RFC - alternatif baru

Posted by bosz Sunday 16 November 2008


hmmmm..

alhamdulillah.. waktu pi program kat SPetani tuu.. sempat la singgah makan RFC (Radix Fried Chiken). yg makan kat situ kali pertama la.tapi kalau makan RFC nie dah kali ke dua sebab aritu mak abah dah beli bawak balik waktu mak abah pi sg petani

makan kat rumah ngan makan kat sana memang berbeza.. ye laa..makan kat rumah mana ada feel..ayam pon dah sejuk

makan kat sana dengan ramai orang nya,.. rata rata semua melayu Islam,yg masuk semua sejuk sejuk mata memandang..waktu saya n kawan2 makan tu.. memang nampak yang memenuhi meja semua orang islam dan menutup aurat dan kebanyakannya bertudung labuh dan berkopiah.. macam duduk dalam negara ISLAM yang aman.. sejuk la mata memandang.

ada jugak non muslim yang datang makan dan beli. belakang meja kami makan ada sekumpulan budak cina dok tengah makan.. not bad

pekerja RFC nie semua pakai uniform oren..dan yg wanita muslimah nya semua bertudung.

orang yang datang yaAllah punya lah ramai.. ada tiga line kaunter..setiap satu kaunter tu kena berbaris 8 orang satu baris... ishk...




tu tak masuk nak book meja lagi.. semua penuh.. nampak ada orang dah habis makan dan nak keluar..terus cecepat kami pi booking meja.. kalau tak... makan berdiri la kami...

memang la memula nie servis dia lambat sikit dan nampak tak teratur..nama pon kedai baru buka..takkan nak sama kan dengan KFC yang dan berpuluh tahun tu...

teringat kat MESIR,memang banyak makanan alternatif selain KFC nie.. ada MOKMEN,WASAYYA,PIANO, DAN BIZZA tokmah.. tak kurang juga BABA SAAD.. kegemaran ahli bait saya tuuu....

Alhamdulillah akhirnya dah ada alternatif dari ummat Islam sendiri yang mengusahakan pusat makanan seumpama KFC tapi dimiliki sepenuhnya oleh ummat Islam, bumiputera, dan tahap kebersihan dan halal pun amat meyakinkan.

Atas usaha syarikat Herba Perubatan Al Wahida (HPA) Satu-satunya syarikat bumiputera muslim yang mempunyai kilang bertaraf ‘GMP’ sebuah pusat makanan alternatif baru telah berjaya dibangunkan dan berjaya menjadi tarikan baru di Sungai Petani, Kedah. Lokasinya berhampiran dengan pasaraya besar Tesco.

Apa yang menarik ialah sumber bekalan ayamnya diterima daripada HPA farm yang telah berusaha berhempas pulas menghasilkan ayam yang halal dipasaran.Bermula daripada proses penyediaan makanan ayam yang halal,ia bebas dari penggunaan antibiotik dan penggunaan beta agonist(enzim penggemuk dari babi). Begitu juga dengan penyembelihan yang dilakukan menurut kehendak Islam. Semuanya dari bermula baik dan halal sampailah kepada proses menyediakan makanan yang siap dimakan.

RFC juga menggunakan radix cola sendiri sebagai alternatif kepada coca-cola dan rempah ratus yang digunakan sebagai adunan ayam RFC juga diproses dengan adunan terpilih dan tersendiri.Chili sos,tomato sos dan Thai Sos juga dihasilkan di kilang HPA yang terletak di Perlis.

Dengan moto "FRESH ORGANIC HALAL" RFC bergerak maju seiring dengan perkembangan industri pemakanan halal.Diharapkan ia bakal membuka minda dan peluang baru buat ekonomi ummat Islam.

Waktu Perniagaan RFC bermula dari Jam 10.30 Pagi Hingga 11.00 Malam (Setiap Hari) di alamat Lot 95-97 Jalan Lagenda 1, Legenda Height, Sungai Petani,Kedah Darul Aman bersebelahan Maybank Legenda Height.

Menjelang tahun 2010 RFC berhasrat mempunyai 20 rangkaiannya diseluruh malaysia.InsyaAllah.

semoga kita semua bersama memartabatkan Industri dan produk Islam...

yg dekat dekat SP tu...turun turun la rfc try pekena..kami jauh jauh nie pon dapat jugak beratur panjang untuk try produk Islam..takkan yang dekat tak leh cuba..

BOIKOT Produk bukan Islam seperti AMERIKA, ISRAEL ,DENMARK dan sekutunya.

BOIKOT KFC... makan RFC. doakan Islam MEnang dan tertegak di MUKA DUNIA ini. TAKBIR!!!

0 comments

Pengunjung

Kawan Kawan Bosz