KPIPM dan Pilihan Raya

Posted by bosz Tuesday 18 August 2009

Assalamualaikum dan salam Pilihan Raya..

Alhamdulillah Syukur atas nikmat ukhuwwah dan perkenalan kita di Bumi Allah ini.

Post kebelakangan ini banyak saya coretkan berkenaan keadaan yang berlaku di Bumi Mesir ini terutama apa yang berlaku dalam KPIPM (Keluarga Pelajar Pelajar Islam Perak Mesir) yang kebetulan akan menjalankan Mesyuarat Agong Tahunan (MAT) dan Pemilihan calon AJKT (Ahli Jawatan Kuasa Tadbir) yang pada tahun ini dirasakan agak mencabar berbanding tahun tahun sebelumnya. Tarikh MAT dan pembuangan undi untuk calon AJKT adalah 19 Ogos 2009 (Rabu). Jadi Selamat Mengundi dan Bermesyuarat kepada semua Ahli KPIPM. Diingatkan agar kita semua dapat menjelaskan Yuran Tahunan KPIPM dan Wang Ithar terlebih dahulu sebelum mengundi.. Ok.

Saya melihat pada tahun ini berlaku pilihan raya dalam memilih calon AJKT KPIPM berbanding tahun tahun sebelumnya yang kebanyakan calon menang tanpa bertanding. Ini satu persaingan yang sihat. Di medan pilihan raya kampus ini dapat kita mempelajari teknik, taktik dan strategi bagaimana ingin berpilihan raya secara Islam. Berpilihan raya sebagai mana cara yang sebenar. Sebelum kita benar benar berpilhan raya di medan Tanah Air kita Malaysia.

Di medan PR KPIPM ini kita belajar bagaimana proses penamaan calon, bagaimana proses berkempen, perang poster, meraih undi, culaan undi dan seterusnya kita belajar bagaimana kita nak memangkah calon semasa kita membuang undi nanti. Semasa inilah segala proses pembelajaran berkenaan Fiqh Siasah kita akan gunakan dan amalkan. Alhamdulillah.

Sebenarnya ramai dikalangan sahabat sahabat kita di Malaysia telah dan selalu terdedah dengan Pilihan Raya Kampus ini, cumanya kita di bumi Mesir ini yang kurang terdedah dengan perkara tersebut. Jadi, marilah sama sama kita menggunakan peluang dan ruang yang diberikan kepada kita pada pemilihan AJKT KPIPM pada tahun ini sebagai medan dan platform untuk kita belajar dan kenal bagaimana ingin ber Pilihan Raya.

Mari kita jadikan PR KPIPM ini sebagai medan belajar seterusnya menterjemah apa yang telah kita pelajari.. InsyaAllah.

Untuk pemilihan kali ini, memang saya juga ada calon calon pilihan saya sendiri seperti mana orang lain yang juga ada 8 calon yang perlu di pilih dari 12 orang semuanya. Masing masing berhak memilih calon yang mereka yakini yang dapat membantu KPIPM

Malam Pengenalan Calon

Saya masih ingat kehangatan semasa malam penamaan calon yang berlansung.Masing masing calon mengetengahkan misi dan visi memasing dengan pembawakan yang baik. Saya bangga dengan setiap calon kerana mereka berani untuk menjadi calon dan sanggup mengorbankan masa dan tenaga semata mata mahu membawa KPIPM dengan lebih baik dan cemerlang. Alhamdulillah.

Ada calon yang semangat berdegar degar, ada yang biasa dan bersahaja dan ada pula yang masih takut takut tidak berani ... Biasa la tu... Yang menariknya ada yang sampai sebak dan menangis memperkenalkan diri, visi dan misi. Mabruk untuk antum yang berani.

Saya yang ketika itu memerhati dari saf ahli merasa bangga bilamana mendengar segala misi dan visi yang mereka ingin bawa.. Atas dasar kefahaman dan pemikiran yang sama, saya bangun ketika slot kempen untuk berkempen calon calon pilihan saya seramai lapan orang dari 12 calon.
Saya sempat mengingatkan kesemua calon, sekiranya mereka terpilih.. mereka selayaknya dan wajib membawa visi dan misi mereka untuk dilaksanakan dalam bahtera KPIPM nanti dan sekiranya mereka tidak terpilih sebagai barisan AJKT KPIPM untuk sesi yang akan datang ini, mereka seharusnya bersama sama dengan kepimpinan yang ada dengan masih lagi membawa visi dan misi mereka demi melihat perubahan yang ingin mereka bawa dalam KPIPM. Calon calon yang kalah dan tidak terpilih diingatkan agar tidak mem'bakul sampah'kan segala objektif baik yang mereka ingin bawa.

Jangan ada calon yang tidak terpilih dalam pemilihan ini lari seterusnya jauh dari persatuan dan KPIPM. Jika mereka lari,jauh dan terus memboikot program KPIPM, jelas mereka hanya mahukan jawatan dalam KPIPM dan bukan benar benar ingin melihat satu transformasi di dalam keluarga Pelajar pelajar Islam Perak mEsir (KPIPM).

Saya memang berharap calon calon yang akan sahabat saudara saudari ustaz ustazah pilih nanti adalah calon yang selayaknya diberikan mandat. Calon calon yang bergerak seiringan dengan acuan PMRAM, DPM dan BKAN lain yang sememangnya sentiasa berteraskan kefahaman Islam yang SYumul berpaksikan kepada AlQuran dan AsSunnah.

Islam Untuk Semua.Islam Memimpin Perubahan.

Julang Thaqafah Bakti Di curahJIwa Besar Terasi Dasar.

1 Comment

  1. solehati Said,

    posting bosz ada citer tntg pilihan raya....
    hmm....saya memang minat ni..

    teringat kisah saya mula2 jadi calon pilihan raya semasa diploma. umur baru 19tahun..
    kena berkempen kenalkan diri depan abg2 dan kakak2, senyum ni macam kena pelekat kat pipi...sengih je memanjang. berkempen la di kedai makan, dewan kuliah, bilik ke bilik..dari siang sampai ke malam, dari pagi sampai ke petang...team yang support saya masa tu semuanya berkerja bersungguh2 hingga terpaksa berkejar ke sana kemari. Memang tak di nafikan tentangan dari pengurusan kampus dan pihak yang tak suka Islam. Poster kena sabotaj, hilang kena curi, kena halau dari kolej bila nak masuk berkempen, kena fitnah...huhu....

    tetang pilihan raya secara Islam tu, saya setuju. Kalau boleh bakal2 ulama ni la yang kena perkenalkan cara terbaik dalam kita bermuamalat dengan sistem yang datang bukan dari Islam ni. Kami di Malaysia ni hanya cuba pastikan yang setiap peraturan dan perjalanan PRK ni tidak terkeluar dari landasan syariat. Tapi jika ada sistem yang lebih baik dalam memilih pemimpin, seharusnya golongan kalian lah yang menerajuinya.....

    Posted on 5:37 am, August 20, 2009

     

Pengunjung

Kawan Kawan Bosz