MenterJemah Ramadhan dalam Kehidupan

Posted by bosz Friday 4 September 2009

Assalamualaikum... Salam Ramadhan Al Mubarak

Medan Pertarbiyahan Nafsu dan Jiwa dah pon kita lalui selama kurang lebih 2 minggu.. berbaki fatrah Madrasah Ramadhan nie lagi dua minggu.

Alhamdulillah ..syukur dipanjatkan pada Allah yang menyampaikan bulan rahmat dan Magfirah ini kepada kita yang dapat mengecapnya.

Berbeza hirupan udara Ramadhan sekali ini berbanding udara Ramadhan yang lepas lepas. Dan memang perlu kita bezakannya.. Sekiranya sama, kita kena muhasabah bersama apa yang telah berlaku.

Universiti Ramadhan..

Para Daie dan ustaz alim ulama' selalu menyebutkan perihal madrasah ramadhan.. tapi dalam skop saya dan kita yang mahasiswa ini, nampak lebih menarik saya sebutkan Madrasah Ramadhan sebagai UNIVERSITI RAMADHAN.

Universiti ini akan mengeluarkan BA Hons Of TaQwa bagi setiap mereka yang berjaya bergraduasi dalam universiti ini selama sebulan pengajian.

Pekej pengajian yang cukup lengkap dengan 3 semester.
Semester pertama berkaitan Rahmah.
Semester dua berkaitan Maghfirah(Keampunan)
Semester ketiga berkaitan dihindarkan dari api Neraka.

Setiap hari ada ujian, ada test, ada markah dan bonus, ada tutorial, ada bahas, ada presantation dan ada Bonus berlipat ganda.

Semua kita berkelayakan untuk melepasi Ujian dalam ketiga tiga semester dan Natijah penuh untuk peperiksaan akhir pada 29 @ 30 ramadhan akan menggambarkan apa keputusan yang layak untuk kita.Adakah selepas bergraduan kita tetap akan sama seperti sebelum pengajian atau kita sememangnya layak untuk memegang Ijazah Takwa yang akan diganjari sepertimana disebutkan dalam Al Quran surah AlBaqarah berkenaan kewajipan puasa. {Semak ayat 183 al-Baqarah}

Mari Muhasabah setelah separuh daripada sebulan telah kita lalui.

Dulu sewaktu kecil, abah selalu ingatkan.. " Bulan Puasa nie macam naik bukit.. hari pertama rasa lambat je.. sekarang dah pertengahan 15 hari puasa macam kat puncak bukit, nanti 16 hari dan seterusnya akan lebih cepat je rasa.. macam turun bukit"

Saya yang tak tahu apa apa erti puasa ketika itu mengangguk setuju sambil mengira upah puasa yang akan saya dapat jika puasa penuh sepanjang ramadhan.. "Nanti dapat duit raya dan boleh raya untuk orang yang berpuasa..tak puasa tak boleh raya" pemikiran budak budak.

Apakah bezanya puasa seorang kanak kanak dengan kita yang telah baligh jika puasa kita hanya tidak makan dan minum di siang hari??? Hanya menahan lapar dahaga tidak makan atau ada benda lain?? Tanpa penghayatan lain?? tanpa pengertian puasa?? hanya berlapar atau apa??
Berbeza kah kita pada puasa tahun ini dengan puasa 15 tahun yang lalu??? Adakah sama? Tolong jangan bagi sama. Check Iman kita.

Puasa Yang Yok... Nak buka periuk la tuu

Kita masih culas berpuasa macam adik 6 tahun?? Adik yang letih berpuasa tidur setengah hari.. dari pagi sampai petang keletihan.. adakah kita sebegitu?? Tidur dari pagi ke petang keletihan?? Ya tidur itu ibadat..tapi berbeza kah puasa kita sehari demi sehari setahun demi setahun?? Mari sama sama bagi beza.

Sejauh mana penghayatan kita dalam ramadhan ini dan sejauh mana kita menghidupkan amal ibadat dalam sebulan ramadhan?? adakah dulu kita kuat untuk bertarawikh 20 rakaat dan sekarang hanya mampu lapan?? Dulu rajin bertadarus 3,4 kali khatam dalam sebulan ramadhan tapi kini sekali khatam pon dah susah?? Alasan kerja dan waktu yang terbatas?? atau macam mana?

Bulan ini Bulan Ramadhan dan Bulan Bonus. Allah mengganjari dengan ganjaran yang berlipat ganda pada bulan ini. Adakah kita sedar?

Mari rebut peluang ini. InsyaAllah bersama sama.

Syaitan dah diikat. Hanya nafsu yang perlu dikalahkan oleh iman dan akal. Tolong tewaskan nafsu gelora anda untuk setiap perkara.
Mari bersama bermuhasabah. Bezakan hari ini dengan semalam. Esok semestinya perlu lebih baik dari hari ini.
Manfaatkan masa yang ada. Jom teraweh, jom sedekah, jom qiam, jom taubat, jom amar ma'ruf nahi mungkar.

Saya mendoakan kalian dan saya dapat memanfaatkan masa berbaki dalam ramadhan ini untuk sebanyak banyaknya beramal ibadat.
Dikurniakan malam Lailatul Qadr.Amin.

Dimakbulkan segala doa.Diampunkan segala dosa. Di Ijazahkan Bachelor Hons of TaQwa.

Ramadhan Kareem.Allahu Akram.

Semalam maSih Hangat .. Dalam dakapan Ramadhan Al Mubarak

0 comments

Pengunjung

Kawan Kawan Bosz