isu Isu Perak Mesir 1

Posted by bosz Tuesday 18 August 2009

Bismillah walhamdulillah...

Assalamualaikum sahabat sekalian.Salam Perjuangan.

Mudah mudahan kita semua berada dalam Rahmat dan lembayung maghfirah Allah S.W.T.
Saya melihat isu yang kita timbulkan dalam beberapa hari perbincangan kita ini tidak sesuai untuk diperbincangkan dan diperbahaskan disini.Tapi saya berhak dan bertanggungjawab untuk menjelaskan beberapa perkara yang dianggap perlu bagi menjernihkan keadaan.InsyaAllah.

Ada yang bertanya berkenaan exco baru yang dipilih oleh exco lama, yang menganggap acuan perjalanan dan pemikiran mereka sama dan stereotype. Saya bukan exco dalam kepimpinan KPIPM sekarang tetapi saya berpendapat bahawa kepimpinan yang ada sekarang nampak dan menilai siapa yang bakal menggantikan mereka. Mereka yang dicalonkan merupakan orang yang diberikan kepercayaan untuk memimpin berdasarkan beberapa aspek - aspek tertentu antaranya kedatangan dalam program anjuran KPIPM, hadir dalam halaqah muzakarah (usrah), terlibat sebagai adhoc, bertakwa, sentiasa mulazamah dengan ilmu dan ulama, memperkasakan biah solehah dan jauh dari sifat sifat tidak baik dan tercela.. serta beberapa aspek mahmudah yang di nilai oleh kepimpinan yang ada sekarang.

Berdasarkan aspek aspek tersebutlah pencadang dan penyokong untuk setiap calon mencalonkan mereka di dalam pilihanraya yang akan berlangsung esok ini. Demi memastikan kelangsungan dakwah dan survival Islam terus di jaga dan di bina dalam KPIPM dan Islam seluruhnya.

Sahabat sahabat.

Jadikan persatuan ini sebagai satu tempat untuk kita belajar dan menuntut Ilmu dan mencari pengalaman. Benar ada mengatakan kita perlu menekankan aspek ilmu dengan Talaqi, menadah kitab, ke masjid bermunaqasyah dengan para masyaikh dan berlumba lumba ke kuliah di kelas, itu tidak saya nafikan bahkan menyokong dengan sepenuh hati. Tapi pengajian sebegitu adalah pengajian formal dan dalam bentuk teori yang belum diterjemahkan lagi. Bagi menterjemahkan dalam kehidupan kita ini, segala ilmu yang kita pelajari akan kita terapkan di dalam kehidupan kita ini terutama bilamana kita bermasyarakat dan berpersatuan.

Ilmu informal ini akan kita dapat melalui berpersatuan dan berjamaah dalam satu jamaah. Kalau kita tidak terlibat dalam organisasi dan persatuan ini, bila lagi kita nak menterjemahkan dan melaksanakan apa yang kita pelajari.. Kita kata nak belajar dulu kemudian baru berjuang di medan, baru bermasyarakat baru nak berpersatuan adakah kita yakin kita akan dapat hidup untuk terjun dalam masyarakat selepas kita habis belajar?? selepas kita yakin ilmu kita penuh didada?? selepas dirasakan habis Kitab Turasth dan Hadis Sunan Sittah>>>?? adakah sebegitu?? Saya tidak berpendapat sedemikian, sebaliknya dalam proses kita membekalkan diri dengan segala ilmu itu, kita terus boleh mempraktikkan dalam masyarakat dan berorganisasi. Baru ilmu yang kita dapat itu matang dan berguna.

Ada lagi yang belum saya jelaskan dan tidak manis saya rasa jika kita bertegang leher dalam sistem maya ini. Kalau benar tidak berpuas hati dengan apa apa hal dan perkara, kita boleh buat pertemuan ilmiah di mana mana tempat yang dirasakan sesuai.

Jika saya, memang saya lebih suka untuk kita santai santai berbincang di kedai makan sambil rehat rehat.. saya boleh belanja. Tapi jika dirasakan tidak sesuai.. kita boleh bertemu di mana mana tempat untuk cuba kita selesaikan masalah bersama. Masalah yang perlu kita rungkai dan bukan lebih menyulitkan.

InsyaAllah.. kita sama sama belajar dan ingIn berbakti pada Islam yang kita cintai.. Jadi marilah sama sama kita bergandingan tangan dan bersepakat demi melihat Islam yang lebih indah terutamanya saya juruskan kepada pelajar pelajar perak Mesir yang akan berpilihan raya esok.
Pastikan calon yang kita undi nanti yang akan membawa kebaikan dalam KPIPM dan Islam seluruhnya.

Bertemu lagi dalam lain lapangan. Masa begitu suntuk untuk kita semua dan saya. InsyaAllah.

0 comments

Pengunjung

Kawan Kawan Bosz