Usai MAT KPIPM 09

Posted by bosz Thursday 20 August 2009


MAT KPIPM 2009

Assalamualaikum.... W.B.T

Salam Bahagia dan Ukhuwwah buat semua para sahabat.

Alhamdulillah... MAT dan Pemilihan Exco KPIPM dah berlabuh tirai pada hari semalam dengan begitu jaya dan cemerlang nya... betapa saya gembira dan bersyukur atas segala yang berlaku.

Tidak mahu mengulas apa yang berlaku sepanjang MAT..boleh dibaca disini , tetapi apa yang saya lihat satu senario yang belum pernah berlaku pada tahun sebelumnya.. Ahli yang begitu ramai turun semata mata untuk membuang undi untuk calon pilihan mereka. Satu tindakan yang baik. tahniah.

Saya begitu tertarik sewaktu sesi perbahasan usul dan cadangan. Saya lihat ahli yang begitu semangat mahu menyertai sesi ini.. masing masing mahu bercakap memberikan pendapat. Isu komputer yang dibangkitkan diperbahaskan begitu lama hampir dua jam akhirnya diputuskan melalui sistem undi.

usul yang berbunyi :

"Komputer dan Internet dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam Wisma Darul RidZuan dan ke dalam syaqah (bilik)".

Usul ini di tolak oleh sebahagian besar hadirin apabila hanya sebahagian kecil sahaja yang bersetuju.

Semuanya telah diperbahaskan secara panjang lebar. Saya melihat satu suasana yang baik apabila semuanya berlapang dada menerima keputusan yang dibuat.

Apa yang saya terharu adalah apabila keputusan Pilihan Raya diumumkan. Lapan calon pilihan saya menang untuk kelapan lapan tempat. Alhamdulillah
Mereka ...

1. Muhammad Fidraus bin Aznan
2. Mohd Zahid bin Abu Bakar
3. Mohd Syazwan bin Khalid
4. Muhd Omar bin Adam
5. Mohd Aliff Hadi bin Muhd Razi
6. Muhammad Hafizuddin bin Zakariya
7. Mohd Ridhwan bin Othman
8. Ibnu Abbas bin Azizuddin


Yang saya lebih terharu dan berbangga ialah empat orang calon yang tidak berjaya boleh berlapang dada apabila keputusan diumumkan. Sekali lagi saya melihat suasana yang cukup aman apabila masing masing boleh tenang dan menerima keputusan yang dibuat ahli.

Sesi akhir MAT diakhiri dengan doa Wahdah dan bersalam peluk. terharunya saya ketika itu bilamana dapat bersalam, berpeluk mesra meminta maaf kepada semua yang hadir terutama us Jamal, Us hafiz Shamsudin dan Us Husairi..

Lega... Rasa lapangnya dada apabila kita masing masing memaafkan antara satu sama lain. Tiada lagi rasa tidak suka antara kita. Saya bangga dengan semua kalian yang hadir pada saat manis itu..

Deraian air mata yang mengalir lembut itu menjernihkan hati dan sanubari kita dari segala perasaan mazmumah yang ada.

Kita Bersaudara. Sampai bila bila pon kita akan dan tetap bersaudara. InsyaAllah

Maafkan saya wahai kalian semua yang masih belum saya ucapkan secara berdepan.

Jemput datang ke rumah berbuka puasa dan bertarawikh bersama.InsyaAllah

Untuk us Jamal dan sahabat lain yang nak menunaikan Umrah di Baitullah. Semoga umrah antum diterima dan doakan kita ahli KPIPM dan seterusnya doakan AJKT dan pimpinan kita mendapat taufiq hidayah petunjuk dariNya...

Allah akan memayungi mereka yang bertemu dan berpisah keranaNya...

Salam Ukhuwwah buat semua.

0 comments

Pengunjung

Kawan Kawan Bosz