempen berkenaan calon yang kita pertandingkan.. belum masa kempen lagi. Tapi, timbul kesangsian dan kegusaran di dalam gerak kerja SPR PErak kali ini.

Ada semacam perkara pelik berlaku dalam SPR??
Semacam tidak profesional SPR Perak kali ini?? Adakah mereka yang di lantik sebagai SPR ini kerjanya sambil lewa? atau ada pihak menyogok mereka?? SPR Perak tidak telus?? Bacul???

Mengapa saya menimbulkan kegusaran ini. Kalau di simpan dalam dada nie, membuak buak rasanya..

Jadi, saya ingin penjelasan dari Pihak SPR yang telus, adil, bijak sana dan profesional ini. Tolong jawab dengan adil,telus,jujur,bijaksana dan bukan jawapan yang telah dibayar..bukan jawapan sogokan.. dan bukan jawapan BACUL!!!

pada 13 OGOS 2009 (Rabu) dah dikeluarkan senarai calon bertanding seramai 11 orang AJKT. TAPI ..duduk tak duduk keesokan harinya 14 ogos 2009 (Jumaat).. keluar satu kenyataan dari SPR memasukkan seorang lagi calon yang akan bertanding menjadikan 12 org calon AJKT yang akan bertanding.



IKLAN KALI PERTAMA 13 OGOS 2009


IKLAN KALI KEDUA 14 OGOS 2009

Tindakan SPR kampung manakah ini??

Inikah dikatakan dengan SPR yang berkerja dengan Profesional, Bijak dan telus???? SPR tahun ini dibayar oleh sesiapa untuk berbuat demikian??

Kenapa lewat memasukkan calon yang seorang lagi itu??? Kalau keciciran ketika membuat iklan pertama, adakah sampai tidak seorang pon AJK SPR yang profesional itu perasan dan nampak??? SIlap teknik atau teknik bodoh???

Tidak perasan sehingga mengeluarkan iklan pertama kemudian mengatakan silap lantas mengeluarkan iklan kedua untuk mengaburi mata ahli??

SPR..SPR...

Anda di pihak tengah.. tidak bayes pada mana mana pihak....

Sekiranya kesilapan sebegini di katakan kecil.. silap keluarkan JUMLAh calon dianggap enteng.. bagaimana pula tika dihari pengiraan undi??
bila undi dikira adakah akan berlaku silap dan lewat setelah undi pertama dikira dan diumumkan??? JUMLAH nya akan bayes??? tak betul???

Macam mana kami sebagai ahli nak percaya kepada SPR Perak pada kali ini???? tolong Jelaskan?

Maaf,
Saya tidak marah atau bertindak jika bukan sebab sayang pada KPIPM... Sebab saya sayangkan KPIPM.. sbb kita masih belajar.. Perjuangan kita masih jauh.. Ini hanya medan tempat kita bertatih sebelum kita benar benar berada di Malaysia dalam PRaya yang sebenar.
Kita Masih Belajar.. saya juga masih belajar dan maklum perkara itu.

Persoalan ini dilontarkan hanya ingin meminta penjelasan dari Pihak SPR.. Tolong jawab kepada Ahli.. Tolong telus.. Tolong jujur
Soalan yang cukup mudah, bagaimana dan kenapa kesalahan itu boleh berlaku?? Apa yang berlaku sebenarnya?? Mengapa lewat memasukkan calon yang seorang lagi??? SPR dibayar oleh sapa sapa???

Saya tidak mahu melihat KPIPM hancur kesatuannya disebabkan SPR atau disebabkan ada sesuatu yang tidak kena.

Saya tidak pasti salahnya dimana dan pada siapa?? Tapi pihak yang menguruskannya adalah SPR.. Jangan sampai saya cari sampai jumpa... takut ada yang terkena dan merana.

Jadi, sekali lagi dengan rendah diri saya mohon penjelasan. Terima kasih

0 comments

Pengunjung

Kawan Kawan Bosz